❄Part 19

27 4 0
                                    

Hani mencelikkan matanya. Siling putih menjadi tatapan pertamanya lalu dia menoleh ke kanan. Semua yang berada di restoran Nenek Kang tadi turut ada.

"Apa yang dah jadi?" soalnya lemah sambil memandang wajah Puan Choi.

"Hani pengsan. Doktor cakap Hani tertekan dan kandungan Hani lemah." beritahu Puan Choi.

Hani mengeluh. Dia memang sangat tertekan selepas dia tahu yang dirinya mengandung ditambah pula dengan apa yang Puan Choi jelaskan pada mereka.

"Hani, boleh kita bercakap sekejap?" Yeonjun menyelit.

"Boleh tak awak semua tinggalkan kami berdua?" pinta Hani. Mereka akur lalu mereka keluar dari bilik wad Hani untuk memberi ruang kepada Hani dan Yeonjun.

Yeonjun melabuhkan punggung di sisi katil Hani lalu tangan kecil itu dielus lembut. Hani hanya menunjukkan muka menyampah terhadap lelaki itu.

"Sayangㅡ"

"Don't call me like that. Cakap apa yang kau nak cakap." Pandangannya dilemparkan ke arah lain. Dia benci melihat wajah lelaki itu.

"Hani, aku bukan nak buat kau tertekan tapi ini demi anak kita. Aku nak jaga anak kita sama-sama." kata Yeonjun sayu.

Hani hanya membiarkan lelaki itu berbicara. Dia mahu dengar apa yang lelaki itu mahu katakan.

"Aku janji dengan kau, bila aku jadi suami kau nanti aku akan berubah. Aku akan jadi suami dan ayah yang baik untuk anak kita. Tolonglah bagi aku peluang, Hani." tangan kecil itu dikucup lembut.

Hani hanya diam memikirkannya.

"Kalau bukan kau, siapa lagi yang nakkan perempuan jijik macam aku ni, kan? Hidup aku dah hancur sebab kau, jadi kaulah yang perlu bertanggungjawab. Baiklah, aku setuju tapi jangan pernah bermimpi untuk hidup macam pasangan suami isteri yang lain sebab aku benci kau sampai mati!" Wajah Yeonjun dijeling tajam.

Yeonjun tersenyum kelat. Walaupun dia agak gembira apabila Hani menerima cadangannya, itu tidak bermakna Hani menerima dirinya dengan baik. Terang lagi bersuluh gadis itu membencinya.

"Terima kasih, sayang." pipi Hani dielus lembut.

"Tak payahlah sentuh aku! Keluar! Rimas aku tengok muka kau!" Hani terus membelakangkan Yeonjun.

"Okay. Rehatlah." Selimut Hani dibetulkan sebelum dia keluar dari bilik itu.

                               •••••

Sarra duduk bersandar di tepi jendela biliknya sambil merenung ke luar.

Sejak kejadian malam itu, dia berharap yang Seungwoo akan mencari atau menghubunginya namun tidak pernah pun lelaki itu datang.

"Papa tak happy dengan kehadiran kamu agaknya. Dia dah berbaik dengan teman wanita dia semula. Apa Mama nak buat? Belum tentu Uncle Soobin akan terima kamu." omelnya sendirian.

"Tapi kalau Uncle Soobin tak nak terima kamu, Mama tetap akan jaga kamu. Jadi, kamu jangan risau ya sayang." Sarra mengukir senyuman sambil mengusap perutnya.

"Sarra!" kedengaran suara Puan Choo. Wajahnya nampak sangat terkejut.

"Mummy, kㅡkenapa?" Sarra memandang wajah Ibunya.

"Sarra mengandung?!" Gadis itu terdiam.

"Anak siapa? Kamu tidur dengan Soobin?!"

"Tak! Sarra tak pernah tidur dengan Soobin. Ini anak Seungwoo. Kami pernah bersama sekali, malam sebelum dia ceraikan Sarra. Kenapa Mummy? Salah ke Sarra mengandungkan anak bekas suami Sarra sendiri?"

Puan Choo menghampiri anaknya.

