❄Part 13

28 4 0
                                    

Gambar yang dijumpai di rumah Hani tempoh hari ditenungnya lama. Dia cuba berfikir secara logik.

"Kalau betul Hani adalah Lee Hana, kenapa Hani tak cari Hangyul? Takkanlah tak ada apa-apa bukti selain gambar ni yang menjadi bukti kukuh, Hani tu adalah Hana?"

Dia terdiam buat seketika. Fikirannya masih memproses teorinya.

"Tapi, macam mana kalau Hani adalah Lee Hana? Hangyul akan tinggalkan aku." hatinya sebak bila memikirkan perkara itu.

"Aku kena pastikan yang Hani bukan Hana. Aku perlu buat ujian DNA , kalau betul Hani adalah Hana, aku kena jauhkan dia dari Hangyul. Aku tak boleh biar mereka bersama sampai bila-bila. Hangyul milik aku. Aku akan jadi Hana selamanya untuk dia." gambar di tangannya direnyukkan menjadi gumpalan.

"Maaf, Hangyul. Aku tak boleh biar kau dan Hana bersatu semula." bisik hatinya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Eunbyul diketuk.

"Siapa?"

"Saya."

Gumpalan tadi disembunyikan di bawah selimut. "Sekejap!"

Pintu bilik dibuka.

"Kenapa Hangyul?" soal Eunbyul.

"belum tidur lagi?"

"Belum. Awak ada nak cakap sesuatu ke?"

"Tak ada. Saya cuma nak tengok keadaan awak. Pergilah tidur." sempat dia membelai rambut gadis itu , lalu dia masuk ke biliknya semula.

Eunbyul mengeluh.



                                 ••••••

Sarra termundar-mandir di hadapan bilik Seungwoo. Sudah dua hari lelaki itu berkurung dalam bilik.

Dia teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik suaminya. "macam mana kalau dia mati dalam bilik ni?" fikirnya.

Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik itu, Seungwoo terlebih dahulu sudah membuka pintu. Wajahnya pucat.

"Nak masuk, masuk je la. Buat apa nak minta kebenaran masuk bilik suami sendiri." kata Seungwoo dengan suara yang lemah. Dia terus kembali ke katilnya.

Sarra hairan melihat wajah suaminya. "Kㅡkau okay?"

"kau mimpi aku mati ke yang tiba-tiba tanya keadaan aku?" masih sempat lelaki itu menyindirnya.

Sarra mencebik geram. Mahu saja dia pergi dari situ, namun langkahnya terhenti saat suara lemah itu memanggilnya. "Sayang"

Sarra berdiri kaku. Apa yang baru dia dengar sebentar tadi?

"boleh tak kau temankan aku malam ni? Aku demam." tambahnya. Sarra menoleh ke arah Seungwoo.

"Aku dah janji dengan Soobin malam ni. Maaf." serba salah dibuatnya namun dia sudah berjanji dengan Soobin.

"Bagitahu dia, aku pinjam kau malam ni je. Lepas ni aku takkan ganggu korang berdua dah." kata Seungwoo.

Sarra tersentak dengan kata-kata Seungwoo. Dia menapak ke arah lelaki itu.

"Baiklah. Mari sini." Pehanya ditepuk perlahan menyuruh lelaki itu berbaring. Seungwoo akur.

"Terima kasih." ucap Seungwoo lemah. Sarra membelai rambutnya.

"Malam ni malam terakhir kita sebagai suami isteri. Boleh tak aku buat satu permintaan?"

Sekali lagi Sarra tersentak dengan kata-kata Seungwoo. Tak sangka begitu mudah Seungwoo mengalah. Empangan yang ingin pecah ditahannya.

"Apa dia?" soalnya lembut. Seungwoo menggenggam tangan kecil Sarra.

"Layan aku sebagai suami kau buat kali pertama dan terakhir." tangan yang digenggam itu dikucup lama.

Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Sarra tewas. Dia mengangguk perlahan.

