Rafael's POV
Aku merenung ke luar tingkap.
Fikiran aku melayang disusuri permandangan highway dari dalam bas.Lagi beberapa jam aku sampai.
Earphone di telingaku sedang memainkan lagu "I Love You"- Billie Eilish..Perlahan lahan aku membuka WhatsApp. Hanya mesej kawan kawan aku yang memenuhi ruang mesej. Aku membuka sekali lagi contact name Fira.
Tapi, aku masih teragak agak untuk menghantar mesej.Aku termenung lalu membuka Instagram. Jika ikutkan kata hati...aku patut request dia...
Aku nak tahu perkembangannya dari jauh. Entah kenapa aku rasa nak tahu pasal dia.
@fi_ra
Aku membuka akaun instagramnya. Butang request ditekan. Aku tak menyesal tekan sebab aku cuma ikut kata hati.
Semakin jauh aku dari dia....aku jadi lebih banyak terfikir pasal dia...Seakan akan dia pernah ada kaitan dengan hidup aku dulu....
Lama kelamaan... Mata aku jadi semakin berat...aku perlahan lahan tertidur..
********************
Suara garau lelaki lingkungan 40-an mengejutkan aku dari tidur.
Aku memandang ke luar tingkap.
Signboard tertera 'Butterworth' terpampang di sebelah tingkap ku. Aku menggalas beg dan bangun dari tempat duduk." terima kasih pak cik"
Aku tujukan kepada driver bas tadi.
Aku turun dari bas dan terdengar jeritan dari jauh.
"Rafff!!! Raf sini! Sini"
Lukman dah pon sampai untuk ambil aku. Lukman ialah best friend aku dekat USM. Aku boleh ngam dengan dia sejak aku baru masuk dulu.
Tiba tiba aku terpandang seorang perempuan dalam kereta Lukman. Nadia?
Kenapa dia ikut?Nadia hanya melemparkan senyuman kepadaku....aku tak selesa kerana dia merupakan bekas kekasih aku semasa tahun pertama aku di USM.
Hubungan aku dengan dia tak lama lepas aku sedar yang aku sebenarnya tak sesuai dengan dia... Dan dia minta putus.
Dialah orang kedua yang aku bukakkan hati lepas Hani time sekolah menengah dulu.Tapi masih lagi... Aku masih simpan perasaan aku dekat perempuan yang aku rapat masa kecil dulu...Ira... Aku tak boleh lupakan dia..
"Nasib baik kitorang dah sampai... Kalau tak kau kena tunggu lama"
Aku cuma membalas dengan senyuman dan membuka pintu bahagian belakang kereta.
"Terima kasih sudi amik aku"
Aku memegang bahu Lukman.
Seketika itu, Nadia menoleh dan memandang aku.
"Awak dah makan?"
Aku memandangnya dan kembali meletakkan beg di sebelah aku.
"Dah..tadi"
Aku sebenarnya rasa janggal dengan dia. Kalau boleh aku nak elak dari jumpa dia.
Sepanjang perjalanan nak ke USM, aku hanya mendiamkan diri. Aku perasan Nadia banyak kali pandang aku tapi aku tak hiraukan dia.
Fikiran aku masih memikirkan tentang Fira.... Aku masih tak tahu kenapa....
#stay tuned! Sis akan update lagi ye!
YOU ARE READING
Bad Crush
RomanceAku sumpah benci dia. Sejak dia muncul, hidup aku jadi tunggang terbalik. Aku dah macam orang dekat hospital bahagia. Tersengih sorang-sorang. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Hellooo..Ramai lagi lelaki kat luar sana. Tapi dia betul-betul tengah b...