"Tak salah, Sarra. Tapi, tak lama lagi kamu akan berkahwin dengan Soobin. Apa pula kata keluarga Soobin kalau dia tahu yang kamu mengandung anak Seungwoo?"

"Mummy, kalau Soobin dan keluarga dia tak boleh terima yang Sarra mengandung, it's okay. I don't care. Sarra boleh batalkan perkahwinan tu dan Sarra akan besarkan sendiri anak Sarra."

"Macam mana dengan Seungwoo? Sarra dah bagitahu dia?" Sarra mengangguk kecil.

"Apa dia kata?"

"Dah seminggu pun tapi dia tak ada hubungi atau cari Sarra pun. Malam Sarra pergi rumah dia untuk bagitahu tentang ni, bekas kekasih dia ada bersama dia. Mungkin mereka dah berbaik, jadi anak ni tak penting pun untuk dia." ujar Sarra kecewa.

"Jadi, untuk apa kamu simpan anak tu kalau ayah dia tak peduli?" kata-kata Puan Choo membuatkan Sarra memandang ibunya.

"Mummy! Mummy sedar tak apa yang Mummy cakap ni?!"

"Mummy cuma cadangkan je, Mummy tak paksa. Mummy tak nak Sarra jadi Ibu tunggal. Mummy tak bencikan anak Sarra, tapi status Ibu tunggal tak pernah ada dalam keturunan keluarga kita tambah-tambah lagi dalam usia muda macam Sarra. Kalau betul Sarra nak besarkan anak tu, bincang dengan Seungwoo untuk kembali bersama semula." Puan Choo terus keluar dari bilik Sarra.

Sarra melepaskan keluhan berat. Tak sangka ibunya sanggup berkata begitu.




                              •••••

Hangyul mengetuk pintu bilik Eunbyul.

"Byul, awak okay?" soal Hangyul lembut.

"I'm okay. Masuklah, tak kunci pun pintu." jawab Eunbyul.

Tidak lama kemudian Hangyul memulas tombol pintu bilik tersebut. Gadis itu sedang duduk di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Hangyul melabuhkan punggung di sisi katil sambil memandang Eunbyul.

"Sayang" panggilnya dengan suara manja. Eunbyul tidak menjawab walaupun dirinya rasa tercabar dengan panggilan dan suara manja itu.

"Sayang!" sekali lagi lelaki itu cuba menggodanya.

"Nak apa, Hangyul?" soalnya tanpa memandang Hangyul.

"Nak awaklah! Kenapa sombong sangat?" Tubuhnya semakin rapat dengan gadis itu.

"Tak sayang saya ke?" sayu suara Hangyul. Eunbyul sudah tak mampu menahan lagi, dia terus tersenyum memandang Hangyul.

Tubuh lelaki itu dipeluk.

"Mestilah sayang. Tak marah awak pun." kata Eunbyul.

"Sayang, kenapa saya rasa macam Hana masih hidup?" Eunbyul tersentak mendengar kata-kata Hangyul.

"Kㅡkenapa pula awak cakap macam tu? Takkanlah mereka nak tipu kita pula." Eunbyul cuba memangkas kata-kata Hangyul.

"Aniya, saya tak cakap pun mereka tipu kita tapi saya dapat rasakan yang Hana masih hidup." Eunbyul hanya mampu terdiam.

Dia sendiri belum dapat pastikan siapa Hana yang sebenarnya.

Tiba-tiba Hangyul ternampak sekeping gambar terselit di poket kecil pada beg tangan Eunbyul. Pelukkan dileraikan lalu dia mengambil gambar tersebut.

"Gambar ni, kenapa ada pada awak?" soal Hangyul. Eunbyul menelan liur.

Bibirnya menggigil saat ingin menjawab soalan Hangyul. Otaknya sedang ligat menyusun kata.

"Byul, saya tanya macam mana gambar ni boleh ada pada awak?" sekali lagi Hangyul menyoal.

"Oh, gambar tu awak punya. Saya ambil di bilik awak semalam sebab saya pun rasa Hana masih hidup jadi saya cuba pergi tanya orang-orang di sekitar sini kalau mereka kenal Hana." kata Eunbyul.

Hangyul memandangnya dengan perasaan curiga.

The Day In December (✔)Where stories live. Discover now