PART11

7.7K 52 3
                                        

Aku sudah melangkah masuk ke ruang tamu. Lalu aku labuhkan punggung ke sebelah ruang tempat duduk mummy yang kosong.

Semua mata di ruang tamu memandang aku dan adam silih berganti sambil tersenyum ceria.
Apa ni? Jejak kasih ke?

"Jadi semua dah ada kat sini ya? Marilah kita mulakan. Perkara yang baik tak elok dilama lamakan" kata papa adam.

Oh mungkin nak bincang pasal projek di california mungkin. Tapi dari tadi aku dok tunggu orang masjid tak sampai. Sekarang dah pukul 9 lebih ni, isyak pun dah lama habis.

"Bismillah, sebelum kita mulakan majlis kecil kecilan malam ni. Aku nak bertanya pada kau Thomas, betul ke anak perempuan kau tiada sembarang ikatan dengan lelaki lain?"  papa adam meminta kepastian.

"Kami sangat pasti anak perempuan kami tiada sembarangan ikatan selama 2 tahun ini" jawab daddy, aku sudah pening dengan kata kata diorang ni. Ada kamera ke yang tengah rakam ni? Papa adam ngn daddy tengah shoot drama ke?

"Kalau begitu, silakan mama sarungkan cincin pada si gadis" Mama nya mula bangun dan menuju ke arah aku.

Mummy yang disebelah sudah bangun memberi ruang pada mama adam duduk. "Mari mama pakaikan cincin pertunangan" mama adam mengambil tangan kanan aku.

Aku rasa dunia aku bergegar hebat dengar kata kata nya. Tunang? Apa semua ni? Kenapa aku tak tahu?
Nak sahaj aku menangis, aku pandang muka daddy dan mummy minta penjelasan namun mereka hanya membalas senyuman bahagia.
Tapi aku terseksa!!! Aku pandang adam pula, dia tersenyum manis pada aku.

Tak sedar bahawa cincin tunang itu sudah tersarung di jari manis aku.

"Alhamdulilah semua sudah selesai, tunggu untuk majlis kahwin pula nanti" daddy berkata dengan gembira sambil bersalaman dengan papa adam.

"Nanti!" Kata aku sedikit kuat tapi tidak jerit sebab aku tak nak jatuhkan maruah mummy dan daddy. Semua memandang aku.

"Jadi malam ni bukan majlis tahlil, tapi majlis pertunangan laura dengan adam??" Kata aku minta kepastian, sempat aku dengar tawa halus dari athen dan adam. Dan jelingan tajam aku hadiah buat mereka berdua.

"Yaa malam ni malam pertunangan kamu berdua" kata mummy.

Sumpah aku nak nangis, kenapa tak nak bincang dulu. Aku bukan patung, aku manusia. Patutlah semua orang memakai pakaian cantik dan tampak gembira tetapi tidak dirinya.

Nak menangis atau meraung pun tak guna dah. Aku tak boleh patah balik masa. Aku mengeluh sebelum menyusu kata.

"Laura dengan tidak rela hati nya, terima pertunangan ini tapi bersyarat" suara aku mendatar sahaja, perkataan tidak rela hati aku tekan kan supaya daddy dengar.

"Apa syaratnya laura" tanya mama adam lembut.

Aku menarik nafas sebelum berkata
"Bagi laura masa untuk ke arah perkahwinan, laura tak nak tersilap langkah" ujar aku.

☆☆

Au tarik tangan adam ke satu bilik. Lalu menolak dada bidang nya. Sebelum dia ingin menghamburkan kemarahan nya sempat dia menarik nafas sedalam dalamnya.

"You subahat dengan daddy I kan!!!" Seloroh aku sambil menuding jari ke muka adam.

"Kalau ya kenapa?" Tanya dia dengan selamba. Muka nya beriak tidak bersalah membuatkan laura makin membenci insan bernama Adam!

"Adam!! You tahukan I tak akan terima you!" Kata aku sudah berang

"Yakin betul, jangan confidents sangat laura. Nanti kata kata you memakan diri" kata nya beriak biasa

Laura Stephanie (On-Hold)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang