l a t t e × 23

167 22 9
                                    

Mata Kasy yang sedang fokus pada jalan raya dipandang lama. Bukan nya nak over dan berfangirling tapi dia nampak segak dalam sut berwarna soft blue tu.

Lagi pun soft blue adalah warna kegemaran aku. Aku tengah gembira ni, baju dah lawa, warna dia warna kegemaran aku pula tu (wow ye ke author pun sama)

Nampak macam kitorang ni nak pergi honeymoon je, macam baru je habis majlis perkahwinan tadi. Sebab warna baju kami sedondon.

Of course sedondon, kalau tak sedondon memang tak nampak la aku ni macam partner Kasy untuk malam ni. Kang tak pasal-pasal ada lelaki lain goda aku sebab dia ingat aku masih tak berpunya.

Tapi Esh, kau memang tengah single pun. Ah bodoh single haha, ah tak ada sesiapa nak haha.

Tapi kau cakap macam tu macam kau confident je kau perempuan paling lawa untuk majlis malam ni, ew. Entah-entah ramai lagi yang lawa-lawa, ramai lagi yang menggeletis dari kau.

"I'm looking great tonight, right?" Kasy tersenyum nakal dan sinis. Mata masih melekat pada jalan raya.

"Mana ada. Perasan betul la kau ni" aku menarik muka dan pantas bersandar pada seat kereta sambil menukar pandangan aku ke luar tingkap. Di tambah-tambah lagi dengan memeluk badan. Nampak macam memang tengah pissed off. Acah pissed off

"But you looked greater than me" Kasy tersenyum suka dan memandang aku sekilas.

Tanpa aku sedar, aku juga tersenyum suka dan terharu dalam diam. Apa yang dah berlaku dekat jantung aku? Jamban betul la tak ikut cakap owner. Masa bila la aku nak dupdap dengan bait-bait kata Kasy. Ew no.

Kau sebenarnya tengah tipu diri sendiri kan, Esh?

Kasy segera membelok ke dalam perkarangan rumah agam yang tampak sama besar tetapi ni lagi besar, macam Hogwarts pun dah ada. Nampak macam Istana lama.

Di hadapan dan belakang kereta kami, kenderaan beratur tanpa noktah. Family reunion ni sampai tok abah nenek moyang tujuh keturunan ke apa.

Tangan aku diletakkan pada tingkap. Muka dirapatkan pada cermin tingkap. Menghayati kecantikan rumah agam tersebut.

Tiba-tiba kereta diberhentikan tepat di pintu hadapan rumah agam, Kasy secara tiba-tiba turun dari kereta.

Dia menuju ke arah pintu aku dan pantas membuka pintu aku penuh gentle. Dia ni layan aku macam oku pula, aku ada tangan ada kaki. Boleh lagi buat semua benda dengan normal. Please don't treat me like a Queen eventhough I am a princess. Ew

Kasy menghulurkan tangan nya untuk membantu aku keluar. Semua pengunjung yang tadinya sedang sibuk menuju ke dalam rumah terhenti seketika memandang siapakah insan bertuah yang menjadi partner Kasy, si waris K Holdings untuk hari ini.

Aku mengemaskan baju aku setelah berdiri. Kasy menutup pintu, dia menyerahkan kunci kereta pada insan yang bertugas untuk memarkirkan kereta di tempat yang sesuai.

Kasy memeluk pinggang aku dari belakang dan menarik aku untuk merapati dia.

Tapi dia sedang fokus untuk menyerahkan kunci keretanya pada insan tersebut. Aku memandang dia dengan marah. Suka hati dia je tarik-tarik aku macam tu je. Walaupun aku agak suka diperlakukan sedemikian oleh insan yang hensem seperti nya.

Kau biar betul, Esh?

Setelah selesai dengan urusan kunci kereta, dia memandang aku dengan lembut dan dia pantas terkejut dengan rupa aku yang sedang berwajah marah.

Dan selepas beberapa saat berfikir dan menganalisis sebab-sebab aku secara tiba-tiba memarahi dirinya.

Dia tersenyum dan tergelak-gelak kecil. Kau ingat comel ke? Walaupun ada la sikit 50% comel.

Kasy membongkok sedikit, mendekatkan bibir nya pada telinga aku,

"Everybody's watching and don't forget that you are my partner for tonight" dia berbisik perlahan dan lembut.

