XXVII - Bonne Nuit

12.3K 1.1K 149
                                    

Good night

THANKS YOU SO MUCH DENGAN KOMEN DAN VOTE ANDA SEMUA SEKELIAN ALAM. RAJIN TAIP EH🥺❤️🌻 SAYANG KORANG! 🥺❤️ MAAF KERANA KALI NI HAMBAR 😩❤️

jemputlah follow saya wahai readers yang baik hati 🥺 urm first time minta follow ni😂 nak bagi cukup 8k 👉🏻👈🏻❤️

Aku merenung skrin telefon dengan lama bagai nak tembus. Mesej dari Aiden beberapa minit lalu.

"Sorry, Medina. Tak sempat keluar dinner dengan kau sebab nak hias dewan. Kita jumpa esok, okay? ❤️"

Itu kata Aiden... Aku tengok Instagram Aiden penuh lagi dengan gambar dia dan mereka berempat tu. Aku bukan nak cakap Aiden tipu aku, memang gambar tu dalam dewan tapi dinner macam sekali juga. Asing sangat ke diri aku ni sampai tak ajak nak tolong juga? Aku tertanya sendiri sambil memegang perut yang sudah buat konsert dari tadi.

"Macam mana? Aku bukan boleh keluar sesuka hati... Tapi aku lapar sangat." Perlahan lahan aku bangun dari katil. Aku dah siap untuk keluar dinner sebenarnya tapi Aiden cancel last minute. Kedengaran pintu diketuk, Aiden? Aku segera berjalan ke arah pintu lalu spontan membuka tanpa melihat dari lubang pintu lagi.

"Shaz..." Shazril rupanya yang datang... Aku tengah terkejut lagi ni.

"Aku tengok Aiden dinner dengan orang lain dekat bawah. Tak bagitahu pun kau tahu. Kau nak turun dinner tak? Aku bawa. Aku tahu kau tak boleh keluar seorang diri.." Kata-kata Shazril buatkan aku tergamam.

Sebelum ni dia membisu dengan aku tetapi mungkin sebab dekat sini kedudukan kitorang dekat. Darya pula demam malam ni, sudahlah dia dapat bilik dengan orang lain. Aku memang seorang diri sekarang ni.

"Shaz, tolong belikan aku apa-apa tak?" Nada aku seperti tidak keluar. Aku... Aku sebenarnya lebih rela keluar sendiri dari minta tolong Shazril yang sekarang tapi keadaan aku... Aiden mesti marahkan aku..

"Sekarang ni kau nak keluar dengan aku pun dah tak sudi kan, Med?" Apa maksud kau ni, Shaz? Kau juga bagitahu aku yang kita takkan sama macam dulu? Hati aku semakin lama semakin rasa bersalah. Aku mula goyah dengan realiti yang aku hadap sekarang ni.

"B-Bukan... Aku.. Aku kena minta izin Aiden dulu..." Kenapa suara aku makin mengiggil bila aku cakap benda ni depan Shazril?

"Hm terlupa, Aiden kan husband kau. Mesti kena minta izin." Telinga aku salah dengar ke? Shazril macam tekankan perkataan 'husband' tu. Aku mengeluarkan telefon lalu mendail nombor Faliq Aiden namun pemberitahuan tentang panggilan tidak dijawab yang aku terima. Aku cuba dan terus cuba mendail sebanyak beberapa kali namun tiada jawapan. Ada panggilan yang ditolak sendiri oleh Aiden. Sibuk sangat ke dia?

"Dia sibuk, Med. Kalau kau tak sudi keluar tanpa izin dia, aku pergi belikan kau makanan." Shazril berpusing sebelum berjalan pergi tanpa menoleh lagi. Aku mengigit bibir sendiri dengan kuat. Argh, aku tak boleh pilih! Nombor Aiden didail lagi dan lagi tanpa aku jemu.

[ BEBERAPA BELAS MINIT BERLALU ]

Aku hanya mampu merenung skrin yang memaparkan gambar gambat baru dinner diorang berlima, nak lagi sakit Aiden henti yang upload dalam Instagram. Satu pun panggilan aku tidak dijawab. Kenapa ni, Aiden? Aku ada buat salah ke?

Dear Mr Crush!✔️Where stories live. Discover now