Angin menerpa laju menyentuh pipi dan kelopak mata aku dengan lembut. Walaupun Kasy suruh aku tutup cermin topi, bagi la aku rasa sejuk dan nyaman nya angin pagi ni.
Dah la aku jarang naik motor. Bukan jarang, langsung tak pernah naik motor. Kenangan pertama kali pula macam cirit, dengan manusia separa betul, separa tak betul macam Kasy.
Tiba-tiba tengah sedap aku rasa angin pagi, motor Kasy terpijak batu dan terloncat.
Aku jadi terkejut dan pantas memeluk pinggang Kasy dengan rapat. Pinggang dia kecik serious sumpah, sambil terpeluk tu aku ada la tersentuh six pack dia sikit. Dasar haram, aku jadi keliru. Aku sebenarnya suka pegang six pack dia tapi kadang-kadang aku tak suka. Dah la, aku benci diri sendiri.
"Sorry!" Aku menjerit kuat, disebabkan angin kuat dan menghadkan percakapan aku untuk sampai ke telinga Kasy, aku terpaksa menjerit terpekik melolong macam sial.
Kasy pantas memegang tangan aku yang terletak pada perut nya dan menahan tangan aku untuk tidak melepaskan pelukan aku pada pinggang dia.
Padahal dalam topi keledar, Kasy dah tersenyum-senyum suka secara seorang diri dan tiada sesiapa tahu.
Kening aku bertaut memandang belakang badan Kasy dan haruman minyak wangi yang Kasy selalu pakai menerpa ke dalam hidung aku. Lama-lama jadi gian mengambil bau, aku tak perasan bahawa aku sedang berbaring melepap pada belakang badan Kasy dan terpejam mata sambil hidung membau-bau macam hanat.
Macam budak-budak sedut syabu je kamu ni esh.
Setelah memastikan bahawa aku macam berada pada keadaan tidak akan melepaskan pelukan, Kasy mula mengawal motornya dengan kedua-dua belah tangan.
Kalau orang-orang keliling nampak, mesti ingat aku dengan dia ni pasangan couple. Padahal perasaan cinta aku pada dia-
Entah la aku keliru dengan hati dan perasaan diri sendiri. Mungkin tanpa aku sedar, bunga sedang berputik? Dan mungkin mekar dan mungkin juga layu pada masa depan.
Tiba-tiba motor mula perlahan dan Kasy membelok ke dalam kawasan parking di hadapan sebuah cafe tersebut. Eh ni bukan cafe yang aku selalu beli latte tu ke? Tempat aku dengan dia jumpa kali pertama, dalam keadaan yang agak macam haram.
Aku pantas turun dari motor dan mengikut Kasy setelah mencabut topi keledar dari kepala. Ni lagi haram, habis atap tudung aku serabai macam otak Mie.
"Wait here for a second" Kasy menahan aku. Kenapa dia halang aku? Kenapa dia tak ajak aku masuk, aku nak mulakan pagi aku dengan muka Faris.
Ish entah-entah dia tahu aku minat dekat member dia Faris tu. Aku pantas menjeling Kasy yang berjalan dengan laju menuju ke dalam cafe dan meninggalkan aku seorang diri di luar cafe.
Dengan sifat degil dan tak suka ikut arahan orang, aku berjalan terkedek-kedek masuk ke dalam cafe. Cafe pagi-pagi macam ni kosong, lagi pun cafe ni baru je buka beberapa minit yang lepas.
Aku pantas menuju ke arah Kasy yang berada di kaunter, dan juga tempat di mana Faris, si barista hensem yang mungkin juga cinta pandang pertama aku berada. Ew tak lah, aku macam minat muka dia je. Bentuk muka dia lawa.
"Hai Faris. Ingat tak saya, Aye-" aku tersenyum manis memandang Faris yang turut tersenyum manis dan tadi nya sedang bercakap dengan Kasy.
"Oh Ayesha Naura, of course la ingat" Faris tersenyum nakal memandang Kasy yang mula melarikan pandangan dari aku dan juga Faris.
Kenapa dia nak senyum nakal dekat Kasy. Kenapa bukan aku? Hmmm
#bromance
Dan apa entah kena mengena aku dengan Kasy sampai dia nak pandang Kasy macam Kasy tu abang aku ke apa.
