Tersentak bangun aku kembali apabila kereta tiba-tiba berhenti mengejut. Kalau tak ada seatbelt aku rasa aku dah tercampak keluar tingkap. Dan akhirnya terbang bak bidadari ke neraka.
Tapi masa bila entah aku pakai seatbelt eh. Aku rasa lepas masuk kereta, start engine, aku termenung. Dan terus memasuki ke alam dimensi lain selepas itu. Memang tak terfikir langsung ah hal-hal seatbelt ni. Lepas tu kenapa rasa warm je ni, kalau tak sejuk lahanat, kereta dia ni aircond servis setiap hari gamaknya.
Wildan mendepakan tangan nya menahan aku dari gerakan inersia yang secara tiba-tiba menyerang kerana kereta dihentikan dengan cara 'break' yang sungguh tajam sebentar tadi. Tangan kanan masih berada pada steering.
"Esh?! Are you okay? I'm so sorry! Tadi ada kereta tiba-tiba keluar simpang macam haram" Wildan memandang muka aku meminta kepastian dan jawapan. Aku masih terkejut.
Gila ke tak terkejut benda tadi dalam mimpi elok-elok je baru nak masuk pintu doraemon tu, tiba-tiba aku dalam kereta, aku cukup dan tersangatlah kecewa. Kalau tak, boleh la aku merasa duk dalam rumah nobita tu kejap. Oh jangan lah kecewa brader, pukul 7 tv7 kau hadap la benda biru tembam tu sampai maghrib pun kau miss.
"I'm okay. Lek ah, aku cuma terkejut sebab tadi dalam khayalan sekarang dalam nyata" kata ku dengan disulami senyuman manis.
"apa-apa pun nasib baik lah ada seatbelt ni kal-"
Gerakan aku terhenti apabila menyedari tubuh badan ku sedang diselimuti dengan kot putih milik Wildan. Aku pantas memandang dia meminta penjelasan. Aku pun tak pasti kenapa secara tiba-tiba aku meminta penjelasan.Mungkin tiba-tiba diserang semangat inkuiri.
"Tadi aku nampak kau menggigil sejuk masa aku baru je masuk kereta. Kau nak expect aku biar je ke kau menggigil sejuk macam phone vibrate dekat situ? Tu yang aku kasi kot aku tu. And then i turned on the heater"
"Oh thank you Wildan"
"And then kau bincang apa je dengan Kasy tadi? Tak nak kongsi dengan aku ke. Kita tiga-tiga member masa tadika kot. No secret between us please especially between me and you" kata aku sambil menunjuk WIldan dan diri sendiri berulang kali.
"Erm about that, i am truly sorry but i've promised Kasy that i will not tell anyone especially you about it" Wildan mengusap belakang leher nya dan mula memasukkan gear untuk meneruskan perjalanan.
"Tanak kawan" kata aku. Dengan berbekalkan bibir yang dimuncungkan 1000 inci ke hadapan dan berpeluk tubuh, lakonan merajuk aku kelihatan benar.
Wildan hanya mengeluh dan tergelak kecil. Dia tahu dia tak dapat berbuat apa melainkan hanya diam sejuta demi menyimpan rahsia antara dia dan Kasy yang membuatkan Kasy menyatukan kedua-dua telapak tangan nya demi memohon agar rahsia yang dikongsikan nya tidak dibocorkan.
"please i'm begging on you Wildan. Don't tell her and please, please, please. Cooperate with me"
Wildan mengeluh lagi buat kali kedua,
Dia buntu.
+
"wei kau baik cerita dengan aku secara detail apa yang berlaku semalam?" Mie mengoncang tubuh badan aku. Dah la kacau aku berangan pasal pintu doraemon tu.
"salam mana salam?" aku menjeling muka excited dia. Entah lah, letak beg pun nak pandang aku lagi dengan pandangan berharap dan tidak sabar.
"Bismillah, Assalammualaikum. Okay aku dengar cerita kau jadi partner Kasy? Tapi kau bukan jadi partner Wildan juga ke? Kau baik cerita dekat aku sekarang juga sebab kau trending sia dalam blog sekolah.#AYESHANAURAISABITCH "
Tangan Mie menunjuk udara menggunakan kedua-dua jari telunjuk nya sambil mengungkapkan statement tersebut. Dan dia tergelak besar selepas dengan bangga nya melaungkan nama aku dengan perkataan puaka dengan sekuat-kuatnya.
