Aku menyepak batu-batu kecil di atas jalanan. Nak tak nak aku kena balik jalan kaki. Aku lupa call Papa suruh datang ambil. Mesti sekarang dia dah arrange jadual dia. Dan waktu-waktu macam ni dia mesti tengah sibuk dengan kerja-kerja pejabat.
Okay la tu, disebabkan Kasy bawa aku makan makanan Korea dekat restoran mewah hari tu. Berat aku naik 2kg.
Ni boleh dikira sebagai exercise untuk membuang lemak, memandangkan aku kena buang balik 2kg tersebut.
I love and need my normal weight back.
Tiba-tiba kereta yang kelihatan familiar, berhenti di tepi aku. Nampak macam kenal. Gila kau tak kenal. Ni kereta Kasy kan. Ala bodoh nya, tak kan la tiba-tiba tak kenal. Kau datang naik kereta ni kan tadi.
Tingkap diturunkan,
Kasy menjeling aku tajam.
"Naik sekarang, siapa suruh kau jalan kaki? Kau datang dengan aku dan semestinya perlu balik dengan aku"
Aku pula menjeling dia. Suka hati dia je arah-arah kan aku macam tu je. Aku kekal memeluk tubuh berdiri di tempat yang sama.
"Aku kira sampai tiga. Kau tak naik. Aku sendiri akan angkut kau naik. Sat-"
"Yela kejap. Kejap, ish kau ni demand banyak betul!" Aku berlari anak ke arah seat sebelah lain dan masuk ke dalam perut kereta.
Kasy tersenyum puas.
Setelah masuk, aku menanggalkan beg. Muka dikipas-kipas perlahan. Kau tak tahu sebenarnya, aku tengah banjir kilat dalam tudung ni.
"Azam, kuat kan aircond" ucap Kasy sambil memeluk tubuh dan bersandar pada seat kereta. Mata dipejamkan.
"Thanks Azam!" Jerit aku sambil memandang Azam melalui cermin pandang belakang kereta. Azam hanya tersenyum dan menunduk perlahan.
"Aku yang suruh dia kuat kan. Yang kau cakap terima kasih dekat dia buat apa? Aku yang perlu terima ucapan terima kasih kau" Kasy menggigit bibir dengan geram.
Bibir disengetkan sambil memandang Kasy yang memeluk tubuh dengan angkuh.
"Kalau kau, ermm thank you, next je la huh" aku pula memeluk tubuh dan bersandar pada seat. Bibir dicebik 1 inci ke hadapan. Pandangan di luar dipandang dengan penuh minat. Acah penuh minat sebenarnya gaes.
"Apa kau kata?" Terasa nafas Kasy yang panas di tepi muka aku.
Pantas aku memegang bahu dia dan menolak dia, menjauhi aku. Gila ke apa dia ni. Dah la belum halal lagi dengan aku. Lepas tu nak buat benda haram dengan aku eh eh.
Situasi mula menjadi normal. Masing-masing diam. Normal ke awkward?
"Erm Kasy, aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?" Aku kekal memandang ke luar tingkap.
"Yes?" Dari sisi mata, aku nampak Kasy memandang aku dan kening nya terjungkit dua-dua belah.
"Semalam, macam mana kau tahu. Aku tengah dalam bahaya?"
Kedengaran nafas Kasy macam terhenti seketika. Mungkin dia tak expect yang aku akan buka balik topik semalam, mungkin?
Dia berdehem dua kali, tie dileher nya dilonggarkan.
"I've asked two of my bodyguards to follow you and Mie, to make sure you guys are save. Once my bodyguards tell me that there's two guys keep on following you, Mie and Wildan. Aku jadi tak sedap hati. So aku rush balik ke tempat tu"
Oh. Dia tak stalk aku la. Dia cuma bimbang dengan keselamatan aku. Dia nak pastikan aku selamat. Mungkin dia rasa yang aku tak akan selamat jika tiada nya dia di sisi aku.
Did he actually mean it, that I'm special to him?
Aku buntu.
"Miss Ayesha Naura, kita dah sampai" Azam, driver Kasy bersuara dan dengan pantas dia memberhentikan kereta.
"Okay thanks Azam, Kasy. Aku balik dulu. Bye, Assalamualaikum" aku memegang handle pintu kereta dan pantas turun selepas mendengar Kasy membalas salam aku.
