❄Part 22

20 3 0
                                    

Hani mencelikkan matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit.

"Sayang? Awak dah sedar?" soal Yeonjun kerisauan. Rambut Hani dibelai lembut.

"Yeonjun,"

"Ya, sayang?"

"tolong cari abang kandung aku. Aku rindu dia." wajah Yeonjun dipandang sayu dengan air mata yang mengalir dari tubir matanya.

Yeonjun terus menarik tubuh Hani ke dalam pelukkannya.

"Baiklah, kita sama-sama cari dia nanti." kata Yeonjun. Hani terus membalas pelukkan suaminya.


                     

                                •••••

Sarra memerhatikan dirinya di hadapan cermin. Tubuhnya sudah lengkap memakai gaun pengantin dan wajahnya juga sudah disolek sederhana.

Namun, hatinya tak gembira. Soobin boleh menerima dirinya tetapi perasaan cintanya pada Soobin telah hilang sejak dia berpisah dengan Seungwoo. Perlahan-lahan dia menyedari yang dia mencintai Han Seungwoo, bukan Choi Soobin.

Menyesal pun tak guna. Beberapa jam lagi dia bakal menjadi isteri Soobin yang sah.

Tiba-tiba telefon bimbitnya mendapat satu mesej.

'Han Seungwoo'

Segera dia membuka pesanan itu dan membaca isinya.

"Aku harap kau tak menyesal."

Berkerut dahi Sarra setelah membaca pesanan daripada Seungwoo. Kemudian dia mengeluh.

Pintu bilik diketuk beberapa kali dan Puan Choo menjengah ke dalam bilik tersebut.

"Sarra, majlis dah nak bermula. Bersedia ya, sayang." kata Puan Choo sambil tersenyum.

Sarra hanya mampu mengangguk tanpa bersuara. Puan Choo menjadi risau melihat anaknya.

"Sayang, are you okay?" soal Puan Choo risau.

"I'm okay."


...

Sarra masuk ke dalam dewan diiringi oleh bapanya buat kali kedua.

Hanya senyuman nipis yang mampu dia berikan sambil melihat Soobin yang nampak sangat kacak sedang berdiri di hujung sana menunggunya.

"Lupakan perkahwinan pertama kamu. Daddy minta maaf sebab kahwinkan dengan lelaki yang kamu tak cintai. Daddy tak tahu anak Daddy tak bahagia. Daddy berharap yang perkahwinan kedua kamu mampu membahagiakan kamu." ujar Tuan Choo.

"Sarra bahagia, Daddy." gumamnya perlahan.

Mereka akhirnya sampai di hadapan Soobin dan paderi yang akan menyatukan mereka.

Soobin menggenggam erat tangan kecil Sarra sambil tersenyum lebar. Jam ditangannya direling sesaat sambil memandang ke pintu dewan.

"awak tunggu siapa?" soal Sarra dalam nada berbisik. Soobin hanya menggeleng sambil tersenyum.

Paderi membaca mukadimah sebelum memulakan lafaz penyatuan di antara Soobin dan Sarra.

Sepanjang mendengar mukadimah, Soobin hanya memandang wajah Sarra seolah-olah tiada hari esok membuatkan gadis itu gementar.

"Choi Soobin, sudikah kamu menerima Choo Sarra sebagai isteri dan bersumpah untuk sehidup dan semati?" 

Soobin tidak menjawab. Dia hanya terdiam memandang wajah Sarra.

"Soobin?" Sarra cuba menyedarkan lelaki itu. Tiba-tiba kedengaran pintu dewan dibuka dan Soobin terus tersenyum.

Semua mata tertumpu ke arah susuk tubuh yang baru sahaja masuk ke dewan itu.

"Seungwoo?!" Sarra terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Tidak." Soobin akhirnya menjawab dan jawapannya membuatkan Sarra menoleh memandang wajahnya.

"Soobin, apa semua ni?" soal Sarra tidak mengerti.

"I tahu, you sebenarnya masih sayangkan Seungwoo. So, I buat keputusan untuk lepaskan you. Ini semua demi kebahagiaan you, I tak sanggup tengok you menderita berkahwin dengan I." kata Soobin sambil mengelus lembut pipi Sarra.

"Soobin, tapi .." Sarra mati kata-kata.

