l a t t e × 38

160 18 5
                                    

Dia mendekati, lebih mendekati. Hampir- hampir sahaja bibir kami hampir bersentuhan dia membelok ke kiri, kini bibir nya bersebelahan dengan paras telinga kiri aku.

"Did you just friendzoned me, Ayesha Naura. In front of him?" Bisik Kasy dengan lembut dan kedengaran nakal.

Pipi aku panas. Sisi bibir digigit kecil, mata aku bertentangan dengan leher Kasy. Urat leher nya yang timbul buat aku jadi gemuruh jiwa semangat membara.

Tak masuk lagi bahagian bau minyak wangi, bau pomade. Rasa macam nak lari sebab nafas aku secara tiba-tiba jadi tak teratur. Nanti dia ingat aku jadi macam tu sebab aku bernafsu dekat dia ew.

Aku mendiam diri. Tangan mengepal, mungkin geram kerana tidak dapat bertindak. Tapi half of me, macam suka. Damn Ayesha, boleh jadi normal tak?

"So where is the answer? I might punish you for the second time, okay. Behave" Kasy masih berbisik perlahan. Nafas dia yang mendarat pada leher aku membuatkan aku geli dan gementar yang lebih kuat.

"Hm yelah!" Aku menolak tangan kiri nya yang mendarat pada dinding tadi. Dengan pantas aku berlari menuju ke arah Aryan yang masih berdiri tegak di tempat yang sama.

"Aryan!" Aku memanggil dia. Jap, tadi aku bukan macam acah kenal tak kenal ke dengan dia. Mesti dia akan terkejut, hm aku memang jenis gelabah dalam situasi macam ni.

Dahi dia berkerut, muka dia macam terkejut. Dia seperti mengingati sesuatu, selepas berfikir panjang. Dia memandang aku semula, dia tersenyum manis.

"So, you are Ayesha Naura, right?"

Aku hanya tersenyum manis. Walaupun separuh dari aku, mengharapkan yang dia tak dapat mengingati aku. Aku menghadiahkan anggukan yang laju buat Aryan yang masih dalam keadaan tertanya tanya.

"Nobody call me by the name of Aryan, except you"

Gelak dia makin suka. Dia kembali menyambung ayat nya yang tergantung sepi. Tadi dia kenal aku, tapi dia tak tahu nama aku. Bila dia dah tahu nama, lagi dia buka la cerita lama tentang aku dan dia.

"Yang ada crush dekat saya masa middle school kan? About the confession yang saya cakap earlier, its true la kan?"Macam suka sangat, ni mesti orang jarang suka dia. Hm kan? Tapi muka dia hensem apa, populasi orang buta dekat malaysia ni 80% gamak nya.

Tangan Kasy tiba-tiba mendarat pada bahu aku. Dia menggengam dengan kuat, mulut dia mengetap kuat.

"So crush lama Ayesha la ni? But hm boy, we got something to do. Catch up later, or maybe not?" Kasy tersenyum sinis dia menarik aku merapati dia dan mengheret aku pergi.

"Aryan, can i at least get your number?!" Aku menolak pinggang Kasy menjauhi aku. Lalu aku berlari laju ke arah Aryan. Kasy, aku rasa mesti dia rasa nak cepuk aku nanti. But boy, who are you to me?

Kenapa strict sangat? Atau mungkin, jealousy?

"Yeah sure" dia memandang Kasy yang hanya memeluk tubuh dengan penuh amarah, menghantar signal berbaur "lokasi kau lepas ni alam barzakh kalau kau kasi dekat dia" pada Aryan.

Dia mengangkat bahu, menyambut huluran phone aku. Menaip dan dia menyerahkan semula, dia mengusap kepala aku sambil tersenyum manis.

"Call me or just whatsapp me if you need anything okay?" Dia berjalan pergi, aku hanya mengangguk.

Secara tiba-tiba, tangan Kasy melingkar pada pinggang aku. Dia menarik aku merapati dia, aku hanya mampu menjeling dia.

"So, continue. Ayesha, where is Wildan? Can you spot him?" Kasy mula berjalan, dengan aku yang hanya diheret di tepinya.

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now