❄ Part 1

94 5 0
                                    

Di dalam suasana yang sejuk, seorang budak lelaki berjalan ke sebuah rumah anak yatim. Dia menggigil kesejukkan.

Setibanya di depan pintu rumah anak yatim tersebut, seorang wanita separuh usia mendapatkannya dan membalut tubuhnya dengan selimut tebal.

"Ke mana kamu pergi, Hangyul? Mari masuk ke dalam." budak lelaki itu dibawa masuk ke dalam rumah.

Secawan coklat panas dihulurkan kepadanya namun dia menolak.

"Kenapa, Hangyul?"

"Nenek, mana adik?" soalan budak lelaki itu membuatkan pemilik rumah anak yatim itu terdiam.

Air mata mula mengalir dari tubir matanya.

"mana adik saya?" sekali lagi soalan itu diajukan.

Wanita tua itu segera memeluknya erat. "Maafkan nenek, Hangyul. Bukan tujuan nenek nak pisahkan kamu berdua, tapi adik kamu dah keluarga angkat." beritahu wanita itu dengan rasa serba salah.

Pelukkan dileraikan. "Nenek jahat!!" Hangyul terus berlari masuk ke biliknya.

"Hangyul!" panggilannya langsung tak diendahkan.

Hangyul duduk di tepi katilnya sambil menatap gambar dirinya bersama seorang gadis kecil. Air matanya semakin laju mengalir.

"Adik, kenapa tinggalkan oppa?" Gambar itu dipeluk erat.


..

"Hana! Hana!" Hangyul meracau dalam tidurnya.

"Hangyul? Hangyul, bangun!" pipi lelaki itu ditepuk perlahan. Segera matanya dicelikkan. Pipinya dibasahi air mata.

"Kau okay?" soal sahabatnya, Yohan. Risau dia melihat keadaan Hangyul. Sejak kebelakangan ini dia sering meracau memanggil nama Hana.

Hangyul bangun dan bersandar di kepala katil bujangnya. "Aku mimpikan adik aku."

"Makin risau aku tengok kau ni. Aku akan sama-sama tolong kau cari adik kau." ujar Yohan. Hangyul hanya tersenyum nipis.

"Pergi mandi dan bersiap, nanti lewat kita pergi sekolah." bahu Hangyul ditepuk perlahan sebelum lelaki itu meninggalkan bilik tersebut.

"Hana, di mana kamu?" gumamnya perlahan.



                                  ••••

Eunbyul dan Sarra masuk ke kelas dan duduk di tempat mereka masing-masing.

"Suami kau tak hantar kau pula hari ni." ujar Eunbyul sambil mengikis kukunya.

"Rimaslah bila dia asyik nak hantar aku. Dia bukan ikhlas pun." kata Sarra acuh tak acuh.

"Oh ya, lupa pula kau dengan dia tak sebulu. Nasib kaulah jadi isteri orang sebelum habis sekolah." Eunbyul tersenyum sinis.

"Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran parents aku! Serabut aku dibuatnya." Sarra merengus geram.

Cikgu untuk matapelajaran pertama masuk ke dalam kelas itu bersama seorang gadis. Pelajar baru mungkin.

"Selamat pagi. Sebelum kita mulakan kelas, kita ada seorang pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu." Cikgu Kim memandang ke arah gadis itu.

"Hai, selamat berkenalan. Nama saya Choi Hani." gadis itu memperkenalkan dirinya dengan teruja lalu memberi tunduk hormat.

"Baiklah, kamu boleh duduk di meja kosong belakang sana." ujar Cikgu Kim.

Hani akur lalu dia mengatur langkah ke arah kerusi belakang.

Tiba-tiba kakinya tersadung dek ditahan kaki oleh seseorang. Satu kelas mentertawakannya.

"Lee Eunbyul, jaga sikap kamu!" tegur Cikgu Kim namun gadis itu hanya tersenyum sinis.

Hani bingkas bangun dan berjalan ke tempatnya tanpa memandang sekeliling.





...

Pada waktu rehat, Hani duduk di bawah pokok sambil membaca novel. Dia termenung sendirian. Di rumah dia selalu dibuli oleh abangnya, di sekolah barunya pula turut dibuli walaupun baru hari pertama.

"Maaf, dik. Saya nak sapu daun kering. Boleh kamu berpindah ke tempat lain?" seorang lelaki yang memegang penyapu datang menyapanya.

"Ah, maafkan saya." Hani bingkas bangun dan pergi ke kawasan lain. Lelaki itu hanya tersenyum kemudian dia menyambung kerjanya.

"Kamu pelajar baru ke?" lelaki itu tiba-tiba menyoal.

"Eo? Ah, ya. Saya baru masuk hari ni." jawab Hani.

"Patutlah tak pernah nampak." lelaki itu mengangguk faham lalu dia menyambung kerjanya semula.

"amboi, dating dengan tukang kebun ke?" tiba-tiba dua orang gadis datang kepadanya.

"Mana ada." Hani hanya mampu tertunduk.

"Tak ada taste langsung , tukang kebun pun nak." Eunbyul ketawa sinis.

"Han Sarra!" satu suara memanggil nama Sarra. Mendengar panggilan itu tahulah dia siapa lelaki itu. Tak lain tak bukan, suaminya Han Seungwoo. Sarra mengeluh sambil memutarkan bola matanya.

Dengan langkah malas dia menghampiri lelaki itu. Ada seorang gadis di sebelahnya, pinggang gadis itu dipeluk erat.

"Malam ni aku tak balik, kau tak payah tunggu aku." ujar Seungwoo selamba.

"Eh, pernah ke aku tunggu kau? Hello, Mr. Han Seungwoo please know your limit. I don't even ask you to coming home , dear. Go wherever you want, I don't even care." Sarra tersenyum sinis.

"Okay, fine. Aku cuma bagitahu je. Let's go babe." pinggang gadis itu dirangkul erat.

"Goodbye, slut!" Sarra melambai ke arah gadis itu.

"Watch your words, Choo Sarra!" sempat Seungwoo mengherdiknya.

"Do I care? Eunbyul, jom pergi." ajak Sarra. Sempat Eunbyul mencuit hidung Hani.

"Bye, bitch!" Eunbyul terus pergi dari situ.

Lelaki tukang kebun tadi datang semula ke arah Hani.

"Saya Yohan. Kamu tak apa-apa? Mereka tu rakan sekelas kamu ke?" soal Yohan.

"Eum, saya okay. Ya, mereka rakan sekelas saya." jawab Hani.

"Sebenarnya, mereka memang perangai macam tu. Memang ramai yang anti dengan perangai mereka. Kamu hati-hati ya." pesan Yohan.

"Eum, terima kasih." Hani tersenyum. Abang kebun pun jadilah. Abang kebun pun terlebih kacak!

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now