l a t t e × 24

182 21 18
                                    

Kasy yang sedang membawa dua buah pinggan yang berisi kek coklat dan puding karamel berjalan penuh tegap menuju ke arah aku.

Sebelum beberapa langkah untuk sampai ke meja, dia memandang aku dan tersenyum suka. Aku hanya mampu membalas semula. Tak kan la aku nak jeling dia, ramai manusia yang tengah memerhatikan setiap gelagat kitorang.

Dia mengambil tempat di sebelah aku.

Aku tahu aku nampak macam permaisuri, tengah mengarahkan dia untuk ambil makanan-makanan aku dan dia.

Aku sendiri yang kata nak pergi ambil sendiri tadi. Tak nak menyusahkan dia. Dan dia juga berkeras kata nak ambil kan.

Ayat-ayat dia macam ni,

"Nanti kau pergi seorang, ramai nak goda, habis la aku melepas"

Hampir juga la aku melepaskan carutan-carutan yang jarang diguna pakai oleh mulut aku.

Aku mencapai puding karamel dengan penuh bersemangat. Kus semangat tengok karamel dia meleleh ya allah bau dia lagi la masyaallah.

Aku menyuap suapan kecil ke dalam mulut. Meletup-letup bunga api dalam mulut aku gaes. Secukup rasa dan sungguh membahagiakan. Mata aku ditutup untuk cuba mendalami rasa.

Tanpa aku sedar, Kasy hanya memerhatikan semua tindakan aku. Sebelah tangan nya diletakkan pada pemegang belakang kerusi, dia bersandar pada kerusi milik nya dan dia tersenyum suka.

"Habis kau makan semua la tu. Untuk aku tak ada?"

"Mana la aku tahu kau nak. Kek coklat tu kan ada, bising nak apa yang aku nak huh penyibuk" aku menarik puding karamel untuk lebih mendekati aku dan juga menjauhi Kasy. Mulut dijuih 2cm ke hadapan.

"Suap sikit" kata Kasy pendek. Dia mendekati aku, menanti suapan puding karamel. Dia pasti ke aku akan suap dia? Aku jealous dengan sifat keyakinan yang tertanam dalam diri dia.

Aku menjeling dia. Tanpa aku sedar, aku dah kuis sikit dari puding karamel tersebut. Tunggu nak suap je. Aku berfikir lama. Nanti tak suap, orang keliling kata tak mesra, nanti diorang kata betul ke aku partner dia la apa la.

Setelah menyuap dia dengan sifat kasar 50% dan lembut 50%, Kasy tersenyum suka memandang aku. Tangan dia dengan pantas mencubit pipi aku dengan lembut.

Tangan aku juga pantas bergerak untuk mencubit lengan dia. Dia mengaduh perlahan dan tersenyum suka, lebih suka dari tadi. Dia ni macam separa gila pun ada.

Aku pula tersenyum puas. Berani dia mencabuli pipi mahal aku. Kan dah mendapat

"So, it is true that Talha Kasyaf brought a partner for today"

Tiba-tiba seorang perempuan yang berpakaian seksi mendekati meja aku dan Kasy. Kami berdua tersenyap dan pantas menoleh ke arah suara tersebut.

Muka dia angkuh. Dan kelihatan lebih angkuh apabila dia memeluk tubuh dengan tidak mempamerkan senyuman langsung.

Kasy pantas berdiri, tangan di dalam poket. Kata-kata yang diucapkan penuh tegas.

"Bella, what are you doing here?"

"Tak ingat ke I ni cousin jauh you, Kasy? Lepas you tinggalkan I masa dekat parti tu terus lupa eh pasal I" Dia menolak lembut bahu Kasy. Ya allah menggeletis nengok nya.

Aku memerhatikan muka dia lama. Macam pernah nampak. Parti?

Bella? Oh yang spend time dengan Wildan tu even dia tahu Wildan adalah partner aku untuk malam itu? Wildan pun masyaallah sanggup dia tinggalkan aku untuk bersendirian malam tu.

