Fira's POV(3 bulan kemudian)
Sepanjang 3 bulan ni, aku dah pun masuk angka 18 tahun.. Result SPM akan keluar minggu depan... Tapi aku cuba tak rasa nervous.
Aku kerap tersenyum kebelakangan ni. Rasa seperti hari hari lengkap dengan kehadiran Rafael walaupun dari jauh.
Danial dah stop text aku... Aku rasa lega sangat sebab aku tak nak dia jadi penghalang antara aku dengn Rafael. Sebab aku betul-betul cintakan Rafael.
Rafael hari hari text aku.. Time aku dekat rumah, tempat kerja and even bila aku tgh free. Dia betul betul ambil berat tentang aku and aku rasa dihargai sangat. Aku memang rindu nak luangkan masa dengan dia depan depan... Tapi tak pelah.. Asalkan kitorang stay in contact.Setiap hujung minggu, Rafael akan call aku... Tanya khabar, hows your day... Harini buat apa...mcm2 lagi lah...
Aku rasa terharu dengan dia...
Harini, Rafael text aku yang dia ada trip. So maybe dia akan lambat reply mesej aku. Tapi aku tak kesah, aku faham. Lagipon weekend, memang selalu budak U akan keluar.
Harini jugak aku tak buat apa-apa sangat. Cuma adalah tolong sikit sikit mak aku masak ...lpstu buat kerja rumah. Abang aku, Firdaus ade futsal tournament dekat Perak. Sorang lagi, Fairuz pergi bercuti dengan kawan-kawan dia dekat Langkawi... Ayah aku pula... Outstation... Tinggal aku, adik aku dengan mak aku je.. Hmm...yang perempuan-perempuan je tak keluar rumah.
Pagi ni, aku plan nak tolong-tolong mak aku masak makanan western. Katanya nak try resepi baruu... Haha..harap-harap menjadi lah! Mungkin adik aku pon akan terlibat sama walaupun dia sebenarnya malas nak tolong.
Sebelum tu, aku mandi and siap-siap untuk start sediakan bahan dengan mak serta adik aku. Aku tengok jam... Dah pukul 11...boleh start dah kot.
Tanpa berlengah lagi, aku menolong mak aku potong ayam yang baru kitorang beli semalam. Adik aku tolong buat ramuan untuk salut ayam ni. Agak memenatkan...tapi tulah...niat nak menolong....
Tiba-tiba, loceng rumah aku berbunyi.
Ding Dong! Ding Dong!
"Biar mak bukak, korang sambung buat ye"
Aku hanya mengangguk sambil membelah isi ayam.
"Assalammualaikum cik.."
Ha?!....Mcm kenal...
"Eh? Rafael. Baru balik ye? Cuti ke? Kamu sihat??"
Rafael?!....Jantung aku mula berdengup laju. Dia datang?...
Ohhhh....dia tipu aku yee....Konon ada trip! Nak kena betullah dia ni...!Dalam masa yang sama, mahu saja aku berlari ke muka pintu untuk melihatnya tapi aku hanya menahan diri. Gembira dlm hati aku ni sukar untuk digambarkan.
"Haah cik"
"Ha, ada apa kamu kemari ni?"
Aku hanya pasang telinga dari dapur. Aku tersenyum sendiri.
"Cik, saya sebenarnya datang nak mintak kebenaran mak cik untuk bawak Fira keluar."
Aku terkejut. Pisau yang aku genggam terlepas. Keluar? Beraninya.. Dia minta izin dekat mak aku... Aku..Tak sangka...
"Oh.. Rafael nak bawak Fira keluar ye?"
"Haha..ye mak cik... Tu pon kalau mak cik kasi... Saya cuma nak mintak kebenaran"
YOU ARE READING
Bad Crush
RomanceAku sumpah benci dia. Sejak dia muncul, hidup aku jadi tunggang terbalik. Aku dah macam orang dekat hospital bahagia. Tersengih sorang-sorang. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Hellooo..Ramai lagi lelaki kat luar sana. Tapi dia betul-betul tengah b...