Belum sempat aku nak buka pagar.
Cermin tingkap bahagian Kasy turun, mendedahkan dia yang sedang sibuk memandang skrin phone. Tapi sibuk juga tu nak cakap dengan aku, esok jumpa lagi dia ni relax boleh tak.
"Esok tunggu depan rumah ni, kita pergi sekolah sekali. Bali-"
"Aku balik sendiri. Aku tak nak susahkan kau. Walaupun nampak macam kau nak susahkan diri sendiri. Tapi nant-"
"Tak ada. Pergi dengan aku, balik dengan aku. Jangan nak buat rules sendiri. Dah, pergi masuk rumah sekarang. Aku nak balik ni" dahi Kasy berkerut menahan geram, dia pantas meraup muka.
Agak-agak ah nak cari gaduh dengan aku ha kan dah mendapat, betapa sedap nya cari gaduh dengan aku kan?
Aku mendengus. Kaki dihentak kuat-kuat sambil melangkah ke dalam rumah. Mulut membebel-bebel perlahan dan juga ada juga diselit sedikit ajukan kata-kata Kasy.
Kasy tersenyum kecil.
" Macam mana la aku nak jaga kau ni, Ayesha Naura? Keras kepala tapi comel dalam masa yang sama "
✖
Kasut Vans sekolah berwarna putih yang sering digunakan untuk ke sekolah, dicapai.
Setelah selesai memakai, aku berjalan ke arah kerusi batu yang terletak pada halaman rumput di dalam rumah aku. Disebabkan rumah aku terletak di corner lot maka ruang rumput nya amat luas.
Kalau boleh aku nak bina Sunway Lagoon dekat sini. Benda tu mustahil gaes jangan tiru aksi bodoh yang hodoh ini.
Poket kain berwarna biru gelap sekolah diseluk, phone di dalam poket dicapai. Contact Mie ditekan, cuba menelefon.
Setelah talian bersambung,
"Yo Mie, aku datang sekolah mungkin lambat sikit hari ni tau, jangan menangis ye sayang" aku pantas tergelak besar dan juga hampir terbatuk-batuk.
Semua sebab reaction Mie yang mengatakan bahawa aku selalu datang lambat, jadi dia tak hairan langsung. Kalau aku tak datang je dia kisah sebab dia tak nak jadi loner tak sukses. Memang la tak sukses, asyik tidur je kalau aku tak ada.
Secara tiba-tiba,
"Who are you talking to? Did you just called that person as sayang?" Muka Kasy nampak tegang. Rambut disisirkan ke belakang. Kaki dia yang lonjong straight di atas jalan tar, sibuk menahan berat motor.
Kenapa dia naik motor?! Aduh
Dan masa bila dia sampai? Mungkin masa aku sibuk gelak-gelak tak ingat dunia tadi tu kot. Mesti dia nampak kan muka hodoh aku masa aku gelak. Ah kesah apa. Dia bukan boyfriend aku pun.
Kalau dia boyfriend aku 24 jam aku gelak terkepit-kepit macam sial.
"Ni Mie la. Kau ni tu pun nak jealous. Kau siapa je nak tanya apa hak aku panggil sesiapa pun dengan panggilan sayang?" Mulut aku menyenget. Panggilan segera dimatikan. Mie mula membebel macam tikus di hujung talian mungkin terkesima dengan tindakan aku haha
Kasy terdiam. Mungkin dia sedang menyedari bahawa dia dan aku hanya dalam golongan kawan SAHAJA .
"Dah la, cepat naik" Kasy menghulurkan topi keledar kepada aku. Sambil itu mulut nya menjuih menunjukkan seat di belakang nya.
Nasib kau la Esh, semoga kau tabah menghadapi hari reputasi jatuh yang kedua.
-----
Thank sebab still stay dengan cerita ni even lambat nak update
Dan thanks sebab still vote
Kome ni buat author terharu ah jap nak nanges tepi jamban
YOU ARE READING
Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]
Teen Fiction❝ All that you are is all that i've ever need ❞ L A T T E Minuman wajib yang perlu ada oleh Ayesha Naura yang mesra digelar Esh sebelum dia menjejakkan kaki kanannya ke dalam kawasan perkarangan sekolah, setiap hari. Kalau skip sehari, mungkin dia t...