XXIV - Entre toi et moi

13K 1.3K 299
                                    

Between you and me

PATIK SANGAT GEMBIRA DENGAN KOMEN DAN VOTE ANDA SEMUA SEKELIAN ALAM. RAJIN TAIP EH🥺❤️🌻 PENDEK CHAPTER NI, TAKDE ALASAN, MEMANG NIAT NAK PENDEK SEBAB STORYLINE 😂 AKAN DI UPDATE LAGI YE SAYANG SAYANG SEKALIAN❤️

Diam, Med.
Diam, Med.
Diam!!!

Hembusan nafas Aiden yang perlahan dapat aku rasa. Dekat. Rapat. Antara dia dan aku... Sangat rapat! Aiden dah kiss dahi aku tadi tapi kenapa aku rasa wajahnya masih dekat dengan aku? Aku syak dia tengah renung wajahku tapi kenapa perlu rapat sebegini? Jantung aku tak kuat, rasa nak pengsan betul ni.

Aaaaaargh aku tak boleh duduk diam!

"Hm betul ke tidur ni? Muka terus merah lepas aku kiss." Aku merasakan hidungku ditekan dengan sentuhan jari.

Arghhh, aku tak boleh!
Ugh sabar Med, sabar!

Aku tetap diamkan diri dan mengawal dari mengerut. Bila aku hentikan diri aku dari mengiggil depan dia? Ugh...

"Minette?"

"Hmm tidur betul agaknya. Mungkin memang kulit sensetif Medina ni. Takpelah, aku taknak ganggu kau. Rehat dulu." Aku merasakan persekitaran lain selepas beberapa minit. Mata dibuka kerana yakin Aiden tiada di dalam bilik.

Wajahku yang masih panas berbahang itu disentuh. Saat teringatkan ayat dia,

"Aku suka kau, Medina."

Aduh, aku hampir kena serangan jantung! Aiden ni dah salah makan ubat ke?! Aku bergolek keriangan di atas katil! Mimpikah? Aaaaaaa jangan bangunkan aku dari mimpi imi jika YA. Sepuluh tahun aku sukakan dia, uhuk, gembira tu usah dikata tapi hurm Aiden cakap sebab dia syak aku tidur tadi.

Sedar tak sedar, aku yang seronok bergolek riang di atas katil... Tadi bukan aku segugut ke? Urm, okay dah sakit balik. Aaaaaaaaaaa! Lebih baik aku jangan fikirkan hal tadi kalau tak aku nak meroyan lagi. Makin sakit badan aku dibuatnya.

[•••]

Aku keluar dari bilik pakaian. Rasa segar setelah mandi! Aku tertidur betul petang tadi, aduh. Sampai Maghrib pula tu, aduhai. Entah apa yang diletih sangat tu? Apa yang aku sedar, mandian dah disediakan lagi.

Nak lagi terkejut, uniform sekolah untuk esok pun sudah digosok dan diletakkan dalam bilik pakaian aku. Buku dan fail siap diasing untuk hari esok dan sejujurnya aku periksa isi dalamnya. Homework memang dah siap. Tulisan? Aku nampak gigih Aiden nak tiru tulisan aku, boleh dikatakan 98%? Haish, Faliq Aiden. Kau tak perlu buat semua ni, aku segugut bukannya nak mati hm.. Walaupun sakit nak mati. Ish dah mula merepek ni.

Kakiku melangkah keluar dari bilik dan berjalan di koridor untuk menuju ke arah lif. Pintu bilik Aiden yang berhadapan dengan aku kelihatan terbuka dan tiada orang di dalamnya. Aku turun dan menuju ke arah dapur. Dua pinggan... Spaghetti? Ada sekotak pizza juga. Aiden dekat mana pula ni? Susah juga ada rumah besar macam ni, nak cari orang pun ambil masa. Aku sempat membebel, entah siapa yang aku bebel tu. Arwah daddy agaknya, hm aku rindu.

Haish Medina, taknak sedih, sedih. Nanti berhabuk lagi mata aku. Sudahlah waktu macam ni aku suka sensetif. Kaki aku menuju ke arah bilik rehat yang tidak jauh dari dapur kerana aku terdengar bunyi dari TV. Seperti yang aku agak, Aiden di sini. Uhm, kekok sebab dekat sekolah tadi..

Dear Mr Crush!✔️Where stories live. Discover now