Eunbyul lari bersembunyi di belakang lelaki itu. Seungyoun tersenyum sinis.
"Lelaki apa kau ni?! Sanggup kau nak perkosa kawan kau sendiri?!" herdik lelaki itu sambil mencerlung tajam ke dalam anak mata Seungyoun.
"Tukang kebun datang nak jadi hero." Seungyoun berdiri perlahan-lahan. Dia ketawa sinis.
BUKK!
Wajah Hangyul ditumbuk sehingga lelaki itu tersungkur ke atas jalan.
"Hangyul!" Eunbyul menerpa ke arah Hangyul.
"Awak tak apa-apa ke?" soal Eunbyul risau. Hangyul bangun berdiri dan menghampiri Seungyoun.
Leher Seungyoun dicekik. Matanya jelas menunjukkan bahawa lelaki itu sangat marah di saat itu.
"Kalau kau cuba apa-apakan dia lagi, aku takkan lepaskan kau! Kau ingat tu!" Leher Seungyoun dilepaskan.
Tangan kecil Eunbyul dirangkul kemas. "Mari pergi."
Mereka berjalan ke arah motor scooter milik Hangyul yang diparkir di bahu jalan.
Memandangkan hanya ada satu helmet, Hangyul memakaikan helmetnya di kepala Eunbyul lalu dia menaiki motornya.
"Naik cepat." arah Hangyul. Gadis itu hanya menurut katanya. Pinggang Hangyul dipeluk erat , lalu motor itu menghilang dari kawasan tersebut.
"Aarghhh! Tak guna!! Kau tunggu nasib kau!" Seungyoun mengertap bibir menahan geram.
....
Hangyul memberhentikan motorsikalnya di hadapan rumah Eunbyul.
"Ini kan rumah kamu?" soal Hangyul menginginkan kepastian.
"Ya." Eunbyul mengangguk lalu dia turun dari motor. Dia cuba merungkai tali topi keledar tersebut tetapi tali itu sangat ketat.
"Mari saya tolong." dengan sekali tarikkan, tali itu terungkai lalu Hangyul mencabut topi keledar tersebut.
"Terima kasih sebab selamatkan saya dan hantar saya balik." ucap Eunbyul.
Hangyul tersenyum. "lepas ni kamu perlu berhati-hati dengan lelaki tu. Jangan sesekali termakan kata-kata dia lagi." pesan Hangyul.
"Baiklah." Eunbyul tersengih.
"Mesti kamu letih, pergilah masuk dan berehat. Saya minta diri dulu." pamit Hangyul.
Eunbyul mengangguk sambil memerhati lelaki itu yang mula menghilang dari pandangannya.
Dia rasa tenang selepas apa yang berlaku tadi. Mujur saja Hangyul datang menyelamatkannya.
•••••
Hani termenung di dalam kelas , entah apa yang difikirnya. Tentang Eunbyul dan Sarra dia tidak risau lagi dah, dua gadis itu tidak pernah mengganggunya lagi.
Tiba-tiba telefon bimbitnya mendapat satu pesanan melalui kakaotalk.
Message from: Seungsikkie_
"What?! Seungsik?" Pantas Hani membuka pesanan tersebut.
"Nak ikut aku pergi bersiar-siar tak petang nanti?"
Hani tersenyum lebar. Teruja rasa hati apabila Seungsik mengajaknya keluar bersama.
"Okay. Jumpa nanti." pesanan itu dibalas dengan segera lalu telefon bimbitnya disimpan semula.
"Tak sabarnya!" gumamnya perlahan namun perasaan terujanya tak dapat dibendung.
YOU ARE READING
The Day In December (✔)
FanfictionPerit, sedih, sakit, kecewa, itu yang dirasakan apabila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. "Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula."