l a t t e × 30

139 15 3
                                    

"ingat kan main-main je kata nak buat announcement tu" aku memandang Wildan yang tengah sedap meneguk cuba untuk mencapai ais dari dalam cawan.

Setelah berjaya mencapai, dia memandang aku dengan tersenyum. Dah la pipi penuh air dua ketul, lepas tu nak senyum pula. Comel betul la boyfriend siapa ni.

Ew diam la Esh.

Aku tergelak kecil. Tangan aku pantas mencapai cebisan lemak pada pipi Wildan dan mencubit perlahan.

"Hm, korang tengok la diorang dua ni. Mata aku dah rabak teruk. Tak ada sesiapa nak dekat aku ke, aku singlet ni" kata Mie sambil mencubit Ashraf dengan perlahan sambil tersenyum menggoda.

Kening Ashraf terjongket tak terkawal takut aku kening dia kena sawan ke apa dengan tersenyum nakal nya nak je aku rejam guna baki ais batu dalam cawan Wildan ni.

Mulut Mie terangkat, dia menolak muka Ashraf.

"Tak nak aku dah macam austim"

Tercetus ketawa kami, menghiasi kafeteria yang sunyi. Aku pun tak tahu la kenapa, semua macam makan dengan gelojoh lalu beredar. Pelajar-pelajar yang ada pun makan dengan senyap sambil memerhatikan meja kami yang dipenuhi aku, Wildan, Mie dan Ashraf.

Lebih tepat, memerhati tajam, atau lebih kurang memaki aku menggunakan mata mereka.

Diorang tak kacau aku, itu okay. Cuma diorang kacau aku dengan pandangan tajam yang dapat menganggu aku secara mental.

Tiba-tiba, satu cafe tersenyum dan bersorak riang memandang laluan diluar ruang kafeteria, dengan muka tertempek atas cermin kafeteria nya. Sibuk memandang dua orang jejaka yang berjalan di luar kafeteria.

Kesian makcik cleaner nak kena cuci bekas-bekas lipstik dengan foundation diorang.

Nak je aku kerja sukarela tolong makcik tu dengan menampar laju semua pelajar yang melekat dekat cermin tu.

'eh Kasy hensem nya!'

'dari dulu dia hensem, korang je yang sibuk kejar Wildan tu'

'oppa Kasy!'

'eh tu kan Faris senior tahun lepas?'

Kedua-dua dari mereka pantas membelok memasuki pintu kafeteria yang terbuka luas.

Apa? Tadi aku macam ada terdengar nama Faris si kekasih cerah gel-

Sorry Wildan Syah, terpaksa curang jap. Kekasih pandang pertama tiba-tiba datang menyerbu mata dan hatiku.

Yang suka sangat sebut oppa Kasy tu jangan sampai aku sumpit bontot diorang bengkak sebelah.

Dengan pantas aku melambai Faris yang berjalan laju ke arah meja kami bersama Kasy di sisi nya.

Kasy membetulkan kot miliknya sambil tersenyum kecil dan menjongketkan kening kanan nya, memandang Wildan yang juga tersenyum kecil.

Mata aku dan Kasy ter-bertentangan, mulut aku dipaksakan untuk membentuk sebuah senyuman yang tidak berbaur palsu. Tapi apa kan daya, memang dapat bau la kepalsuan tersebut.

Kasy hanya membalas dengan senyuman lebar. Wow, dia balas juga walaupun dia tahu yang aku hanya senyum terpaksa sahaja.

Maklumlah aku dah lama tak senyum dekat dia, tak bermesra dengan dia. Macam yang dulu-dulu, macam keadaan di mana sebelum aku bersama dengan Wildan.

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now