Rafael's POV
"Thank you Raf, utk harini"
Fira melemparkan senyuman manisnya."Fira"
"Yes?"
"Panggil saya macam biasa je, tak perlu panggil nama dah.."
Aku harap dia faham apa yg aku maksudkan. Aku dah anggap dia sebagai teman aku, kalau boleh aku nak dia lebih selesa dengan aku. Perlahan-lahan dia mengangguk dengan sebutir lagi senyuman. Masa berlalu terlalu pantas, aku nak bersama dengannya lagi...
Sebelum dia pergi, aku menyeluk poket seluar aku. Mengeluarkan rantai dan keychain yang aku sempat beli tadi.
"Um..satu lagi"
Fira memaling ke arahku.
"Saya, sempat beli ni tadi.."
Aku menghulurkan seutas rantai kepadanya. Riak wajahnya seakan-akan terkejut.
"Bila awak beli ??"
Senyuman terukir di wajahnya.
"Tadi, time awak pegi tandas"
"Ohh... Sempatt ehhh haha"
Aku tersenyum malu
Rantai yang aku hulurkan tadi diambil perlahan-lahan dan ditelitinya."Satu lagi dekat saya, keychain.
Kalau awak cantum rantai awak dalam ruang keychain saya, dia akan complete. Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan"Matanya kembali memandang wajahku.
"Saya faham"
Senyumannya semakin lebar.
Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepadaku."Nak tengok keychain awak boleh? Sebelum saya pergiii"
Aku hulurkan keychainku sambil memandangnya.
"Wahhh.. Saya tak sangka awak seromantik ni"
Aku tersentak dan tersimpul malu.
"Ehhh of coursee.... Lama-lama nanti awak akan tahu sedalam mana mamat mcm saya ni boleh jd romantikk hahaha"
Aku dan Fira tertawa bersama.
Kalau boleh aku nk terus macam ni dengan dia. Buat dia rasa happy."Thank u sgt awak....saya akan jaga rantai ni elok-elok."
Aku rasa gembira dengar dia ckp mcm tu.
"Awak"
Aku menghentikan lagi langkahnya sebelum dia menuju ke arah pagar rumah.
" Ye?"
"Awak, jumpa saya dlm pkl 10 pagi esok dekat pool boleh? Saya dah nk kne balik U.."
Wajahnya sedikit berubah.
"Awak...nk kne balik dah?"
Jelas dari pandangan matanya, aku dapat lihat kesedihan.
Aku mengangguk dan member ikan senyuman walaupun sebenarnya aku berat nak balik ke universiti."Minggu depan saya try balik lagi... Saya nak ada masa awak amik result spm"
"Boleh ke, awak? Tak menyusahkan ke... Saya rasa serba salah.."
"Takpe, saya akan cuba"
Aku harap aku dapat balik ke KL.
Tapi, alasan apa yang aku nak bagi untuk balik sini lg?"Esok kita jumpa ye, saya tunggu awak dekat pool"
Aku menyambung lagi."Okay"
Sebelum beredar, Fira melambai lambaikan tangannya ke arahku.
Senyumannya sememangnya membuat aku gembira...Selepas dia masuk ke dalam rumah, aku perlahan-lahan melangkah pergi.
Aku rasa harini hari paling bahagia aku.
Dapat buat orang yang aku sayang happy walaupun sekejap.#olla! Hi sis is backkk! Sorry sis busyyyy... Tunggu chap seterusnya, harap2 korg suka! Jngn lupa vote n comment😊
YOU ARE READING
Bad Crush
RomanceAku sumpah benci dia. Sejak dia muncul, hidup aku jadi tunggang terbalik. Aku dah macam orang dekat hospital bahagia. Tersengih sorang-sorang. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Hellooo..Ramai lagi lelaki kat luar sana. Tapi dia betul-betul tengah b...