Lena Hani terganggu apabila jam penggera telefon milik suaminya tidak berhenti berbunyi dari tadi.
"Yah! Kau pekak ke alarm kau bunyi berkali-kali tu?! Bisinglah!" herdik Hani dengan nada bengang. Gadis itu menyambung tidurnya semula.
Yeonjun segera mencelikkan matanya lalu dia mengambil telefonnya dan mematikan penggera. "Maaf, sayang."
Segala ototnya diregangkan lalu dia memandang Hani yang sedang tidur membelakangkannya.
Sungguh dia teringin hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Dia mahu Hani mengejutkannya, menyiapkan pakaian , mengikat tali leher , menyediakan sarapan untuknya dan menghantarnya ke pintu rumah sebelum dia pergi kerja.
Namun, gadis itu sudahpun melarangnya untuk mengharapkan lebih dalam perkahwinan mereka.
Yeonjun bingkas bangun dari katil dan mencapai tualanya lalu dia masuk ke bilik mandi.
.....
Lengan baju kemejanya dibutangkan lalu dia membetulkan tali lehernya. Beg bimbit yang berada di atas meja diambil lalu dia menghampiri Hani yang sedang nyenyak tidur.
Dia melutut di tepi katil agar ketinggiannya sama paras wajah gadis itu. Rambut Hani dibelai lembut.
"Sayang, saya nak pergi kerja dah ni." kata Yeonjun lembut.
"Haish! Pergi ajelah, aku tak berminat nak tahu pun mana kau nak pergi!" balas Hani, dingin lalu dia memusingkan tubuhnya membelakangkan Yeonjun.
Lelaki itu tersenyum kelat. Dia bangun dan mengucup dahi Hani.
"Tidurlah. Saya pergi dulu." Yeonjun terus melangkah keluar dari biliknya.
Baru sahaja dia mengatur langkah, tiba-tiba dia terdengar sesuatu dari dalam bilik mereka. Dia membuka pintu bilik dan kelihatan Hani berada di dalam bilik mandi sedang memuntahkan segala isi perut.
"Sayang! Kenapa ni?" soal Yeonjun, cemas sambil mengusap belakang isterinya. Hani tidak berhenti muntah dan kepalanya terasa pening.
"Kㅡkepala aku pening" terus gadis itu terkulai layu tidak sedarkan diri, mujur Yeonjun sempat menyambutnya.
Yeonjun mencempung tubuhnya dan dibawa ke atas katil. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia menghubungi doktor peribadi keluarga mereka.
....
Doktor itu tersenyum setelah selesai memeriksa keadaan Hani. Pandangannya dialihkan ke arah Yeonjun yang masih gementar menunggu penjelasan Doktor.
"Macam mana dengan isteri saya, Doktor?" soal Yeonjun.
"Dia tak apa-apa. Cuma morning sickness. Biasalah, sementara nak tunggu sampai ke semester ketiga." jelas Doktor Kim.
Yeonjung menghela nafas lega.
"Terima kasih, Doktor." Hilang kerisauannya apabila mendengar penjelasan Doktor Kim.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Yeonjun mengangguk sambil menanti soalan daripada Doktor Kim.
"Bila kamu dapat tahu yang kamu berdua bukan adik-beradik?"
"Doktor tahu tentang ni?" Yeonjun agak terkejut apabila Doktor Kim turut tahu mengenai hubungan mereka.
"Mana mungkin saya tak tahu tentang hal ni. Ibu kamu dah palsukan kematian Lee Hana dan tukarkan dengan Choi Hani beberapa belas tahun yang lalu." jelas Doktor Kim.
Yeonjun terdiam tak berkutik setelah mendengar penjelasan Doktor Kim.
"Jadi, Mama dah tukarkan nama pada sijil kematian tu sebagai Lee Hana dan bukannya Choi Hani?"
YOU ARE READING
The Day In December (✔)
FanfictionPerit, sedih, sakit, kecewa, itu yang dirasakan apabila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. "Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."