Bangunan tinggi gah seperti hampir menyentuh langit dipandang dengan otak yang penuh dengan perasaan insecure yang mula lebih dari tadi.
Tapi lain sikit dari sangkaan aku, dari sudut sangkaan aku berpendapat bahawa akan penuh dengan wartawan di hadapan bangunan nanti. Rupanya, lenggang...
Penat je nervous, penat je sikat kening penat je setiap 2 minit basahkan bibir dengan air liur.
Kalau lah aku tahu semua benda tu hanya akan berakhir dengan sia-sia..
"Miss, right here" Kedua-dua bodyguard tersebut sama-sama memandang aku dengan serentak. Ke dari tadi mereka berdua panggil tapi aku macam biasa la dengan dunia aku.
Setapak kaki aku menapak ke dalam bangunan,
"Welcome, Miss Ayesha!"
Kesemua kakitangan bangunan beratur di tepi pintu depan menyambut kedatangan aku. Macam aku ni ada hubungan besar je dengan Kasy, padahal member je.
"Thank you! Thank you! Thank you!" Satu per satu aku menunduk 30° menunjukkan betapa bersyukur dan bahagia nya aku disambut di sini. Selain pengalaman dicaci di sekolah, aku boleh simpan kenangan ni dalam minda dan tolak keluar memori dicaci.
"Mr. President!" Semua kembali menunduk 30° lebih tegak dan lebih teratur dari sambutan aku tadi.
Termasuk la bodyguard di belakang aku.
"Sampai bila awak nak tunduk ni?" Dia berjalan perlahan menuju ke arah aku, dengan tangan di dalam poket. Empat bodyguard setia mengikuti di belakang nya.
Kasy tidak lupa juga untuk menguntumkan senyuman yang manis buat aku. Makin hari makin hensem, makan apa sebenarnya dia ni dekat rumah?
"Erm sampai staf paling hujung?" Aku tersengih tak tahu ingin berkata apa. Dengan tergamam tadi, nak turut bertunduk ke tidak mengikut kakitangan yang lain.
Dia tergelak kecil sambil separa menutup mulutnya menggunakan belakang tapak tangan.
"Come, follow me" dia mendekati aku. Meletakkan tangan disekeliling pinggang dengan rapat, aroma minyak wangi nya pantas menyerbu masuk ke dalam hidung aku tanpa berbaris.
"Nak pergi mana?" Aku tersengih kelat, tidak tahu ingin berkata apa. Nak kena panggil president jugak ke macam mana?
Tadi dia tak guna dah 'aku-kau'. Malah dia guna 'awak'? Adakah ini permulaan kami dalam merapatkan hubungan dan mengenali masing-masing?
Jangan nak cringe, Ayesha mohon diperkenankan hajat kami.
+
Kasy melepaskan pelukan erat nya pada pinggang aku, dia berjalan menuju ke arah ruang sofa di hadapan meja kerja nya yang gergasi.
"Come, take a sit babe" dia bersandar enak pada sofa. Bibirnya dihiasi senyuman nakal sambil membuka kot berwarna beige miliknya.
Butang lengan kemeja dibuka dari kiri lalu berpindah ke kanan. Aku masih lagi tidak duduk, malahan termenung memandang pemandangan di luar.
Terkedu, satu hal. Kedua, tak tahu nak sembang apa dah dengan dia. Hal serious atau main? Dua-dua hal tu otak aku dah tak boleh nak proses sekarang.
"So why don't you take a sit, Ayesha Naura?" Kasy menyilangkan kakinya, bersandar pada sofa dengan penuh angkuh.
Ton nya tegas tapi masih kedengaran seperti ingin menyakat.
"Oh! Okay.." aku pantas mengambil tempat di sofa kosong berhadapan dengan Kasy. Jari aku diletakkan tersusun di atas peha, mulut aku terkunci.
YOU ARE READING
Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]
Teen Fiction❝ All that you are is all that i've ever need ❞ L A T T E Minuman wajib yang perlu ada oleh Ayesha Naura yang mesra digelar Esh sebelum dia menjejakkan kaki kanannya ke dalam kawasan perkarangan sekolah, setiap hari. Kalau skip sehari, mungkin dia t...