Yeonjun membetulkan sut putihnya sambil tersenyum lebar. Setelah sekian lama dia berfikir yang dia tak akan dapat memiliki Hani sebagai isterinya, namun kebenaran sudah terbongkar dan cintanya terhadap Hani bukanlah cinta terlarang.
Dia tidak sabar menunggu gadis itu muncul di pintu gerbang dengan mengenakan gaun pengantin. Dia sedang membayangkan betapa cantik bakal isterinya.
Tidak lama kemudian, Hani muncul di pintu gerbang dan berjalan ke arah Yeonjun. Tiada secalit senyuman pun di wajah gadis itu, perkahwinan ini tidak memberi kebahagiaan buatnya.
Majlis tertutup itu hanya dihadiri beberapa orang tetamu sahaja iaitu Seungsik, Minhee, Nenek Kang, dan Puan Choi. Hanya mereka yang mengetahui hal sebenar sahaja berada di majlis tersebut bersama paderi yang akan menyatukan mereka.
Kini Hani berdiri di hadapan Yeonjun. Lelaki itu tersenyum bahagia. Hanya jelingan tajam yang dilemparkan kepada lelaki itu.
Hani memandang Seungsik dan Minhee di bawah. Minhee, lelaki yang cuba bertanggungjawab ke atasnya dan Seungsik pula lelaki yang sangat dia cintai. Dua lelaki yang tersakiti menghadiri majlis perkahwinannya.
"Boleh kita mulakan majlis?" Suara Paderi memecahkan kesunyian. Yeonjun memandang Hani, menunggu jawapan gadis itu.
"Ya." jawab Hani.
Di saat Paderi sedang membacakan rukun-rukun di dalam rumahtangga, Hani hanya memandang tepat ke dalam anak mata Yeonjun tanpa perasaan.
"Choi Yeonjun, adakah kamu sudi menerima Choi Hani sebagai isteri kamu dan bersumpah untuk sehidup semati?"
Yeonjun tersenyum. "Ya, saya sudi."
"Choi Hani, sudikah kamu menerima Choi Yeonjun sebagai suami kamu dan bersumpah untuk sehidup semati?"
"Ya, saya sudi." jawab Hani.
"Kamu berdua sah sebagai pasangan suami isteri."
Setelah selesai mengangkat sumpah, Yeonjun cuma mengucup bibir Hani namun gadis itu mengalihkan wajahnya ke arah lain. Yeonjun terkesima, hatinya sakit. Perlahan-lahan dahi Hani dikucup lembut.
Melihat reaksi gadis itu, Yeonjun hanya mampu tersenyum kelat.
....
Yeonjun menarik bagasi milik Hani masuk ke dalam biliknya. Mulai saat ini , bilik itu adalah bilik dia dan isterinya.
Hani hanya memandang kosong bilik yang sudah dihias dengan begitu indah. Tidak sedikit pun membuatkan dia teruja.
"Tak boleh ke aku duduk bilik lama aku? Perlu ke aku tidur sekatil dengan kau?" soalnya dingin.
"Sayang, kita kan suami isteri. Saya tak minta lebih, cukup kita tidur sebilik untuk membuktikan kita sebagai pasangan suami isteri." ujar Yeonjun lembut.
Hani mengeluh kasar. "Kau ingat ya, aku tak nak kau sentuh aku. Cukup sekali apa yang kau buat pada aku. Kalau kau berani ulang perkara yang sama, aku gugurkan anak ni!"
"CHOI HANI!" Suara Yeonjun naik seoktaf. Dia tidak menyangka yang Hani berubah sampai begitu sekali.
"Sudahlah, aku nak mandi dan tidur." wajah Yeonjun dijeling tajam lalu dia masuk ke bilik mandi meninggalkan suaminya di situ.
Yeonjun mengesat air matanya sambil menarik nafas panjang kemudian di lepaskan.
"Ini semua salah aku , jadi aku kena sabar. Aku ikhlas cintakan dia, aku perlu kembalikan Hani yang dulu dengan kesabaran." gumamnya perlahan.
•••••
Sarra teragak-agak ingin memberitahu kepada jurulatih tentang kandungannya. Jika dia teruskan persembahan itu, dia risau dia akan keguguran.