"Baiklah. Saya setuju." Sarra menuruti permintaan Seungwoo. Dahi Seungwoo dikucup dan tanpa disedari air matanya jatuh ke wajah Seungwoo.

Pantas lelaki itu bangun dan menatap wajahnya. "kenapa kau menangis sedangkan sebelum ni kau yang ajak aku berpisah? Esok aku akan ceraikan kau, Han Sarra. Seperti mana yang kau mahukan. Aku akan biarkan kau bahagia dengan Soobin."

Sarra terus memeluk tubuh Seungwoo dan menangis teresak-esak. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirinya mahu.

"Aku mengalah. Aku tahu aku takkan dapat. Kita hanya ditakdirkan sebagai kawan baik." kata Seungwoo.

Pelukkan dileraikan, lalu Sarra mengelus lembut pipi Seungwoo lalu bibirnya bertaut di bibir suaminya. Selama mereka menjadi pasangan suami isteri, tidak pernah sekalipun mereka berpelukkan, apatah lagi berkucupan.

Bilik itu menjadi saksi malam pertama dan terakhir mereka.

...

Seungwoo terjaga dari tidurnya. Sarra sudah tidak ada di sebelahnya. Jubah mandi yang tersangkut di tempat penyangkut itu dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya yang tidak berpakaian.

Lelaki itu segera berlari keluar dari bilik dan mencari isterinya.

"Han Sarra!" kelihatan gadis itu berada di bawah dengan bagasi-bagasinya.

Seungwoo menuruni anak tangga dan menghampiri gadis itu. Sarra berpusing menghadapnya.

Nafas panjang ditarik sebelum dia memulakan lafaz cerai. Tangan gadis itu digenggam.

"Aku ceraikan kau, Choo Sarra." Seungwoo selesai melafaz cerai dengan air mata yang mengalir.

Sarra mengucup tangan Seungwoo buat kali terakhir lalu dia menanggalkan cincin perkahwinan mereka dan diletakkan di tapak tangan Seungwoo.

"Terima kasih, Han Seungwoo. Jaga diri kau dan maafkan aku." Sarra terus menarik bagasinya pergi ke arah Soobin yang sedang menunggunya di pintu.

Soobin mengambil bagasi itu lalu dia merangkul erat tubuh gadis itu. Hati Seungwoo sakit melihat mereka.




                                •••••

"Selamat datang!" Hani berjalan ke arah seorang pelanggan yang baru masuk.

"Boleh saya ambil pesanan Encik?" Hani meletakkan buku menu di atas meja.

"Jjamppong satu dan juga soju." lelaki itu memesan.

"Baiklah." Baru sahaja Hani ingin pergi ke dapur, matanya menangkap satu figura lelaki yang sangat dia kenali. Hani terus berlari bersembunyi di dapur.

Minhee terkejut melihat Hani yang sedang ketakutan.

"Hani, kenapa ni?" soal Minhee risau.

"Minhee, tolong siapkan pesanan ni. Aku nak balik awal hari ni." katanya sambil menangis teresak-esak.

"Hani"

"tolonglah , Minhee!" Rayu Hani lagi.

"Baiklah, kau pergilah balik berehat. Nanti aku bagitahu nenek." kata Minhee.

Minhee menyiapkan pesanan yang diambil lalu dia menghantar ke meja nombor 4.

Kelihatan seorang lelaki berambut biru sedang duduk di salah sebuah meja.

"Dik!" panggilnya. Minhee terus pergi ke arahnya.

"Ya, nak pesan apa?" soal Minhee tanpa rasa curiga.

"Sekejap, nak tanya sesuatu." Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu satu gambar ditunjukkan kepada Minhee. Terkejut Minhee apabila gadis di dalam gambar itu adalah Hani.

"Pernah nampak gadis ni tak?"

Minhee teragak-agak mahu menjawab apabila dia teringat Hani yang ketakutan sebentar tadi. Fikirnya mungkin lelaki ini bukan lelaki yang baik, kalau dia baik takkan Hani nak melarikan diri darinya?

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now