XXXIV - Comme un rêve

10.5K 923 329
                                    

Like a dream

SORRY LAMA TAK UPDATE DMC😔 KALAU ADE TYPO, LEPASKANLAH. TANGAN PENAT TAIP NI WALAUPUN TAK BANYAK🥺💖

THANK YOU KORANG YANG SUDI VOTE DAN KOMEN CHAPTERS SEBELUM NI🥰❤️

SEPASANG mata hijau emerald aku merenung ke arah air laut yang berombak kecil. Indah. Tenang. Cukup sempurna ciptaan Tuhan. Hati kecilku berbisik dengan kata kata memuji ciptaanNya. Tempat aku duduk di ada meja dan kerusi untuk berehat di bawah pokok kepala. Angin laut sedikit menampar pipi dan rambutku, tenang.

Pen yang berada di tangan aku seperti ditarik, aku segera menoleh ke hadapan dengan terkejut.

"Muka macam nampak hantu je. Sudahlah tu ulang kaji. Berehatlah dulu." Aiden terukir senyuman segaris sebelum menutup buku rujukan yang sedang aku baca tadi. Nafas dihela, tidak lama lagi percubaan SPM akan berlangsung.

Aku faham benar niat Tengku Faliq Aiden yang bawa aku ke sini untuk tenangkan diri. Entahlah tapi tak salah kan guna cuti beberapa hari ni untuk tengok pemandangan cantik macam ni? Tapi yang paling menarik perhatian... Mata aku setia mencuri pandangan ke arah dia. Mr Crush aku.

Tak kisah kau berada di mana dan waktu bila asalkan dengan orang yang kau sayang, semua kelihatan indah.

"Kenapa tengok aku macam tu?" Aku terus tertunduk, ah sifat malu aku depan Aiden ni memang takkan hilang agaknya.

"Bila aku tengok kau?" Pemandangan pantai pada waktu petang itu menjadi tumpuan aku semula. Memang takkan mengaku. "Medina, tadi kan waktu aku dekat luar kau ada bagitahu aku yang kau teringin kek." Dahi berkerut sedikit sebelum memandang ke arah idol sekolah ini kembali.

"Hm?" Aku ada mesej dia juga tadi tapi sekadar bosan je sebab Aiden keluar pergi bank tadi dan aku terlalu malas nak ikut.

"Ini aku belikan." Kotak sederhana kecil itu diletakkan di atas meja lalu dia membuka. Tiga potongan kek Chocolate Indulgence, jari jemari panjang dan runcingnya sudah memegang garpu kecil.

"Aiden... Aku tak maksudkan yang kau kena beli. Sudahlah kau yang bayar duit bilik hotel semua ni. Aduhai, Aiden. Aku cakap je aku teringin tapi aku boleh beli sendiri." Aku rasa bersalah namun Aiden masih tersenyum manis. Hujung garpu plastik kecil dan comel itu terbenam ke permukaan kek lalu diangkat. Bibir aku menjadi sasaran ke tempat yang dituju.

"Tapi kalau orang belikan lagi istimewa dari beli sendiri kan?" Pipi aku sudah kemerahan saat Aiden menyuap aku dengan kek itu. "Tapi duit belanja kau untuk bulan ni mesti lebur teruk." Aiden menyuap aku lagi dengan senyap.

"Aku bayar penginapan semua ni guna duit bank lah. Lagipun takpe, bukan apa sangat pun kalau nak bawa kau ke sini. Medina sayang~" Meleret suaranya memanggil ketika ayat itu yang diakhiri. Mata Aiden, aku merenung dengan sedikit keberanian yang tersisa.

"Hurm?"

Ugh aku tak berani nak terus fokus. Pengsan pula aku nanti kalau tengok Aiden ni lama lama.

"Fokus kejap."

Aku sedang cuba fokus di hadapan Aiden. Tiba-tiba tangannya menarik tangan aku lalu digenggam erat. Tidak lama selepas itu, jari runcingnya bermain di cincin kahwin yang tersarung di jari. Aiden makin giat tersenyum apabila merenung cincin berlian itu.

"Medina sayang, aku tahu sekarang ni kita guna duit keluarga lagi. Kita diaturkan pun atas dasar permintaan keluarga. Atas keadaan kau sekarang ni . Duit belanja pun aku harapkan parents. Aku bagi separuh duit belanja aku untuk kau." Itulah yang Aiden lakukan walaupun aku dah ada duit belanja dari peninggalan arwah parents dan grandma...

Dear Mr Crush!✔️Where stories live. Discover now