Minhee melabuhkan punggung di sebelah Hani yang sedang memandang laut. Matanya jelas menunjukkan gadis itu sedang bersedih.
"Hani, kau cuba larikan diri daripada lelaki rambut biru tu ke?" soal Minhee. Hani memandang Minhee.
"Dia tunjuk gambar kau tadi. Tapi aku teringat yang kau nampak takut sangat tadi jadi aku cakap yang aku tak pernah nampak." tambah Minhee lagi.
Hani kembali memandang laut.
"Aku datang sini sebab nak larikan diri daripada abang aku." kata Hani.
"Abang kau? Jadinya, tadi tu abang kau? Tapi, kenapa?" soal Minhee hairan.
"Aku tak rasa dia abang aku. Kalau betul dia abang aku, sanggup dia rogol aku. Abang apa sanggup rogol adik sendiri? Dia kata dia cintakan aku, Minhee!" setitis air matanya mengalir ke pipi saat menceritakan hal itu kepada Minhee.
Minhee terkejut. Tidak sangka abangnya sendiri sanggup memperkosa adik sendiri.
"Aku dah tak suci, Minhee! Lelaki setan tu dah hancurkan hidup aku! Aku malu nak pergi sekolah, aku malu nak hadap Mama. Aku malu!" semakin kuat esakkan Hani.
Minhee menarik Hani ke dalam pelukkannya. Dia bersimpati terhadap gadis itu.
"Kejamnya abang kau. Sabarlah Hani, aku pasti dia akan dapat balasan tak lama lagi." belakang Hani diusap lembut untuk menenangkan gadis itu.
"Janji dengan aku yang kau takkan beritahu pada sesiapa pun."
"Baiklah, aku janji. Kau jangan risau." Janji Minhee kepada Hani.
"Dia musnahkan impian aku untuk bersama lelaki yang aku cinta. Hidup aku dah musnah buat selama-lamanya."
•••••
Encik Kim memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah anak yatim. Hangyul tersenyum nipis. Dia dibesarkan di rumah itu dan di situ juga dia terpisah dengan Hana.
"Mari pergi." ajak Eunbyul. Hangyul mengangguk lalu dia membuka pintu dan keluar dari kereta.
Hangyul memimpin tangan Eunbyul berjalan ke rumah itu. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 30-an sedang menyiram pokok bunga di luar rumah.
"Noona" Hangyul memanggil wanita itu. Wajah Hangyul ditatapnya cuba mengingati lelaki itu.
"Hangyul?" soal wanita itu. Hangyul terus memeluk wanita tersebut.
"Ya, noona. Hangyul ni."
"Hangyul! Tak sangka kamu ingat lagi noona. Rindunya noona pada kamu! Syukurlah kamu sihat." kata Wanita itu sambil tersenyum gembira.
Eunbyul menarik hujung baju Hangyul agar lelaki itu tahu bahawa dia wujud atau lebih tepat, dia cemburu.
Pelukkan dileraikan.
"Si cantik ni siapa? Teman wanita kamu ke?" soalnya sambil memandang Eunbyul. Mendengar kata wanita itu , Eunbyul tersipu malu.
"Eh taklah, ini anak majikan saya. Eunbyul. Eunbyul, ini Jieun noona. Pembantu di rumah anak yatim ni." kata Hangyul.
Senyuman Eunbyul mati lalu dia mencebik geram.
"Selamat berkenalan." Eunbyul menunduk hormat.
"Marilah masuk, noona buatkan air." Jieun menjemput mereka masuk ke dalam rumah itu.
...
Jieun meletakkan dulang minuman di atas meja kaca di bilik tetamu.
"Jemput minum ya. Noona panggilkan Omma sekejap." kata Jieun lalu dia keluar dari bilik tetamu sekali lagi meninggalkan mereka berdua.
Hangyul memandang Eunbyul yang dari tadi masam mencuka.
"awak dah kenapa?" soal Hangyul bingung.
"Rapat betul awak dengan dia, awak ada hubungan dengan dia ke?" duga Eunbyul.
"Mana adalah. Dia jaga saya dari kecil, takkanlah saya tak rapat. Saya anggap dia macam kakak saya je. Cemburulah tu!" ujar Hangyul.
