Rafael's POV
Aku rasa tak senang duduk lah..
Kenapa Fira tak text aku lagi ni.
Aku nak tahu jugak result dia. Haih.*Ting! *
Huh?
Fira 💘
Awak, call saya boleh?
(sent: 2:34 p.m)Eh nape aku pulak yang nervous ni.
*truttt.. Truttt.. *
"Hello?"
"Raf.."
"eh awak.... Nangis ke ni....?"
"hm.."
"Fira.. Are u okay?"
"Raf.. I dapat.. Straight A...!"
"ya Allah serious lah awak!! Alhamdulillah, saya happy untuk awak! Risau saya tadi bila awak tak text tau."
"hahahaha.. Sorry lah, saya excited sgt tadi.. Banjir tau muka ni.. Nangis punya pasal."
"family awak camne? Nanges jugak? Hahaha"
"haah, mak saya banjir jugak wak.. Nak tergelak saya.. Tapi semua nya paid of.. Semua usaha saya dulu.. Saya bersyukur sangat"
"alhamdulillah kan.... Pastu lps ni awak nk gi celebrate lah ye, mkn ke?"
"yepp.. Kitorang nk gi makan kat restoran favourite saya"
"sentiasa update kat saya tauu.. Saya happy dan bangga la ngn awak ni haha"
"hehe okayy, saya letak dulu ye, nk gerak dah ni.. Oh! Btw abah dengan mak kirim salam"
"waalaikummusslm.. Okay take care tau, apa2 mesej saya"
"aight! Noted. Byee"
"byee fi"
Ya Allah tak sangka aku.
Aku dah agak dia mesti pandai.
:) aku tak tahu kenapa tapi aku rasa happy sangat bila dengar suara excited dia tadi. Aku harap hubungan ni akan kekal sampai lah dua2 dah berjaya nanti.. Amin...______________________________________
No one's POV
4 tahun kemudian
"Fira! Ya Allah lambat nya bersiap.. Mak dah lama tunggu ni!"
"jap mak jap! Tengah pakai shawl ni.."
"Haihh sabo je lah dengan anak aku sorang ni.. Bab bersiap memang lambat eh sekarang.. Jenoh menunggu nya.."
*Tenenet... Tenenet.. Tenenet*
Fira melihat telefon bimbitnya yang berdering.
Raf💖
"hello awak"
"awak dah siap ke tu?"
"dah nk siap ni haha awak dah sampai ke "
"haah awak saya dengan umi dah sampai dekat bawah ni. Dah tunggu kat parking"
"eh serious lahh.. Sorry tau.. Lambat sikit"
"hahaha.. Nevermind awak, saya dengan umi okay je tunggu"
"okay okay saya nk gerak turun dah."
"alright"
Fira tergesa-gesa keluar bilik bersama beg tangan nya. Tudung shawl berwarna merah jambu cair dibetulkan sedikit.
"ha, siap pun. Lama mak tunggu"
"sorry lah makkk.. Takkan x kenal anak seniri haha""dahh jom jom, mak dengar tadi Raf call kan? Mesti dia dah sampai"
"haah mak"
"dah cepat sikit, nanti dah kahwin kesiann mak kat Raf... nak kena tunggu ko bersiap"
"ishh tak baiklah mak ni"
Fira mencuit perlahan bahu maknya.
Mak nya tertawa kecil sambil bergegas ke luar rumah.**'' ********
"sorry awak, assalammualaikum umi, sorry tau Fira lambat"
Pintu kereta honda civic dibuka perlahan.
"ehh takpe. Umi okay je niii haha"
"maklumlah anak dara saya ni memang bersiap lambat, awak kena terima lah bakal menantu awak ni ye"
Umi Raf dan mak Fira tertawa serentak. Fira hanya mampu tersenyum sambil menahan malu.
Fira dan maknya duduk di bahagian belakang.
Raf tersenyum manis di tempat duduk memandu. Gembira melihat bakal isterinya tersengih malu."dah, jom gerak Raf, umi dah buat appointment dengan orang yg buat baju kawin Fira pukul 11. Gerak laju sikit yee"
Umi Raf tersenyum sambil mencuit lengan anaknya yang masih tersengih sambil membetulkan tali pinggangnya.
____________________________________
Fira's POV
Orang ramai perlahan-lahan masuk ke perkarangan masjid.
Aku cuma mampu menahan rasa debaran ini. Harini aku akan bernikah dengan Rafael. Dengan persetujuan umi abah Rafael dan mak ayah aku.. Akhirnya kami dah buat keputusan untuk memulakan rumah tangga. Setelah 3 tahun lebih bercinta, inilah saat yang aku nanti-nanti kan sepanjang ni... Harini aku rasa bahagia.. Aku rasa aku memang dah bersedia untuk bergelar isteri kepada lelaki yang aku amat cintai..Rafael masuk dengan baju melayu putih diikuti Ustaz Adham. Aku mula berdebar-debar sambil bersimpuh di sebelah mak aku yang dari tadi tersenyum di sisi adik perempuan aku yang kini telah dewasa. Mungkin dia gembira anak nya akan berumah tangga dan memulakan fasa baru hidup ini. Sebenarnya aku tahu, dia ada rasa berat hati untuk melepaskan aku jauh dari sisi nya untuk bergelar seorang isteri. Tapi aku yakin.. Mak mesti rela dengan pemergianku untuk orang yang aku cintai....
Kawan kawan rapat aku semuanya hadir. Aku dapat lihat riak wajah gembira mereka kerana akhirnya aku telah bertemu lelaki yang aku idamkan selama ini.. Jodoh aku..
Ayah juga tersenyum gembira sambil duduk di sebelah abah Rafael. Umi juga begitu.
Kedua-dua abang aku kelihatan segak berbaju melayu. Sempat lagi dorang buat memek muka menyakat aku.
Ustaz Adham duduk bersila diikuti Rafael di hadapannya.
Sempat juga Rafael menoleh ke arah aku dengan senyuman manis penuh makna.
Setelah itu, tangan Ustaz Adham dihulurkan ke arah Rafael..
"Aku nikahkan kau...."
Sepanjang lafaz itu diucapkan Ustaz Adham.. Aku semakin gemuruh..
Aku tersimpul malu dan hanya mampu melihat Rafael yang kelihatan lebih gemuruh dari aku."Aku terima nikahnya.. Fira Alfi..."
Aku terpegun melihat Rafael yang me lafaz dengan lancar. Hati aku terasa tenang sekali.. Akhirnya aku telah bergelar isteri kepada Rafael.. Yang benar-benar aku cintai..
Benarlah kata orang ..Jodoh ini kadang kala tak diduga..
Datang secara kebetulan mahu pun mengejut....Kini.. Aku telah bertemu jodohku..
Kawan baik aku sendiri dari masa lampau.
#hello!!! Last episod sorry sgt2 busy gila! Busy ngn kemasukan sambung bljr semua hhaha sorry! Thank u so much kepada semua yang dah baca cerita ni. Really appreciate it! Thank u sgt2!! 💕 Byeee! New story coming soon okay.. Saya undur diri dulu😉
YOU ARE READING
Bad Crush
RomanceAku sumpah benci dia. Sejak dia muncul, hidup aku jadi tunggang terbalik. Aku dah macam orang dekat hospital bahagia. Tersengih sorang-sorang. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Hellooo..Ramai lagi lelaki kat luar sana. Tapi dia betul-betul tengah b...