I don't give a damn!
PENDEK JE CHAPTER NI KORANG, RINGKAS PULA TU. AUTHOR TAK SEMPAT NAK TULIS PANJANG😔 SORRY😔❤️
VOTE DAN KOMEN SEIKHLAS HATI😔❤️
"Aidennn.." Aku memanggil dengan nada perlahan. Dengar sahaja suara aku buatkan pegangan di tangan Aiden semakin erat. "Ya, Medina Sayang." Boleh pula dia berbisik dekat tepi telinga aku ni.
" Thank... You.. Sebab.. Tadi.." Argh, bibir aku dah kebas asyik senyum je ni! Pipi pun dah sakit, memang aku tak tipu! Tak boleh hilang langsung senyuman sekarang ni.
" Perlu ke berterima kasih bagai? Alahai, Medina." Aiden masih tidak berganjak dari piano itu. Ugh aku memang dah selesa nak makan tapi Aiden asyik tengok je sini. Terpaksa jugalah nak sumbat semua tu.
"Aku.. Kan.. Teringat malam semalam.." Nada Aiden semakin perlahan. "If she's important to you then show her..." Aiden berkata dengan tiba tiba. Apa maksud dia ni? Tiba tiba je jadi pelik. Aku pula yang terkejut apabila Aiden tiba tiba bangun dari bangku itu dan... Melutut di hadapan aku?
"Aiden?"
"Med, aku minta maaf kalau terabaikan kau tanpa sengaja. Aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat. Kau penting untuk aku. Penting sampai aku rasa taknak kehilangan kau. Aku manusia, tetap ada salah silap. Kalau aku leka lagi, kau bagitahu eh? Aku nak jadi shuuben yang baik untuk kau sebab aku sayang kau." Tangan aku tiba tiba ditarik dengan nada seriusnya.
"Aku rasa bersalah lagi untuk malam tu. Aku janji aku takkan buat kau takut lagi okay? Aku janji aku tunjuk dekat kau macam mana pentingnya kau dekat aku. Aku sayang kau, Med."
Tangan kananku ditarik lalu dikucup lama. Reaksi Aiden betul betul nampak bersalah. Aduh, aku betul betul tak salahkan dia. Manalah dia nak tahu aku trauma macam tu."Kalau kau terasa dengan perbuatan aku, bagitahu ye medina sayang? Aku taknak kau diam je. Aku nak perbaiki sebab nak jadi shuuben baik untuk kau. Aku tahu, Med. Aku tahu yang cakap je tak guna. Aku bukan lelaki yang suka tabur janji manis semua tu. Aku cakap sebab aku betul betul nak buat. Kau percaya aku kan, sayang?" Hati aku jadi sebak. Kenapa dengan Aiden ni?
"Aku janji, Med. Aku janji dengan kau, aku buat kau bahagia semampu aku boleh." Bersungguh sungguh Aiden berkata buatkan aku tergamam lagi.
"Kenapa ni, Aiden?" Nadaku sayu. Aku tak boleh tengok dia mereaksi macam ni dengan tiba-tiba.
"Nothing... Kau tunggu sini kejap, okay? Aku nak kemas." Belum aku sempat membalas lagi, Aiden bangun lalu mengucup dahi aku.
"Aku sayang kau, Med."
[ SKIP ]
"Kau yang buat kitorang sakit perut kan, Medina!" Aku terkejut apabila bajuku ditarik dari belakang dengan kuat saat ingin melepasi koridor itu. Tangan Rania aku tempis kasar saat memegang bajuku.
"Kau dah kenapa main tarik tarik ni dengan salam takde!" Aku cuba membalas sebelum mengerling ke arah sekeliling. Takde orang pula, sudahlah aku dekat luar hotel ni. Keluar dengan Dyara tapi sebab barisan Starbucks tu panjang sangat aku duduk luar. Sudahlah meja kerusi semua penuh, hari cuti macam hari ni aduhai.
"Kau tanya kenapa kitorang tarik?" Tanganku ditarik sekali lagi oleh Insyeerah. Mati aku macam ni, seorang diri nak lawan berempat. Haish, kena tempuh juga!
"Kau ingat kitorang tak tahu ke yang kau letak something dalam minuman tu?" Kepalaku ditunjal dengan jari Nayla. Argh, main kasar betul diorang ni! "Kau letak apa sampai kitorang jadi macam tu!" Hampir pekak telinga aku ditengking oleh Yaana.
YOU ARE READING
Dear Mr Crush!✔️
RomanceThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...