"Dah la Faris, aku dengan Esh nak blah. Keep the change. This is your tips and-" Kasy menghulurkan dua keping RM100 kepada Faris selepas membayar.
" Please keep it as a secret. Can't you see that I'm trying?"
Setelah berbisik perlahan yang haram macam apa je tak perlahan langsung, aku pun boleh dengar. Kasy menjauhi Faris dan mengenyit mata sebelah macam berjanji sesuatu. Berjanji untuk keep secret tu la kan ?
Faris mengangguk penuh faham.
Ke aku sedang menyaksikan rasuah di hadapan mata aku sendiri? Dah la esh, cukup cukup. Otak tu boleh tak guna di jalan yang betul? Guna di jalan jannah bukan jahanam.
Secret apa la tu agak nya. Diorang ni nampak macam hubungan bromance yang kuat pulak masyaallah. Ayesha Naura sudah mula berbicara tanpa fikir panjang.
Tanpa aku sedar, aku masih lagi berdiri di tempat yang sama dalam keadaan bingung sambil memikirkan dan mentafsirkan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.
"Ayesha Naura! Tak ada lagu negaraku pun. Come, we'll be late for school" Kasy memandang aku sambil memegang dua cup hot latte.
Faris tergelak kecil. Aku mula malu. Idola aku gelak kan aku gaes. Benda ni agak perit untuk diterima akal.
"Bye Ayesha. Jumpa lagi" Faris melambai aku. Dengan gigih nya tak nak tengok muka Faris, aku melambai semula.
Dan tanpa tengok sekeliling,
Bam
Belakang badan aku terlanggar dua cawan hot latte yang sedang dipegang oleh Kasy. Air hot latte pantas meresap ke dalam coat aku dan seterusnya kedalam baju kemeja aku.
Aku jatuh terduduk di atas lantai pintu depan cafe.
Kasy mula gelabah, dia menanggalkan coat baju aku. Dan selepas itu dia menanggalkan pula coat baju sekolah dia dan menyelimut aku menggunakan coat sekolah dia. Menghalang dari pandangan yang akan timbul dari belakang badan aku yang akan jadi invisible selepas baju aku terkena air.
Faris dengan gelabah menuju ke arah kami dan dengan muka terkejut, dia mula memandang Kasy, ibarat berkata kau nak aku tolong buat apa?
"Faris! Hurry, wet any clean towel with cold water and call ambulance"
Aku mula mengaduh dan menahan perit betapa panas nya air hot latte yang diserap oleh kemeja aku.
"Sakit...." kata aku sambil menggengam kuat lengan Kasy.
"Hold on Ayesha. I will save you" suara Kasy perlahan, lembut dan gentle. Mungkin cuba menenangkan aku.
Terasa seperti belakang badan aku mula untuk kebas. Aku mula terasa loya dan pening kerana sakit yang teramat.
Satu-persatu benda malang menimpa, tetapi setiap kali aku ditimpa benda malang. Kasy ada di sisi aku, menyelamatkan aku. Ibarat dia memang ditakdirkan untuk aku.
Aku akan cuba buka pintu hati aku untuk kau, Kasy. Memandangkan kau kata aku special buat diri kau.
Setelah Faris sampai bersama tuala yang telah direndamkan dengan air sejuk, mata aku mula untuk tertutup.
"Stay with me, Ayesha! Don't leave me" Kedengaran Kasy menjerit dan memegang bahu aku. Serta memegang belakang kepala aku, takut aku jatuh secara drastik dan laju.
Dan setelah lama menahan kelopak mata aku dari tertutup, akhirnya ianya tertutup dengan sendiri.
Aku pengsan.
Dan buat Mie, aku minta maaf, hari ni mungkin kau terpaksa jadi loner tak sukses.
YOU ARE READING
Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]
Teen Fiction❝ All that you are is all that i've ever need ❞ L A T T E Minuman wajib yang perlu ada oleh Ayesha Naura yang mesra digelar Esh sebelum dia menjejakkan kaki kanannya ke dalam kawasan perkarangan sekolah, setiap hari. Kalau skip sehari, mungkin dia t...