l a t t e × 10

225 27 6
                                    

"aku paling suka kalau aku yang buat pilihan hehe" aku memandang dia dan tersengih comel, mungkin untuk menggoda dia bagi aku pilih sendiri.

Lagi pun dia siapa nak kasi aku pilih.

Esh, dia lah insan yang banyak berjasa dekat kau lepas tu kau cakap dia siapa je? Kau memang gadis durjana.

"Then, kalau kau la pilih. Kau akan pilih nombor berapa?" Kasy memandang aku dan bersandar pada tiang katil, dia berpeluk tubuh dan tersenyum manis.

Satu jari iaitu jari telunjuk dari tangan kanan aku angkat dan halakan pada Kasy.

Dia meraup muka dan tersenyum suka.

"So, dia rela nak keluar dengan aku ke tu?"  ujar Kasy di dalam hati.

Tiba-tiba Kasy mengangguk laju dan pantas bangun. Dia menepuk tangan sekali.

"Okay, I absolutely agree with your decision. You've picked wisely" dia senyum suka yang aku rasa akan sukar untuk dipadamkan, phone di dalam poket ditarik keluar dan pantas keluar dari bilik wad, mungkin untuk memanggil doktor.

Lagi satu aku tertanya, kenapa doktor tak halau je aku keluar. Aku luka sikit je kot dekat lutut. Beria nak bawa aku pergi hospital, duduk bilik VIP. Oh haah memandangkan dulu pun aku luka dekat lutut, mungkin dia tahan aku kejap.

So, mungkin esok sengsara aku akan bermula?

+

Latte di tangan di sedut sekali, fon di tangan dipandang dengan fokus. Jalan yang agak lenggang tidak lagi menjadi titik fokus. Cuaca yang sejuk menyebabkan aku memeluk tubuh menahan dingin. Mulut yang ternganga luas akibat impak menguap ditutup demi menjaga imej diri.

Aku rasa aku tak cukup tidur, sebab mie ah ni mencadangkan aku untuk download WEBCOMICS ni. Aku rasa semalam nak dekat sepanjang malam juga la aku duk baca benda alah ni. Paling bodoh bila chapter tu kena guna coin. Eh bodoh nya geram pulak aku.

Anyway saya tidak membuat sebarang paid review ke apa. Cuma webcomics tersangat lah best sebagai mengisi masa lapang.

"Eh hensem bodo lelaki ni. Dah la CEO, ni kan kalau dapat oh betapa manisnya hidupku" kata aku seorang diri dan memandang langit serta tersenyum nyaman setelah melihat wajah lelaki di dalam komik tersebut.

"So aku lepas la tu"

Dengan pantas aku berpusing memandang Kasy yang sedang segak dengan leather coat  yang sering dipakai oleh nya setiap kali menunggang motor. Helmet nya dikepit di ketiak. Glove hitamnya dibuka satu per satu. Senyuman pun tak ada. Duk dingin je muka kau ingat aku ni jenis yang menggemari muka dingin ke hanat.

"Nampaknya pagi ni tidak lagi indah" kata aku berseorangan dan cukup perlahan.

"Dahla Kasy pergi main jauh-jauh. Aku cukup busy hari ni" aku kembali berjalan dan fokus pada skrin phone.

Bana kau busy. Pada sesiapa, dilarang tiru alasan bana ini.

Latte ditangan ingin dihirup tetapi seseorang mula memeluk bahu aku dari belakang. Wangian maskulin yang sedap dan nyaman menerpa ke dalam hidung. Tak tau la nak kipas pergi ke nak kekal membau. Eh membau tu bunyi macam seksual pula, maaf.

Latte ditangan disambar laju. Mulut aku yang sedang bersedia untuk minum dan mungkin tampak hodoh dinormal kan semula. Dia menghirup sekali sedut dan nampak macam dia sedut 1 litter yang bersamaan dengan 1000 milliliter.

"Woi aku kata aku ikut pilihan nombor satu kan jahanam" aku mengetuk kepala dia dari belakang.

Tu mungkin untuk melunaskan dendam aku yang lama-lama. Yang baru-baru saba nanti aku cuba susun masa aku untuk melunaskan impian dendam tersebut.

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now