YOU AND ME
PENDEK JE 🥺🤧 AKAN DIUPDATE DALAM MASA TERDEKAT.
BEBERAPA HARI BERLALU
AKU melentokkan kepala di sisi katil hospital itu. Sudah hampir lima hari grandma baring di sini dan aku semakin risau. Keadaan grandma aku tengok semakin teruk tetapi kenapa orang di sekeliling aku mengatakan grandma semakin baik? Salah apa yang aku tengok? Aku nampak wajah grandma makin pucat... Diorang termasuk grandma bagitahu aku yang grandma hanya demam panas... Tapi kenapa bila aku periksa, dahi grandma langsung tidak panas.
"Medina, kau taknak turun makan ke? Breakfast yang aku belikan pun kau tak sentuh lagi." Aiden menegur setelah hammpir 10 minit dia berdiri di belakang kerusi aku sejak masuk ke dalam bilik ini. Aku mengeleng perlahan, aku cair lagi dengan Aiden ni.. Tak habis-habis nak ambil tahu pasal aku tapi sekarang ni mood aku lain tak bukan, aku tengah sedih dan risau.
Seolah-olah tangan aku tidak mahu melepaskan tangan grandma yang pucat dan sejuk ni.
"Medina sayang, taknak makan betul ke? Nanti lapar, pengsan macam semalam." Lemah suara grandma kedengaran. Ubun-ubunku diusap lembut sebelum rambut panjangku dibelai dengan tangan berwayar itu. Hati aku sakit bila tengok grandma sakit macam ni.
"Medina okay kali ni, grandma. Betulllll.." Aku mengenggam tangan grandma sebelah lagi sambil rambutku dibelai. Nafas grandma kedengan berat. "Medina satu-satunya cucu yang grandma ada. Medina cucu kesayangan grandma, baik dan patuh sejak kecil lagi." Nada grandma kedengaran perlahan dan rendah. Lemah. Hati aku merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Medina akur dan patuh je semua cakap grandma sejak kecil lagi. Grandma bersyukur dapat habiskan sisa sisa hidup grandma untuk besarkan Medina grandma." Aku terus mengangkat kepala, wajah pucat grandma dipandangku dengan keliru. Apa yang grandma tengah maksudkan ni?
" Medina hilang daddy dan mummy waktu kecil. Waktu tu Medina lari dari rumah dan pergi menangis tepi kubur. Grandma risau sangat sebab waktu tu Medina lari sebab grandma ajak Medina tinggal dengan grandma di Jerman. Setelah puas memujuk, Medina relakan hati untuk tinggal dengan grandma dan jadi rapat dengan grandma. Disebabkan Medina selalu dipantau jadi Medina tak banyak keluar dan habiskan masa dengan grandma. Grandma minta maaf sayang, bukan niat grandma nak kawal hidup cucu yang grandma sayang." Air mata aku mengalir tanpa sedar. Deras.
"Grandma bersyukur sangat dapat cucu baik dan cantik macam Medina. Masa grandma makin hari dah tak lama, mungkin ini pengakhiran untuk sakit grandma selama ni." Aku terkedu. Dadaku sesak. " Grandma... Kenapa cakap macam tu?" Mengiggil suaraku saat mengeluarkan ayat itu. Terasa bahuku dipegang Aiden di belakang. Aku tak kuat, Ya Allah. "Grandma sayang Medina." Aku melihat grandma mula sesak nafas. Aku gelabah dan tidak senang duduk.
"Aiden.. Aku nak pergi panggil doktor." Namun Aiden menahan aku. Dia mengeleng laju.
"Apa maksud kau? Grandma.." Aku makin mengenggam kuat tangan grandma. Air mata mengalir semakin laju. Bunyi alat bantuan nafas dan mesin lain lagi berbunyi. Aiden pantas bergerak ke sisi katil di sebelah sana. Dia menundukkan kepalanya lalu grandma berbisik sesuatu sebelum Aiden memimpin grandma untuk mengucap syahadah. Aku membawa tangan grandma ke wajahku yang basah lembut. Tangan sejuk itu menyentuh pipi aku. Aku tak percaya.... Mesin itu berbunyi panjang dan kuat... Tangan grandma jatuh sendiri apabila aku terlepas kerana terkejut. Jantung aku berdegup laju sampai aku seksa nafas.
Grandma... Dah tak ada?
Tubuhku terlalu lemah dan aku rasa hilang imbangan walaupun duduk di atas kerusi.
![](https://img.wattpad.com/cover/195637722-288-k62549.jpg)
YOU ARE READING
Dear Mr Crush!✔️
RomansaThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...