❄Part 8

25 4 0
                                    

Sarra menyandarkan belakangnya di kepala katil sambil memeluk patung beruangnya. Dia tidak mampu melelapkan mata apabila dia terfikirkan apa yang dikatakan oleh Seungwoo malam itu.

"Patutkah kita bercerai dan berkawan baik macam dulu semula?"

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Tetapi, memang perkahwinan ini yang membuatkan mereka membenci sesama sendiri.

Dia juga pernah berfikir untuk mengakhiri perkahwinan mereka namun dia masih terlalu muda untuk diceraikan dan juga mereka masih bersekolah.

Sarra turun dari katilnya lalu dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik suaminya.

Pintu diketuk beberapa kali.

"Masuklah." jawab Seungwoo dari dalam. Perlahan-lahan pintu bilik lelaki itu dikuak. Kelihatan, Seungwoo sedang bermain permainan video di telefon bimbitnya.

Sarra melabuhkan punggung di sebelah Seungwoo.

"Baring." Seungwoo tiba-tiba menyuruh Sarra berbaring di sebelahnya namun Sarra menolak. Tanpa berkata apa-apa, Seungwoo terus menarik tangan Sarra membuatkan kepala gadis itu terjatuh ke dada bidangnya. Dia terus menyambung permainan videonya semula.

"SㅡSeungwoo, aku .." dia teragak-agak mahu katakan apa yang berada di fikirannya saat itu.

"eum?" matanya masih fokus pada skrin telefon.

"Aku tak nak bercerai." beritahu Sarra terus terang. Seungwoo menekan 'pause' pada permainan video di telefonnya. Dia mengiring ke arah Sarra.

"wae?" soalnya lembut.

"Kalau kau nak bercerai, lepas kita habis sekolah. Boleh?" matanya menunjukkan yang dia sangat berharap agar lelaki itu setuju dengan cadangannya.

"Hm. Aku rasa aku dah ubah fikiran."  Tangannya memeluk erat tubuh isterinya. Sarra jadi kekok memandangkan selama mereka berkahwin, dia langsung tak pernah berbuat demikian dengan suaminya.

"Apa kata kita teruskan perkahwinan ni? Tak salah kan kalau kita perbaiki hubungan kita sebagai suami isteri yang sah?" Seungwoo senyum memandang Sarra. Dahi Sarra dikucup lembut.

"Seungwoo, maaf." Pelukkan Seungwoo dileraikan lalu Sarra keluar dari bilik lelaki itu.

Seungwoo mengeluh.

"kau nak aku buat apa lagi Sarra?!" Suara Seungwoo terus meninggi.

Dia berlari ke bilik Sarra lalu diketuk berulangkali.

"Buka pintu ni, Han Sarra!" herdik Seungwoo.

"Ini dah salah, Seungwoo!" kedengaran suara Sarra dari dalam.

"Apa yang salah?! Kita berdua suami isteri yang sah. Yang salahnya bila kau bersama lelaki lain!!" pintu bilik Sarra dihentak kuat.



                        
                               •••••

Eunbyul hanya memerhatikan Hani yang sedang membuat latihan di tempatnya.

"Tak mungkin Hani, tapi .. argh tak mungkin!" Eunbyul menggelengkan kepalanya untuk melupakan perkara yang difikirkannya.

"kau fikir apa?" soal Sarra yang baru masuk ke kelas.

"Tak ada apa." jawab Eunbyul. Sarra melabuhkan punggung di kerusinya.

"kau masih marahkan aku?"

"marah kau? untuk apa? Aku tak ada hak nak campur urusan hal rumahtangga kau dan Seungwoo. Aku juga tak ada hak nak halang kau buat apa yang kau nak." kata Eunbyul.

"Byul, aku serabut." adu Sarra. Pandangannya jatuh ke lantai. Dia benar-benar serabut. Sejak semalam dia asyik mengelak dari bertembung dengan Seungwoo.

"Kenapa?" Eunbyul memandang Sarra. Terdetik rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu.

"Seungwoo nak bercerai dan nak kami jadi kawan baik macam dulu semula tapi aku tak sanggup diceraikan dalam usia muda macam ni. Aku minta dia ceraikan aku lepas habis sekolah tapi dia berubah fikiran." ceritanya.

"ubah fikiran? Maksud kau?"