"Anak dalam perut you perlukan ayah dia. Bukan maksud I tak nak terima anak you tapi you dan Seungwoo masih mencintai satu sama lain dan tak salah kalau you pulang semula ke pangkuan Seungwoo. I terima dengan hati yang terbuka, jadi you pergilah pada dia dan hidup bahagia. Kita masih boleh jadi kawan baik."

Sarra terus memeluk tubuh Soobin.

"Terima kasih, Soobin." ucap Sarra sambil tersenyum bahagia di dalam pelukkan lelaki itu.

"Sama-sama. Pergilah pada Seungwoo, dia tengah tunggu you." Soobin meleraikan pelukkan mereka.

Sarra melemparkan pandangan ke arah Seungwoo yang sedang mendepakan tangannya mengharap gadis itu berlari ke dalam pelukkannya.

"Seungwoo!" kini tubuh Seungwoo pula dipeluk erat.

"I miss you, babe." ujar Seungwoo.

Ibubapa Sarra sudah menggelabah melihat situasi itu.

"Tuan dan Puan Choi, kami minta maaf. Kami tak sangka yang semua ni akan terjadi, kami akan cuba halang Sarra danㅡ"

"Tak mengapa, asalkan Sarra bahagia. Soobin yang rancang semua ni jadi kami tak salahkan pihak kamu. Kami pulang dulu ya." Puan Choi tersenyum senang hati.

"Kalau saya jadi Tuan, saya lebih rela tengok anak perempuan saya bahagia. Apa-apa pun tahniah ya, awak berdua bakal jadi atuk dan nenek." ujar Tuan Choi mesra.

Mereka menghelakan nafas lega.





                               •••••

Sudah seminggu Eunbyul duduk berkurung di dalam biliknya. Sejak Hangyul pergi meninggalkannya, dia tiada semangat untuk ke sekolah , dia tidak ada selera untuk makan.

Puas juga Puan Lee memujuk anaknya itu namun tetap sama.

Puan Lee melabuhkan punggung di sebelah Eunbyul.

"Byul, janganlah berkurung macam ni. Mummy risau Byul jatuh sakit nanti. Mari kita turun makan, ya?"

"Tak nak. Byul nak Hangyul! Suruh dia balik makan sama-sama dengan kita baru Byul makan!" bentak Eunbyul.

"Eunbyul! Bukan mummy tak cuba pujuk Hangyul tapi dia ada hak untuk tentukan hidup dia sendiri. Byul bukan siapa-siapa pun nak tentukan hidup dia! Boleh tak jangan kawal hidup orang lain dengan kemewahan yang Byul ada?!" Puan Lee mula hilang sabar dengan sikap anaknya.

Kedengaran esakkan halus gadis itu.

"Byul benci mummy!!" herdik Eunbyul.

"Kenapa susah sangat kamu nak dengar cakap mummy?! Hangyul tu tak nak kamu! Jangan degil boleh tak?! Apa yang kamu tergila-gilakan sangat pada dia? Kamu sendiri yang cari masalah, tak perlu nak menyalahkan orang lain!!" Puan Lee memukul bahu Eunbyul berulangkali.

"Byul cintakan Hangyul! Tak boleh ke mummy pujuk Hangyul suruh dia terima Byul? Susah sangat ke?!"

"Lee Eunbyul!" satu suara garau mencelah. Lelaki itu masuk ke dalam bilik Eunbyul lalu dia menarik tangan Eunbyul dan mengheret gadis itu keluar.

"Hangyul!" Eunbyul tersenyum lebar melihat wajah lelaki itu.

"Mari turun makan, aku tak boleh lama di sini." ujar Hangyul dingin.

"Tak nak! Kalau awak duduk di sini terus baru saya turun makan!" Eunbyul menepis tangan Hangyul lalu dia duduk semula sambil memeluk tubuh.

"Boleh tak jangan degil?! Kau tak kasihankan mak kau ke?! Kau fikir lepas apa yang kau dah buat pada aku, aku akan terus bersama kau?! Jangan mimpi! Ini kali terakhir aku datang jumpa kau, kalau kau masih berdegil juga aku nak balik." Hangyul terus melangkah keluar dari bilik Eunbyul.

"Hangyul! Jangan pergi!" Eunbyul berlari mendapatkan Hangyul.

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now