Tapi aku pun bodoh, biar je dia lesap pergi bercanda dengan Bella. Dalam kes ni, ternyata aku lah yang paling bodoh sekali.

"What are you looking at, girl?" Dia menjeling aku selepas sedar akan tindakan aku yang memerhatikan dia tanpa henti. Maaf aku sebenarnya termenung sambil pandang kau la kejadah apa aku nak pandang orang buruk lama-lama.

Terhakis retina sis.

"Don't you even dare to touch her. Don't even think about it, Bella" mata Kasy tajam. Dia memeluk bahu aku dari belakang.

Bella tergelak gedik dan menggeletis.

"Just wait and see, Kasy. I will do anything to destroy your relationship with any woman. I'll make you become mine"

Dia ni psycho ke apa. Orang lain sweet but psycho. Yang ni ugly and psycho. Tak larat nengok nya.

"And for you girl, run while you still can"

Dia memandang aku dan tersenyum lebar, palsu dan menakutkan. Selepas beberapa saat, dia menegangkan semula muka nya. Dan laju beredar jauh dari aku dan Kasy.

Tak habis-habis la. Setiap kali dengan Kasy, diancam macam-macam. Tu la bahaya nya bersama dengan golongan-golongan kaya macam Kasy ni.

Masalahnya aku bukan nya ada relationship dengan dia. So lepak Esh, kau bukan sasaran dia.

Kasy meraup muka. Dia terduduk semula. Kesian aku tengok dia ni. Ada je masalah datang selepas masalah yang lain.

" I can't lose you for the second time, Ayesha"

Bisik hati Kasy yang hanya dapat didengari hatinya sendiri.

Tanpa sifat ragu-ragu, aku pantas mencapai kedua-dua belah bahu dia dan mengusap perlahan. Senyuman juga turut muncul pada bibir aku. Tapi yang pasti, senyuman ni ikhlas.

"Hey, Kasy. It's okay, aku boleh jaga diri aku sendiri. Don't worry about me, okay?"

Kasy memandang aku dan secara tiba-tiba dia mendekati aku dan memeluk aku dengan kuat dan rapat.

Pengunjung-pengunjung di sekeliling hanya ber 'aww so sweet' selepas menyaksikan aksi manis dari aku dan Kasy.

Aku tak pasti kenapa, tapi dia macam risau sangat dengan aku. Dia sayang aku sampai macam tu sekali ke?

Aku tidak menolak buat kali ni. Aku tahu kitorang still dalam condition haram. Tapi aku betul-betul kesian dekat dia, aku takut je nanti dia kena seizure depan-depan mata aku ha. Aku tak nak tadah buih mulut dia.

"Don't worry Ayesha. Aku akan jaga kau dan aku tak akan biar apa-apa berlaku dekat kau" dia memeluk aku rapat dan dengan penuh kasih.

Aku pasti Kasy tak pandang aku dalam pandangan seorang kawan. Maknanya,

hanya aku sahaja yang berpandangan begitu?

+

"Erm, Esh. Kau okay tak ni? Dari pagi, kau asyik mengelamun je" Mie memegang bahu aku dan dia mengurut perlahan.

Selepas tersedar bahawa Mie sedang menegur. Aku memandang dia dan hanya mampu tersenyum kelat.

"Aku okay je, Mie. Mungkin penat semalam masih tak kebah"

Mie hanya mengangguk-angguk. Dia menepuk permukaan meja aku dengan telapak tangannya.

"Tidur, tidur. Kau perlu kan rehat, dari mata kau yang kuyu tu pun aku dah faham. So rest well okay my dear?"

Aku mengangguk faham. Mata aku dengan pantas nya bertakung. Menahan air yang bila-bila masa sahaja akan jatuh menyentuh pipi aku.

Setelah pipi aku menyentuh permukaan meja, dan tanpa Mie sedari, setitis air mata jatuh menyentuh pipi aku dan akhirnya membelok jatuh ke atas permukaan meja.

Aku serabut.












Okay yela another update sebab aku bosan dan tengah cari idea untuk chapter 28 yang tengah separuh jalan
TT

Latte [ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ]Where stories live. Discover now