"Bodo ke. Kalau boleh kuat lagi la" aku menghempuk kepala dia dari belakang. Cukup kuat dan lembut untuk menginsafkan.
Mie mengaduh dan mengusap belakang kepala nya. Tudung yang senget dibetulkan kembali. Kalau aku hempuk kuat-kuat tadi, bukan setakat tudung je terjejas. Dengan roh badan sekali keluar melayang.
Selepas memastikan diri Mie akan diam semasa sesi cerita, aku mula membuka cerita tentang apa yang berlaku semalam.
"So, you trying to tell me that Kasy and Wildan fought just because of you? Maksud aku berebutkan kau? Bro hold on. Bukan kau dengan Kasy tak sebulu ke?" Muka Mie jelas mempamerkan bahawa dia cukup terkejut dengan perkara yang telah dikhabarkan.
Mengangkat kedua-dua belah bahu diberikan sebagai jawapan.
Dulu dengan jelas dan yakin nya aku bagi tahu Mie yang tiada lagi hubungan kawan mahu pun rakan karib antara aku dan Talha Kasyaf.
Tiba-tiba aku bagi tahu dia yang Kasy jadi partner aku dan bergaduh dengan Wildan semata-mata nak isi kan aku di tempat partner masing-masing.
Kasy yang buang tebiat mungkin? Kata I'm fully giving up. Jubake beliau
Oh pasal taman tu. Tapi shit la taman tu dekat rumah agam Kasy. Aku rasa rimas pula nak jumpa haram tu. Tapi kuantiti cinta aku terhadap taman tu cukup untuk mengalahkan kuantiti rimas aku untuk menghadap Kasy.
So
"Mie, kan aku bagi tahu kau pasal taman tu. We can actually visit that garden whenever we want to! So jom petang ni, lepas habis sekolah?"
Muka Mie yang tadi nya confused teruk dan hodoh secara tiba-tiba nya berubah ceria dan gembira. Maaf la kami ni sebenarnya pencinta alam sekitar. Kitorang even bincang bahawa kitorang akan menggembara bersama dalam mana-mana hutan untuk berkhemah.
Tapi bukan dalam Malaysia. Bukan nya bersikap resis dengan negara sendiri cuma hutan luar negara sejuk dan nyaman gaes. Mohon faham
Mie mengangguk dengan laju.
Selepas loceng yang menandakan sesi persekolahan sudah tamat berbunyi, Mie pantas menarik tangan aku yang sedang zip beg sekolah.
"Eh bengap sabar lah!" Tangan kiri aku pantas menarik tali beg sekolah. Zip pula separa tutup kalau barang jatuh memang aku headlock minah jimbet ni.
' eh tengok itu kan betina yang #AYESHANAURAISABITCH tu'
'lari pergi jumpa Wildan dengan Kasy ah tu'
'such a bitch tho'
'menggatal dengan jejaka-jejaka ternama sekolah, kau memang gila'
Masalahnya aku tak gila dan aku tak ada masa nak layan dua orang lelaki dalam satu masa. I'm not a bitch. Maybe you guys are. A noisy ass bitch.
Astaghfirullahhalazim Esh, adakah anda sedang berada di dalam jasad anda sendiri?
"Beb, beb sabar lah! Zip beg aku tak tutup habis"
Aku menahan pergerakan kilat ini dengan menahan kaki aku pada jalan tar. Skreet skreet bunyi dia.
Mie dengan muka gila, gelojoh dan tampak 10% hodoh nya tidak kisah. Atau pun, masih tidak kisah.
Last sekali,
BAM!
Aku terjatuh atas jalan tar kerana tersepak batu jalan tar dan aku melutut atas jalan tar. Pegangan tangan aku terpisah dari genggaman tangan Mie.
Budak gila ni aku dah cakap sabar kan. Kau nak lari lari pergi mana jubake!
YOU ARE READING
Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]
Novela Juvenil❝ All that you are is all that i've ever need ❞ L A T T E Minuman wajib yang perlu ada oleh Ayesha Naura yang mesra digelar Esh sebelum dia menjejakkan kaki kanannya ke dalam kawasan perkarangan sekolah, setiap hari. Kalau skip sehari, mungkin dia t...