"Dia tak jadi nak ceraikan, dia nak baiki hubungan rumahtangga kami. Aku tak bersedia lagi, aku takut aku tak mampu jadi isteri yang baik untuk dia."

Eunbyul mengeluh.

"Aku setuju apa yang Seungwoo kata, apa salahnya perbaiki hubungan rumahtangga korang. Tapi, aku faham kalau kau belum bersedia. Buat sementara ni, kau jangan fikir sangat pasal tu." Eunbyul menepuk lembut bahu Sarra.



...

Pada waktu rehat, Eunbyul menghendap Hani yang sedang melepak di tempat biasanya sambil berbual bersama Yohan dan Hangyul.

Terdetik rasa cemburu di hatinya. Dia tidak suka melihat Hani rapat dengan Hangyul.

Setiap kali Hangyul memandang Hani, ianya bukan pandangan biasa. Tetapi, pandangan yang penuh kelembutan dan kasih sayang.

"Aku tak boleh biar dia jatuh ke tangan Hani! Tak! Tak boleh!" Kini otaknya ligat memikirkan cara untuk dia sentiasa bersama Hangyul.

Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.



...

Hani cuba melarikan diri apabila Seungsik ternampaknya. Seungsik mengejar Hani.

"Hani! Tunggu!" lengan Hani dirangkul kemas.

"Lepaskan saya, Seungsik." Hani menepis lembut tangan Seungsik. Matanya menilau ke sana sini seperti mengawasi sesuatu. Wajahnya pula nampak ketakutan.

"Hani! Kenapa dengan kau? Apa yang abang kau dah lakukan pada kau?" soal Seungsik yang risau melihat keadaan Hani.

"Boleh tak kalau kita dah tak berjumpa lagi lepas ni?" rayu Hani dengan mata yang berkaca.

"Tapi, kenapa?" Seungsik memegang kedua-dua belah bahu Hani. Wajah gadis itu ditatapnya.

"Tolong saya, Seungsik. Saya merayu pada awak." Hani menangis teresak-esak.

"Choi Hani" kedengaran lembut sahaja nama Hani dipanggil. Berderau darahnya saat melihat lelaki yang sedang berdiri di seberang jalan.

Tangan Seungsik ditepis lalu dia pergi ke arah Yeonjun yang sedang tersenyum manis menunggunya. Dia takut melihat senyuman Yeonjun.

Tiba dia di hadapan Yeonjun, dia terus memeluk lelaki itu sambil menangis teresak-esak. Dalam tangisannya dia merayu agar Yeonjun tidak mengapa-apakan dirinya.

"Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau sayang. Mari masuk." Yeonjun membukakan pintu buat Hani.

Selepas Hani masuk ke dalam kereta, dia masuk ke tempat pemandu. Hani yang tersedu sedan dipandangnya. Tangan kecil gadis itu digenggam kemas.

"Aku tahu kau takut. Hari ni aku akan layan kau baik-baik. Aku nak kau ingat sesuatu, aku tak nak nampak kau dengan mamat tu lagi dah lepas ni. Kalau kau berdegil, aku tak jamin lelaki tu boleh terselamat." Yeonjun mencuit dagu Hani lalu dia mengucup lembut bibir Hani.

Air mata Hani laju membasahi pipinya. Dia tidak menyangka abangnya sanggup memperlakukan dirinya tak ubah seperti perempuan murahan.


                              ••••

Eunbyul masuk ke rumahnya dengan hati yang riang. Dia melabuhkan punggung di atas sofa lalu dia memandang wajah ibunya.

"Ada apa, sayang? Ceria je Mummy tengok. Ada sesuatu yang baik berlaku ke?" soal Puan Lee.

"Mummy, Byul nak ada seorang pembantu peribadi boleh?" pinta Eunbyul.

"Untuk kamu apa saja boleh, sayang. Nanti Mummy carikan." Puan Lee hanya menuruti permintaan anak tunggalnya itu.

"Tak perlu, Byul dah jumpa. Mummy cuma perlu sediakan sebuah bilik dan kemudahan untuk dia." ujar Eunbyul.

"Kamu pasti dia boleh jadi pembantu peribadi kamu?"

"Ya. Byul kenal dia. Dia dah tolong Byul tempoh hari. Walau macam mana sekalipun, Byul tetap nak dia." Eunbyul terus naik ke biliknya dengan hati yang gembira.

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now