❄Part 15

26 4 0
                                    

Hani duduk termenung di atas buaian di luar rumah. Matanya bengkak akibat terlampau banyak menangis.

Minhee menghampirinya membawakan segelas susu lalu diberikan kepada Hani namun gadis itu menolak.

"Minumlah, Hani. Kau menangis banyak sangat sampai badan kau lemah. Sekarang kau bukan sendirian lagi dah, kau tengah berbadan dua." ujar Minhee. Tanpa membantah Hani mengambil gelas minuman tersebut dan diteguk separuh.

Minhee melabuhkan punggung di kerusi kayu sebelah buaian.

"Jadi, apa rancangan kau yang seterusnya untuk bayi dalam kandungan kau tu?" soal Minhee.

Hani mengusap perutnya yang masih kempis.

"Dia tetap anak aku. Dia tak bersalah, bapak dia yang bersalah. Aku tak nak hukum anak aku atas kesalahan lelaki tak guna tu." kata Hani.

"Baguslah kalau kau masih nakkan anak kau. Tapi, kau kata dia cintakan kau kan? Kau tak nak bagitahu dia tentang kandungan kau? Dia patut tahu sebab dia yang dah perkosa kau. Kenapa kau perlu tanggung seorang diri, Hani?"

"Lepas tu kau nak aku buat apa, Minhee? Kalau dia tahu aku mengandung mestilah dia akan bertanggungjawab sebab dia tu gila! Macam mana aku nak kahwin dengan abang aku sendiri?" Hatinya sakit apabila memikirkan tentang lelaki itu.

"jadi, kau nak besarkan anak tu sendiri tanpa seorang ayah?"

"Hidup aku dah musnah, Minhee. Masa depan aku gelap. Dah tak ada siapa yang nakkan perempuan kotor macam aku, tambah lagi kalau mereka tahu aku diperkosa oleh abang aku sendiri. Aku lebih rela jaga anak ni sendiri."

"Ada. Ada orang yang nakkan kau."

"Siapa? Siapa, Minheeㅡ"

"Aku. Aku sanggup kahwini kau, Hani." Minhee memangkas kata-kata Hani.

Hani mengeluh.

"Minhee, kau masih muda. Tolonglah, aku merayu. Jangan hancurkan masa depan kau demi aku. Aku boleh uruskan diri dan anak aku sendiri. Jangan risau."

"Aku ikhlas, Hani!" Minhee masih berdegil.

"Tak! Tak boleh, Minhee. Aku tak nak kau sia-siakan hidup kau. Kau ada cita-cita , jadi jangan pernah musnahkan hidup kau sendiri. Terima kasih sebab kau ikhlas, tapi aku tak boleh terima kau." Hani tersenyum nipis lalu dia bangun dan masuk ke dalam rumah.

Minhee melemparkan pandangan ke arah laut sambil mengeluh.



                        

                               •••••

Walaupun sudah tiga minggu berlalu, Hangyul masih tak dapat terima kenyataan yang Hana telah meninggal dunia.

Sukar untuk dia percaya. Hatinya sakit. Mahu menyalahkan ibu angkat Hana, wanita itu juga turut kehilangan suami tercinta.

Eunbyul melabuhkan punggung di sebelah Hangyul. Air mata lelaki itu diusap lembut.

"Sudah-sudahlah menangis, nanti awak jatuh sakit. Saya risau." pujuk Eunbyul.

"Awak tak faham macam mana rasa kehilangan sebab awak tak pernah laluinya." kata Hangyul.

"Ya, saya tak pernah rasa kehilangan tapi saya faham erti kehilangan. Setiap orang akan rasa kehilangan. Tapi, untuk menyakitkan diri awak sendiri langsung tak ada gunanya. Awak menangis macam mana pun, Hana tetap takkan kembali. Hari-hari saya tak boleh tumpukan perhatian saya pada pelajaran, saya risaukan awak." Pipi Hangyul dielus lembut. Rambutnya dibelai penuh kasih sayang.

"Saya mungkin tak mampu gantikan Hana, tapi saya sudi jadi tempat awak luahkan segala yang terbuku di hati awak. Saya sakit tengok awak menangis." Mata Eunbyul mula berkaca.

"Beritahu saya, apa saya patut buat untuk ceriakan awak? Saya sanggup buat apa saja untuk awak, Hangyul. Saya cintakan awak."

Hangyul terus meragut bibir mugil Eunbyul. Lama bibir mereka bertaut sebelum Hangyul meleraikan kucupan itu.

"Terima kasih, Eunbyul. Saya tahu awak ikhlas. Izinkan saya menyayangi awak seperti mana saya menyayangi Hana."

"Saya izinkan." Eunbyul tersenyum lalu memeluk erat tubuh Hangyul.



    

                                  •••••

Sarra memandang kad jemputan perkahwinan yang berada di tangannya.

24.12.2017. Tarikh perkahwinannya dengan Soobin. Tarikh itu juga merupakan hari lahir Seungwoo.

Dia akui, setelah dia bercerai dengan Seungwoo, dia asyik terfikir bagaimana hidup lelaki itu. Dia sudah tidak bahagia lagi bersama Soobin namun dia cuba berpura-pura agar lelaki itu bahagia.

Dia hanya memandang kawasan kolam renang itu. Patutkah dia memberikan kad jemputan itu kepada Seungwoo? Dia tidak mahu mengguriskan hati lelaki itu sekali lagi.

Langkahnya semakin mengundur ke belakang memikirkan dia tidak patut menyakiti hati lelaki itu lagi, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang sedang terkapai-kapai di dalam air.

Segera dia terjun ke dalam kolam tersebut untuk menyelamatkannya.

"Seungwoo!" dia memeluk erat lelaki itu lalu di bawa ke atas.

"Seungwoo! Bangun! Bangun!" teresak-esak dia merayu agar lelaki itu sedar.

"Tolong!!" jeritnya cuba meminta tolong. Dua orang pelajar yang berjalan di situ menghampiri mereka.

"Tolong panggilkan ambulans! Dia lemas!" pinta Sarra. Dada lelaki itu ditekan berulang kali untuk mengeluarkan air yang terkumpul di dadanya.


....

Sarra menangis teresak-esak melihat wajah Seungwoo yang pucat. Dia tidak berhenti berdoa agar lelaki itu selamat.

Doktor melakukan CPR kepada Seungwoo. Tidak lama kemudian Seungwoo terbatuk-batuk dan tersedar dari pengsan.

Sarra menarik nafas lega. Bersyukur lelaki itu tidak apa-apa.


Setelah memastikan Seungwoo sudah tidur, Sarra perlahan-lahan menghampiri katil lelaki itu.

"Saya dah suruh awak jaga diri, kenapa awak degil? Janganlah buat saya risau lagi." bisik hatinya. Sesungguhnya dia merindui lelaki itu. Dia rindukan kucupan lembut yang pernah Seungwoo berikan.

Namun, sekarang sudah tidak bermakna lagi. Mereka sudah bercerai. Masa tak boleh diundur.

Kad jemputan perkahwinannya diletakkan di tepi bantal Seungwoo. Dahinya dikucup lembut.

"Jaga diri, sayang." Sarra terus pergi dari situ.

Tidak lama kemudian Seungwoo membuka matanya. Air mata mengalir di ekor matanya melihat gadis itu pergi.

"Aku tahu kau sayangkan aku, Sarra. Kenapa kau kelirukan perasaan aku?" gumamnya perlahan.

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now