#18

57 8 0
                                    

Fira's POV

Aku masih terkejut dengan kebenaran yang aku dengar dari mak aku semalam.

Aku perlukan kepastian.

Aku bertolak awal dari rumah ke tempat kerja. Ada sesuatu yang mengingatkan aku. Aku perlu periksa sesuatu..

Sampai saja di Padini Store. Kak Rania sudah pun ada di tempat cashier. Aku meletakkan barang dan menyimpannya.

Kemudian, berjalan terus ke arah cashier di mana Kak Rania berada.

"Ye? Knp Fira?"

Aku memandangnya lalu menjawab.

"Akak ada maklumat tentang Rafael tak.. Kertas daftar kerja ke?"

"Eh kenapa?"

"Saya kena check something..emergency.."

Aku harap dia bagi...
Dengan pandangan pelik..dia mula mencari borang maklumat tentang Rafael.

"Umm jap... Ha ni"

Aku mengambil borang tersebut dari tangannya lantas memeriksa butiran 'Nama' yang tertera.

Nama: Rafael Zakwan Bin Muhammad Ridwan

Kertas dari genggaman aku terlepas. Aku terlalu terkejut... Jadi benar....

Rafael ialah Zakwan yang aku rapat masa kecil dulu...

Teman rapat dari kisah yang lepas... Aku tak tahu pula...
Nama dia Rafael Zakwan....

"Fira? Why?"

"Takde ape Kak....thank you"

Kertas tadi aku pulangkan..

Jadi semuanya telah terjawab...

Ternyata aku suka akan lelaki yang aku pernah suka satu masa dulu...... Lelaki yang pertama ambil berat pasal aku...walaupun pada masa itu masih kecil...

Ternyata....perasaan aku tak pernah berubah dekat dia... Aku still suka orang yang sama.....First love aku sendiri....

***************

Segenap ketika... Aku termenung jauh ke luar tingkap Kafeteria.
Ainul yang duduk di hadapanku memandang dengan penuh tanda tanya.

"Fira? Kau tak makan ke? Waktu lunch dah nak hbis ni"

Pandangan aku tetap terhala ke luar tingkap.

"Aku tak de selera lah... Aku cuma nak teman kau makan je.."

"Kau okay tak ni? Aku risaulah."

Pandangan aku teralih kepadanya...

"Okay... Cuma ada benda yang bermain dekat fikiran aku"

"Bagitahulah...aku kan kawan rapat kau"

"Sampai masa nnti aku bgthu... Bukan sekarang"

Aku lemparkan sedikit senyuman dan kembali merenung ke luar tingkat.

Fikiran aku penuh dengan kenangan bersama Rafael...ataupun... Zakwan yang aku kenal dulu....

Dalam masa yang sama...aku terimbas kenangan bermakna aku dengannya satu masa dulu.



*Flashback*

"Fira, Zakwan! Jom main ngan kami! Hangpa dok dua orang ja pasai pa..meh la main sekali!"

(Slang orang Penang)

Pandangan aku dan Zakwan berubah ke arah mereka.

"Jom lah Zakwan, depa panggil kita"

Aku menarik tangan Zakwan ke arah sekumpulan kanak kanak yang dalam lingkungan umur seperti kami di taman permainan berdekatan..... Masih kecil.

Zakwan hanya mengikut aku sambil tersenyum.

"Jom main masak masak nok tak? Kita pura pura macam family, ha siapa nak jadi mak, ayahh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom main masak masak nok tak? Kita pura pura macam family, ha siapa nak jadi mak, ayahh...umm adik? Abang? Kita ada 6 orang kan! Ha cepat pilih...satgi dah petang semua nak kena balik dahh"

Budak lelaki yang bernama Syahir bersuara dengan teruja.

Tiba tiba Zakwan menarik tangan aku.

"Biaq kami jadi mak bapak hangpa"

Aku tercegat. Tapi aku ikutkan saja.

"Sempoiiii...ha jom mula!"

Harun, Amin , Zulaikha dan Syahir mencari bahan dari daun daun pokok yang ada berhampiran.

Seketika itu , aku dan Zakwan pergi mencari satu batu besar dan kecil untuk dijadikan sebagai lesung batu.

Setelah itu, kami menumbuk daun daun yang telah dikumpulkan dengan batu di atas beberapa batu leper yang diambil.

Kami menjadikannya seakan akan rempah masakan.

Zakwan membantu aku memegang batu leper... Takut susah aku nak tumbuk daun daun tu kalau bergoyang.

Setelah selesai..Zakwan bersuara.

"Ha!! Mai cepat anak anak, ayah panggil ni! Jom makan mai mai!"

Aku memandang Zakwan dan tertawa. Aku suka tengok perangai dia!



*Kembali ke masa kini*

Kalau aku tahu pasal benda ni lebih awal...dah lama aku bagitahu dia....

Tapi, semuanya dah terlambat.... Lagi beberapa bulan... Baru lah dia balik untuk cuti semester lagi...

"Fira! Aku dah hbis makan..jom gerak!"

Ainul melemparkan senyuman.

Aku mengikutnya sampai ke luar kafeteria sebelum berpisah untuk kembali ke tempat kerja masing masing.

Sepanjang berjalan menuju ke Padini Store , aku masih terfikir fikir... Patut ke aku mesej dia...

Perasaan rindu ni semakin bertambah lepas aku tahu pasal kenangan lalu tu...

Aku membuka telefon...
Tapi masih takut untuk memulakan chat....

Patut ke aku bagitahu kebenarannya.......

Aku menutup semula fon, kerana aku belum bersedia...



#heyyy korang!!! Semakin menarik kan! Jngn Lupa vote n comment ye!




Bad CrushWhere stories live. Discover now