Jurulatih Kim yang sedang duduk di bilik latihan sambil membuat kerjanya ditegur.
"Coach, saya nak cakap sesuatu." Jurulatih Kim menoleh memandang Sarra.
"Ya, Sarra? Ada apa?"
"Saya nak tarik diri untuk persembahan tu. Saya rasa saya tak boleh lakukannya." beritahu Sarra.
"Kenapa, Sarra? Apa yang membuatkan awak tak yakin? Sarra, awak adalah Ballerina yang dikagumi di sekolah ni. Hanya awak yang boleh lakukan persembahan tu." kata Jurulatih Kim.
"Kita masih ada masa untuk latih Haemin. Dia pembantu saya, jadi saya yakin Haemin boleh gantikan saya." Sarra cuba meyakinkan Jurulatihnya.
"Tak boleh! Haemin tak boleh lakukan persembahan tu. Keputusan saya muktamad, walau apa pun yang terjadi, saya tetap nak awak yang lakukan. Alasan awak tak munasabah langsung, selama berapa tahun awak membuat persembahan untuk acara hujung tahun, tiba-tiba awak datang dan bagi alasan yang awak tak yakin. Ini semua mengarut, Sarra!" herdik Jurulatih Kim lalu dia terus meninggalkan gadis itu sendirian.
...
Sarra mengatur langkah keluar dari bilik latihan sambil mengesat air matanya.
Dia berhenti dan bersandar di tepi dinding lalu gadis itu menangis teresak-esak. Sarra buntu. Dia tak mahu mengambil risiko.
Perkahwinannya dan Soobin bakal berlangsung tak lama lagi dan selepas itu dia perlu bersiap sedia untuk persembahan acara hujung tahun sekolahnya. Dia sangat tertekan.
Tiba-tiba datang seseorang berdiri di hadapannya. Sarra mendongak dan memandang lelaki itu. Semakin kuat esakkannya.
"Seungwoo" tubuh lelaki itu dipeluk lalu wajahnya disembam ke dada Seungwoo.
Seungwoo langsung tak bersuara, pelukkan turut dibalas lalu belakang Sarra diusap perlahan untuk menenangkan gadis itu.
••••
Hangyul duduk termenung di dalam sebuah kafe. Perasaam curiganya terhadap Eunbyul semakin bertambah.
Dia tahu gadis itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Gambar yang dia lihat di bilik itu, bukan miliknya. Eunbyul tidak sedar akan perbezaan gambar tersebut.
Gambar yang Hangyul simpan ditulis sesuatu pada belakang gambar, manakala gambar yang disimpan oleh Eunbyul pula kosong.
Tiba-tiba Eunbyul muncul di hadapan Hangyul.
"Sayang, puas saya cari awak! Satu hari awak menghilangkan diri, saya telefon pun awak tak jawab. Kenapa, sayang? Apa yang dah berlaku? Awak marahkan saya ke?" soal Eunbyul.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri, soalan Eunbyul langsung tak dijawab.
Eunbyul melabuhkan punggung di kerusi sebelah Hangyul.
"Sayang, saya ada buat salah pada awak ke?" soal Eunbyul sambil memandang wajah tegang kekasihnya.
"Apa yang awak cuba sembunyikan daripada saya, Byul?" Mendengar soalan itu terus membuatkan Eunbyul gelabah namun dia cuba utuk tenang.
"Apa maksud awak? Sembunyikan sesuatu? Saya tak faham." Eunbyul cuba berdalih.
"Jujur dengan saya, Byul!" anak mata Eunbyul dicerlung tajam.
"Gambar yang ada di bilik awak tu bukan saya punya. Kenapa awak tipu saya? Bagitahu saya, apa yang awak cuba sembunyikan?"
Eunbyul terdiam.
"Lee Eunbyul, jawab!" desak Hangyul.
"Ya, saya sembunyikan sesuatu daripada awak. Sesuatu yang akan membuatkan saya kehilangan awak sebab tu saya tak mampu jujur dengan awak. Saya takut. Takut kehilangan awak!"
YOU ARE READING
The Day In December (✔)
FanfictionPerit, sedih, sakit, kecewa, itu yang dirasakan apabila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. "Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."