Short special chapter khas untuk DMC sempena raya 2021
Buka lagu To The Bone by Pemungkas :3
<3
Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
HARUS aku lafazkan kalimah suci Tuhan, syukur dengan nikmat setiap nafas yang kuhembus. Harus bagaimana aku mulakan kisah ini setelah beberapa tahun sudah berlalu dengan pantas.
Entah, sapaan mesra ataupun sekadar kerisauan. Aku jadi jatuh termenung ke luar jendela. Suasana malam yang sunyi tetapi nyaman menjadi tatapan di sebalik sepasang mata hijau aku.
"Minette? Buat apa depan tu? Sudahlah senang jatuh sakit, tutup tingkap tu sayang." Aku hanya mengerling sekilas ke arah Aiden. Dahi dia cukup berkerut risau sambil sepasang kakinya berjalan ke arah aku. Bibir hanya mampu aku ukir segaris, sejak awal lagi hati gundah gulana.
"Sayang."
Pipi aku ditarik Aiden dengan lembut.
"Risau lagi ke?" Dia turut duduk di sebelah, pinggang aku ditarik dan dipeluk erat walaupun ada gangguan. Kepala digeleng lembut, air liur aku telan. Tipulah kalau aku cakap aku tak risau, menyesal aku tak dengar cakap Aiden.
"It's okay, sayang. Lepas ni dengar cakap okay? Insha Allah, si kecil ni sihat je." Tangan dia jatuh pada perut aku yang sudah sarat. Seperti tidak percaya, aku sedang membawa zuriat seseorang yang aku sayang. Seorang yang aku suka sejak kecil lagi.
Dia lah Crush aku. Dia lah suami aku. Dia lah bakal papa kepada si kecil yang sedang tumbuh besar dalam rahimku.
"Sayang... Minta maaf sebab berdegil nak puasa. Teringin sebab hari terakhir. Tak terfikir boleh jadi macam tadi. Uhm mesti menyusah kan... Sudahlah syarikat tengah sibuk sejak akhir-akhir ni." Aku menoleh ke arah Tengku Faliq Aiden di sebelah. Degil nak berpuasa, tiba-tiba aku rasa sakit dan hampir pengsan tadi. Tak pasal je Aiden perlu bergegas ke sini dari luar negeri sebab jumpa client.
Tubuh badan aku senang lemah. Kalau dulu Aiden mengusik dengan perasaan dia pun boleh buat aku pengsan dua kali, ini apatah lagi kalau sarat mengandung. Aduhai.
"Minette sayang." Kepala aku ditarik perlahan, jatuh bersandar pada lengannya. "Tak ada apa yang lagi penting dalam hidup abang kecuali semua orang yang abang sayang. Abang sanggup buat apa je demi bahagiakan sayang dan si kecil ni." Terasa ubun-ubun aku dikucup Aiden dengan lama.
"Minta maaf sebab tinggalkan sayang dengan baby."
"Terima kasih bersusah payah mengandungkan anak kita." Senyuman Aiden sentiasa buat hati aku lebur. Semakin meningkat usia, semakin menarik perhatian. Pandangan mata dia buat aku terkedu.
Belum sempat membalas lagi, dia sudah baring di atas sofa ini, kepala gigih diletakkan pada paha aku. Sempit dek kandungan tetapi dia tidak kisah. Sudah lama jadi rutin Aiden rehatkan kepalanya di atas paha aku sebelum masuk tidur.
Aku sudah kenal rutin harian Aiden jadi tidak menegur apa-apa. Cuma malam ini, aku jadi nak berpura-pura lupa untuk main dengan rambutnya.
"Terima kasih jagakan sayang dengan baik. Sibuk di syarikat pun, tak pernah lagi nak lupakan keperluan sayang." Setelah tamat pengajian di alam universiti, aku dan Aiden buat keputusan untuk fokus pada keluarga. Pada saat itu, aku rasa menjadi isteri sebetulnya dan bukan lagi sambil belajar.
Beberapa bulan berehat, Aiden mula bekerja dan uruskan syarikat papa. Aku pula diberi syarikat dari keluarga Harvey yang sudah tiga tahun membuat cawangan di sini pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr Crush!✔️
RomanceThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...