Eunbyul memeluk tubuh lalu melemparkan pandangan ke arah lain. Hangyul hanya mampu mengeluh. Susah betul nak puaskan hati budak ni!
Jieun kembali ke bilik tetamu bersama seorang wanita pertengahan usia.
"Hangyul!"
"Omma!" Hangyul bangun dan memeluk wanita itu.
"Syukurlah kamu baik-baik aje." Belakang Hangyul diusap lembut. Mereka meleraikan pelukkan.
"Duduklah." Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
"ada apa Hangyul datang?" soal Puan Na, pemilik rumah anak yatim itu setelah Nenek Na meninggal dunia.
"saya masih mencari Hana, jadi saya datang sini nak tanya omma kalau-kalau Hana pernah datang sini." beritahu Hangyul.
Tiba-tiba air muka anak beranak itu berubah. Mereka saling berpandangan.
Jieun duduk di sebelah Hangyul lalu dia mengelus tangan Hangyul.
"Kami nak beritahu kamu tentang ni, tapi kami tak dapat cari kamu. Sebenarnya, Hana dah meninggal dunia." beritahu Jieun sayu.
"Ya, Hana dah meninggal dunia. Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital. Hana kemalangan bersama keluarga angkat dia. Hanya ibu dan abang angkat dia saja yang dapat diselamatkan." jelas Puan Na.
Hangyul terdiam mendengar penjelasan Puan Na. Air matanya terus mengalir laju walaupun sukar untuk dia percaya. Eunbyul yang turut mendengar berita itu tersentak. Dia rasa serba salah. Jadi, sangkaannya salah. Hani bukan Hana. Namun, dia masih keliru dengan gambar yang dijumpai tempoh hari.
Melihat Hangyul yang sedang menangis teresak-esak membuatkan dia sebak. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.
"Sabarlah, Hangyul." pujuknya.
"Lee Hana!" nama itu disebut dalam tangisannya.
Suasana bilik tetamu itu bertukar suram.
••••••
Tiga minggu kemudian. Hani pulang dari farmasi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia mengeluarkan beg kertas yang berisi alat penguji kehamilan yang dibelinya tadi.
Sudah tiga hari dia asyik muntah, pening kepala. Dia tak boleh bau ikan, dia terus rasa loya. Dia ada membuat carian di dalam internet. Simptom yang dialaminya dikatakan simptom wanita hamil.
Hatinya berdebar-debar. Dia risau jika dia benar-benar mengandungkan anak Yeonjun, anak abangnya sendiri.
Dia segera mengambil alat tersebut dan masuk ke dalam bilik air.
Tidak lama kemudian dia keluar dan melabuhkan punggung di sisi katil. Dia tidak sanggup melihat keputusannya. Perlahan-lahan dia membuka mata.
Hatinya hancur saat melihat dua garisan biru pada alat penguji kehamilan tersebut.
"Aarghh!!! Choi Yeonjun tak guna!!!" jeritnya sambil menangis teresak-esak.
Minhee yang terkejut mendengar jeritan Hani , terus mengetuk pintu bilik Hani dan masuk ke bilik itu.
"Hani! Kenapa ni?!" Tubuh Hani dipeluk erat.
"Aku mengandungkan anak lelaki setan tu, Minhee! Apa aku nak buat! Tolong aku, Minhee!" pipinya sudah lencun dengan air mata.
Minhee mengambil alat itu dari tangan Hani. Ternyata benar, Hani mengandung.
"Minhee!" semakin kuat esakkan Hani di dalam pelukkan Minhee.
"Hani, dengar sini! Cuba bertenang, kau tak boleh tertekan macam ni. Bertenang dulu kemudian kita bincang apa yang perlu kita buat." kepala Hani dibelai lembut.
"Minhee, tolong aku!" Hani bagaikan nak gila memikirkan dirinya kini sedang berbadan dua.
"Shh! Bertenang, Hani."
YOU ARE READING
The Day In December (✔)
Hayran KurguPerit, sedih, sakit, kecewa, itu yang dirasakan apabila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. "Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."