Adam betul betul berhentikan kereta nya di depan rumah agam aku. Sebab mummy suruh aku duduk sini, walaupun hakikat nya aku nak balik penthouse kesayangan aku tu. Tak mengapalah, esok sahaja aku balik.
Aku keluar dari kereta bila nampak mummy di depan pintu. Cepat cepat aku lari dan memeluk mummy yang sudah tersenyum melihat anak nya.
"Haishh ingatkan dah lupa mummy bila dekat spain sana" kata nya ada bebaur sedih.
"Mom~~ laura kat sana seminggu 2 hari sahaja..jangan lah sedih.. I love you mummy" makin erat pelukan aku.
"Tengok ni adam, mana aunty tak risau kalau dia kahwin nanti. Takut dah kahwin dengan kamu masih lagi berkepit dengan mummy lagi agaknya"
Aku tengok adam dibelakang aku sambil memegang luggage aku. Dia hanya senyum pada mummy.
"Biasa lah tu aunty, nanti dah kahwin dia manja kat adam pula" wait??! Siapa nak manja dengan dia entah.
"Siapa nak manja dengan you humm!! Jom mummy masuk dalam" kata aku lalu menarik mummy masuk dalam.
Mummy menggeleng kepala melihat telatah aku. "Adam..masuk minum dulu" ajak mummy
"Tak apalah aunty, adam nak balik. Nak tolong mama adam kat rumah untuk persiapan malam ni" adam menolak perlawaan itu dan menyalami tangan mummy.
"Haa yelah, hati hati drive" pesan mummy
Tak lama itu mummy memandang aku kembali. "Apa ni laura, kenapa cakap macam tu dekat bakal suami? Tak kesian ke hah?"
"Forget about him. Jom masuk laura penat lah mom" aku menarik tangan nya untuk ikut sekali masuk rumah.
Mama sempat mencubit pipi aku lalu kami sama sama masuk rumah.
Ahhh aku rindu katil kesayangan aku namun cita cita aku meleset bila daddy yang diruang tamu memanggil aku.
"Yaa daddy..." kata aku malas dan duduk disebelahnya.
"Malam ni jangan keluar ya? Ikut mummy dan daddy pergi rumah kawan daddy" kata nya sambil membaca buku.
"Ala...laura baru sampai. Penat lah daddy"
"Sorry sayang, alasan tak diterima" kata daddy tekun membaca
"Hmm yela apa boleh buat, semua kena paksa. Kahwin pun kena paksa, haishh apa lah nasib" kata aku nada merajuk.
"Tahu tak apa" jawab daddy selamba
Ingat terpujuk dengan kata kata aku namum tidak. Lupa pula, daddy mana makan dengan pujuk rayu aku kecuali mummy.
"Yela yela, malam nanti laura ikut sekali" kata aku malas dan mengambil kuih yang mummy hidangkan sebentar tadi.
Aku suapkan kedalam mulut. Aduhai ni yang tak boleh ni, kuih mummy buat semua sedap sedap.
"Ohh ya sayang, malam nanti mummy nak kamu pakai baju kurung" kata mummy hampir tersedak aku dibuatnya.
"Haa??! Kenapa tiba tiba ni? Ohh nak pergi majlis tahlil aeh?" Seloroh aku
"Pakai je, mummy dah belikan baju baru tu ada dekat bilik pakaian. Cantik! Sesuai dengan kamu" aku hanya mengangguk tak mahu membantah. Apa lah sangat pakai baju kurung, bukan dosa pun. Bertambah cantik adalah kalau aku pakai. Heks!
"Ohh ya sebelum terlupa, Mr dam Mrs Sanchez cakap diorang rindu dengan mummy dan daddy. Lama katanya tak jumpa" ralit aku menyuap kuih dalam mulut.
"Ohh ya? Mummy pun rindu diorang. Nanti ada masa mummy pergilah rumah diorang boleh tak dear?" Tanya mummy aku pada daddy.
"Sure! Lagipun dah lama tak borak dengan Chris"
YOU ARE READING
Laura Stephanie (On-Hold)
RomantikBahagia yang ingin dikecapi telah musnah. Bertahun ingin melupakan seorang insan yang tersayang bukan mudah bagi nya. STEVEN-" Laura~ if you love me, find another man to love you" LAURA- "No one will love me as you love me steven" STEVEN-"Ada sayang...