l a t t e × 32

131 14 3
                                    

Padang yang lenggang di luar tingkap diperhatikan dengan penuh minat, tangan menongkat dagu.

"I can't lose. Aku kena berusaha untuk kekal kan hubungan aku dengan Wildan"

Muka aku monyok kembali, aku rasa aku akan kalah. Dengan Wildan yang seperti akan melebihkan perempuan tu, aku pasti aku akan kalah.

Tapi usaha dan yakin itu penting, Ayesha Naura! Suka sangat down pahal

Tiba-tiba, Kasy dan team basketball nya mula berkumpul di tengah padang. Memanaskan badan mereka sebelum latihan bola keranjang tiba.

Lebih seronok aku nak tengok, sebab ada Kasy kot. Mentang-mentang dah lama kau tak tengok dia, nak bantei la tu tengok lama.

Dimulakan dengan dongakan ke atas, ya allah jawline Kasy, sekali pegang putus jari beb.

Mata Kasy terbuka selepas kiraan ke sepuluh. Mata aku dan dia kini bertentangan. Aku terkedu, tapi Kasy hanya tersenyum suka.

Pantas aku meletakkan kepala ke atas meja, dan juga separa menghempas. Muka yang aku yakin sedang merah panas ditutup dengan permukaan kedua-dua belah telapak tangan.

"Kau pahal gila. Tiba-tiba nak hempas kepala ni jangan kata kau diserang sisteria" Mie mengusap dada dia dengan lembut.

"Histeria, lahanat. Histeria bukan sisteria!"

"Biar la. Aku ada kamus aku sendiri, kau guna la prinsip kamus dewan sial kau tu haha!"

Dengan kepala yang masih di atas meja. Kepala Mie cuba dicapai, lalu ditolak kasar.

Setelah itu dengan kadar segera Mie berjauhan dengan aku. Mengangkat kerusi nya masuk ke dalam group gossip yang sering disertainya ketika aku tidak menghiraukan dia.

Ya, dia sering sertai group tu.

Setelah aku rasa keadaan di padang sudah lenggang. Aku mula cuba untuk pandang semula, sambung aktiviti sosial aku, termenung.

Sekali lagi, mata aku bertentangan dengan mata Kasy. Masalahnya dia seorang je dekat padang, yang lain dah tak ada. Macam nak buat benda syiah je berdiri tegak tengah padang, pandang atas.

Kasy tersenyum sinis. Mulut mengumam sesuatu, aku tak dapat baca. Benda macam 50m memang aku tak boleh nak baca la lahanat.

Setelah mengumam dia tersenyum lebih suka dari tadi. Kening aku terjongket sebelah. Apa benda entah, aku dah agak dah dia ni mesti nak buat benda-benda sesat.

Kasy beredar dengan tersenyum suka, apa entah suka sangat. Dapat pandang muka aku pun senyum sampai ke belakang kepala. Aduh ni aku malas ni tula aku dah kata kan aku comel.

"Wei Esh teman aku pergi tandas jap, nak terberak la pulak. Ni semua sebab Milo pagi tadi, memulas banget deh" mie mencuit lengan aku.

"Kau ni nak berhadas ajak aku! Gossip ke apa dengan orang lain, malas la" aku menarik muka, padahal aku saja je. Benda merajuk sebab member lari dekat orang lain ni, sesuai untuk budak tak matang je. Move on, cari orang lain.

"Kau ni cepat la kang ada juga aku terberak dekat sini!" Mie memukul-mukul lengan aku dengan kuat. Betul la tu benda dah hujung.

"Esh teman la Mie berak tu. Aku taknak ada bau busuk dekat dalam kelas ni" rakan gossip Mie tergelak-gelak memandang aku.

Lepas tu satu kelas tergelak, aku segera menarik Mie yang macam dah terkemut-kemut bontot nya keluar dari kelas. Aku pun nak tergelak tengok Mie sedut-sedut bontot sambil pegang.

Dari jauh Mie berlari laju menuju ke arah tandas, aku tak tahu la apa tapi bila kau lari masa benda dekat hujung. Benda tu akan lagi nak terkeluar, maaf Mie aku tak ada spenda lebih untuk kau.

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now