Hani menangis di atas katil sambil menggenggam selimut tebal yang menutupi tubuhnya.
Yeonjun pula sedang terlena di sebelah sambil memeluk pinggangnya. Hani geram apabila lelaki itu masih boleh tidur lena selepas apa yang dia buat pada adiknya sendiri.
Air mata bagai empangan yang pecah. Dia sendiri tidak mampu menahan air matanya yang tidak tahu bila akan berhenti.
Bagaimana dia mahu menghadap ibunya jika wanita itu tahu yang mereka telah melakukan hubungan terlarang?
Bagaimana jika Seungsik tahu yang dirinya sudah tidak suci? Dan bagaimana pula jika dia mengandung? Tak mungkin dia akan terima lelaki setan ini menjadi pendamping hidupnya. Darah dagingnya sendiri menjadi bapa kepada anaknya. Ini sudah gila!
Hani menangis teresak-esak sehingga mengganggu lelaki yang sedang tidur lena itu.
"Sudahlah tu, aku tahu kau penat. Tidurlah, sayang." Pelukkannya dieratkan lagi.
"Aku benci kau, Yeonjun!" gumamnya perlahan.
"kalau kau mengandungkan anak aku, aku akan bertanggungjawab. Aku tak kisah kalau Mama nak buang kita. Aku akan jaga kau." rambut Hani dibelai lembut lalu bahu gadis itu dikucup penuh kasih sayang.
"Lelaki tak guna!" herdik Hani.
••••
Ikan kap yang sedang berenang di dalam kolam itu terus berkumpul apabila makanan ikan dituang ke dalam kolam.
Hangyul mengeluh buat seketika. Dia terfikirkan bagaimana keadaan Yohan sekarang. Bukan niatnya untuk meninggalkan sahabatnya itu tapi dia termakan kata janji keluarga Eunbyul yang mengatakan mereka akan membantunya mencari Lee Hana yang hilang.
"Termenung apa tu?" Eunbyul datang dan melabuhkan punggung di tepi kolam ikan.
"Tak ada apa-apa. Oh, pasal yang awak janji nak tolong saya cari Lee Hana tu, bila kita nak mula mencari?" soal Hangyul.
"Pasal tu awak jangan risau, Mummy dan Daddy akan uruskan semuanya. Awak tenang saja ya." beritahu Eunbyul.
"Baiklah. Tapi, kenapa saya macam tak bekerja pun?"
"Kerja awak belum bermula. Saya nak awak rehat cukup-cukup supaya awak boleh mulakan kerja dengan baik." jawab Eunbyul.
"Saya bosanlah!" keluh Hangyul. Eunbyul ketawa kecil melihat muka muram Hangyul.
"Apa kata kita keluar jalan-jalan, nak? Hilangkan bosan awak." cadang Eunbyul. Hangyul memandang gadis itu.
"jalan-jalan?"
...
Encik Kim memberhentikan kereta di hadapan Shopping Complex.
"Mari pergi." Eunbyul menarik Hangyul keluar dari kereta sebaik Encik Kim membukakan pintu buatnya.
"Terima kasih, Encik Kim." ucap Hangyul sambil tersenyum. Lelaki itu tersenyum mesra lalu dia masuk semula ke dalam kereta.
Setelah kereta itu hilang daripada pandangan mereka, Eunbyul terus memeluk lengan Hangyul dan mengheret lelaki itu masuk ke dalam Shopping Complex tersebut.
Hangyul jadi kurang selesa apabila ramai mata yang memandangnya ditambah pula dia tidak pernah datang ke tempat-tempat sebegini.
"kenapa ni?" soal Eunbyul.
"Saya tak selesalah , orang asyik pandang saya. Buruk sangat ke saya ni?" duga Hangyul.
"Mana ada. Awak tak pandai beza pandangan orang eh? Mereka semua terpesona dengan rupa awak yang kacak." ujar Eunbyul cuba menenangkan hati lelaki itu.
Tiba-tiba dia ketawa melihat pipi Hangyul yang merona merah saat dipuji begitu. Dia tersenyum malu.
"Comellah awak ni. Geram!" pipi Hangyul dicubit geram sambil ketawa kecil. Hangyul terkaku buat seketika. Tak pernah ada perempuan yang melayannya sebegitu sebelum ini.
"Mari pergi. Kita pergi beli baju untuk awak." Lengan Hangyul ditarik dan mereka menuju ke sebuah gedung pakaian yang mewah.
Eunbyul membelek sehelai baju T-shirt putih berlengan panjang, berkolar tinggi dengan material kain yang agak tebal dan berkualiti.
Dia mengukur baju tersebut di tubuh Hangyul.
"Pergi cuba baju ni." arahnya lalu baju tersebut diberikan kepada Hangyul.
"Sekarang ke?" soal Hangyul polos.
"Ya, sekarang." Eunbyul mengangguk. Sambil dia menunggu Hangyul mencuba baju tersebut , dia membelek lagi pakaian lain yang boleh digayakan bersama T-shirt tersebut.
Matanya tertangkap ke arah sehelai kot berwarna coklat.
"Eunbyul," panggil Hangyul yang baru keluar dari fitting room. Eunbyul menoleh. Dia terpesona melihat kekacakkan Hangyul yang mengenakan T-shirt itu.
Kot yang berada di tangannya dipakaikan ke tubuh Hangyul.
"Perfect! Kacak sangat. Mari pergi bayar." Hangyul terus diheret ke kaunter pembayaran. Sekeping kad dihulurkan kepada staff tersebut.
"Takkan nak pakai terus?" soal Hangyul.
"Ya. Hadiah krismas untuk awak." ujar Eunbyul.
"Awalnya. Tapi, betul ke ni? Mahal sangat baju ni." Hangyul rasa segan untuk menerima hadiah yang mahal.
"Saya ikhlas." Eunbyul menghadiahkan senyuman manis buat Hangyul.
"Terima kasih, Eunbyul." ucap Hangyul terharu. Dia tidak pernah dapat hadiah mahal sepanjang 25 tahun dia hidup. Hampir saja dia menangis.
"Janganlah menangis. Mari kita pergi tengok wayang." Pipi Hangyul dielus lembut. Semakin jatuh cinta dia pada Hangyul.
••••
Hani memeriksa isi rumahnya sebelum dia menarik bagasinya keluar.
Ternyata tiada sesiapa di rumah. Dia menarik bagasinya perlahan-lahan turun ke bawah.
Dia sudah tidak tahan lagi untuk duduk di rumah itu. Hani mahu pergi jauh dari situ.
"Maafkan Hani, Mama." gumamnya perlahan sebelum kakinya diatur keluar dari rumah itu. Dia membawa diri dengan hati yang terluka.
Mana mungkin dia mahu membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu lagi oleh Yeonjun. Cukuplah dia diperkosa olehnya dan bila-bila masa saja dia boleh mengandungkan anak lelaki tak guna itu.
..
Teksi ditahan lalu beg dimasukkan ke dalam bonet kereta.
"Nak ke mana, Cik?" soal pemandu teksi tersebut.
"Tolong hantar saya ke lapangan terbang." beritahu Hani.
"Baik, Cik."
Teksi itu mula beredar dari kawasan rumah mereka.
YOU ARE READING
The Day In December (✔)
FanfictionPerit, sedih, sakit, kecewa, itu yang dirasakan apabila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. "Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."