Aku tersentak dan segera memandang sekeliling, mata-mata yang dari tadi nya memerhatikan aku dan Kasy, masih lagi memerhati. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

Mungkin berbicara tentang Kasy. Siapa je nak tahu pasal aku, budak hingusan yang buruk dan comel ni?

Kasy mula melangkah untuk masuk sambil memimpin aku di sebelah kanan nya. Ke mana dia pergi, aku ikut. Dengan siapa sahaja dia tegur, aku hanya ikut dan apabila dia memperkenalkan aku kepada mereka, aku hanya tersenyum naif.

Tak tahu kenapa, setiap kali aku dan Kasy ke mana-mana. Seperti ada sahaja manusia-manusia yang memerhatikan gelagat kami. Tidak kira wanita atau lelaki. Tapi kebanyakkan dari mereka macam pandang aku je, dengan pandangan yang seperti kurang percaya. Kenapa dengan aku?

Tiba-tiba, seseorang yang wajah nya kelihatan seperti Kasy menghampiri aku dan Kasy. Baju dia berlabuci lagi gah dari aku.

Dia tersenyum lembut dan muka dia yang kelihatan suci nampak seperti seorang insan yang tidak angkuh dan sombong. Mana entah Kasy dapat perangai sombong dan angkuh macam ni?

"Assalamualaikum, ni Ayesha Naura ye? Partner yang Kasy kata nak ajak sangat-sangat tu"

Setelah membalas salam nya, aku tersenyum mesra dan segera menyalami tangan nya. Dia mengusap lembut belakang badan aku.

Tiba-tiba, wanita tersebut menghampiri telinga Kasy, dia tersenyum suka

"Not bad, Asy. She's so beautiful dan sopan. Mummy approved"

Kasy tersenyum lebar memandang Mummy nya. Oh ni mak dia. Patut la muka macam sama. Eh bodoh pula kau ni Esh. Tepu bedak muka kau dah sampai ke otak gamaknya

Approved apa ni? Apa la agak-agak nya rahsia anak beranak ni. Comel betul

"Eh, come. Mummy want to introduce you to all of Mummy's friends" Mak Kasy memegang pergelangan tangan aku dan cuba untuk menarik aku menjauhi Kasy.

Aku memandang Kasy dengan harapan dia menghentikan tindakan mak nya. Bukan sebab aku malu. Sebab nya adalah, nanti kawan-kawan mak dia anggap aku ni girlfriend Kasy. Dan mengucapkan 'semoga kekal hingga ke atas pelamin eh'

Aku hanya partner dia untuk hari ini gaes.

Kasy masih lagi memeluk pinggang aku. Masih tidak melepaskan walaupun tangan aku kini sedang berada dalam genggaman tangan mummy nya.

Setelah memahami pandangan aku, dia segera memegang tangan mak nya, menghentikan tindakan.

"Eh Mummy, biar la dia makan dulu. We've both just arrived a minutes ago" Kasy tersenyum manis untuk meyakinkan mummy nya.

Setelah lama berfikir, mak dia melepaskan genggaman pada tangan aku. Dia memegang tangan aku dan menepuk-nepuk perlahan.

"Treat yourself, okay? We welcomed you here"

Mak Kasy beredar. Aku terkedu, jangan kata yang mak dia macam dah welcome kan aku dalam keluarga ni sudah.

Jap, aku dengan dia sekolah pun tak habis lagi. But this is our last year? Oh tidak

"So Ayesha, let's treat ourselves?" Kening Kasy terjungkit.

Aku tersentak dan terkejut. Lalu pantas berpusing, memandang muka si dia.

Aku mengangguk dan kami berjalan berdua berpimpin menuju ke arah ruang utama.














-----
Didn't reach 30 chapter yet on draft tapi sis tetap nak update rasa macam dah berkurun lama tak update mesti kome bosan en dengan latte aku ni hm kesian Kasy kesian Esh kesian Wildan dapat author pemalas namampos macam sis hm nak nanges tepi mangkuk jamban jap

But thank you so damn much kepada yang vote every chapter tanpa miss ;)

Dan juga yang share kepada member tentang buku ni even sis tak suruh pun ya allah kome lagi pandai marketing dari sis TT

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now