*BAB 10*

17.1K 404 6
                                    

                 بسم الله الر حمن الر حيم

Isyah kamu dah siap ke? Airi dah sampai dah tu.” Panggil umi.

“Jap2” jawabku sambil melilitkan selendang labuhku yang berwarna ungu. Wah boleh tahan cantik aku hari ni dengan menggayakan skirt labuh berwarna hitam dengan baju blouse ku yang berwarna putih bercorak Bunga rose warna hitam dan ungu. Ni umi lah punya pasal nak juga suruh aku pakai baju lawa2. Macam lah aku pergi dating ngan mamat poyo tu. Eh jap aku Cuma pergi tengok cincin je kan bukan dating ok.

Rasa bosan pulak aku sebab opah ngan atuk aku dah balik kampong awal pagi tadi sebab atuk aku risau sangat nak tinggalkan angsa2nya kat kampong tu. Kalau diorang tak balik awal tadi dapat jugak aku ajak opah aku pegi shopping. Korang jangan hairan opah aku tu memang kaki shopping. Dulu masa umur aku 8 tahun opah pernah ajak aku pergi shopping. Fuh punyalah banyak barang yang opah belikan untuk aku. kiranya opah aku ni modernlah sikit sebab opah aku ni pandai berWhatsapp dan Facebook.

“Wah cantiknya anak umi ni.” Puji umi sebaik membuka pintu.

“Biasalah tu umi orang nak kawin.” Kelihatan seorang perempuan yang amat ku kenal bediri di belakang umi sambil tersenyum.

“Kak Mia!!” aku terus memeluk kak Mia isteri abang long.

“Ya Allah akak bila sampai? Umi tak bagitau pun akak nak balik hari ni. Abang long mana?” soalku bertalu-talu.

“umi saja tknak kamu tau biar surprise sikit. Hah dah2 umi nk turun dulu. Kamu jangan lma sangat kesian Airii tunggu kat bawah tu” kata umi lalu beredar.

“abong long kamu ada kat bawah tu tengah borak2 dengan bakal hubby kamu tu. Yusuf dan Soleh pun suka dengan bakal  pak acik  diorang tu.” Sakat kak Misa sambil mengenyitkan matanya.

“Yusuf dan Soleh ade kat bawah ke kak Mia?” Tanya ku teruja. Rindunya aku dengan anak2 buah ku yang comel loteh. Si kembar tu kalau datang memang riuh satu rumah.

“ye anak buah kesayangan kamu mu ade kat bawah. Dah2 jom turun kesian pulak si Airi tu tunggu puteri dia tak turun2.” Gurau kak Mia.

“Ish akak ni ade2 jelah. Jom lah.”

“Mak acik!!” Yusuf dan Soleh terus mendapatkan aku sebaik sahaja mereka ternampak aku.

“Eyh ingatkan dah besar rupanya kecik je.” Sakat ku sambil mengusap kepala mereka.

“Eyh dah besar lah ni Mak acik. Umur ucupkan 6 taun kan coleh. ” jawab Yusuf dengan pelat. Meletus ketawa kami yang ada kat bilik tamu. Geram aku jadinya. Nak saja aku cubit2 pipi mereka yang tembam ni.

“Yelah tu.” Kata ku sambil tersenyum manis.

“Dah turun dah tuan puteri ni.”

“Abang long apsal tak bagitau nak balik ari ni?” kataku seakan merajuk sambil bersalam dengannya.

“Eh dah nak jadi bini orang pun masih merajuk.” Sakat abang long. Tak suka taw.

“Biasa lah tu Bang Long…nanti bila jadi istri orang dia Cuma merajuk kat laki dia je…” sakat kak Efah menambah perisa.

“Wah comelnye bakal istri kamu ni Aie” puji perempuan yang duduk sebelah Airi. Kakak dia ke? Boleh tahan ayu. Aku bersalam dengannya.

“Isyah lagi cantiklah kalau akak tengok yang real daripada dalam gambar. Akak Kak Syarinah. Isyah boleh panggil akak Kak Inah.” Ramah betul cara pertuturannya.

“Kak Inah pun cantik.” Pujiku ikhlas.

“Mmm Abah Umi kami jalan dulu ye.” Kata Airi sambil bersalam dengan mereka.

“Elok2 bawa kereta tu.” Pesan umi.

**

Sesampai sahaja kami di gedung membeli belah Kak Inah meminta diri untuk pergi ke toilet dan menyuruh aku dan Airi untuk untuk pergi tengok cincin dulu.

Aku hanya mengikuti Airi dari belakang. Tak selesa pula aku jalan berduaan dengan dia ni. Yelah sejak dulu lagi aku mana pernah keluar berdua-duan ngan lelaki.

“Airi saya ada benda nak cakap ni.” Kata ku setelah lama menyepi.

“Apa dia?” Airi berhenti dan menoleh kearah aku. Hampir saja aku terlanggar dia. Wah dia tengah senyum kat aku ke ni? Ep..ep.. Isyah mind yourself ok. Ko kan tak suka mamat ni.

“Emm nape aawak stuju nak kawin ngan saya?” Tanyaku memandang tepat pada Airi.

“habis tu awak nape awak tak bantah je cakap abah ngna umi awak supaya tak kawin ngan saya.” Amboi kita tanya dia, dia tanya kita pulak.

“Ish kan saya yang tanya dulu.”

“Ok2 kenapa saya stuju sebab anggap je yang kita ni memang jodoh.” Tenang je cara mamat ni cakap. Boleh pulak dia berlagak tenang.

“Awak takde perangcangan masa depan awak ke? Girlfriend awak tak marah ke? Awak tak menyesal ke?” sekali aku keluarkan soalan bombastic aku. Haha jawab.

“amboi banyaknye soalan awak. Ok first saye memang ada perangcangan masa depan saye. Second saye takde girlfriend. Third saye sendiri belum pasti adakah saye akan regret or not.”

“see awak sendiri pun tak pasti. Saya pun ada perancangan sendiri. Saye nak study abroad tp tk sngka pula ni yang jadi. Punah lah impian saye. Lagi pun saye belum ready nak jadi isteri orang. Awak kite kena pikirkan sesuatu tuk gagalkan perkahwinan ni.” Aku seakan2 merayu.

“I wish we could do that too saye sendiri pun tak nak kawin lagi but do we have a choice? Kite dah tkde pilihan lain sebab perkahwinan kite ni dah ada dalam wasiat atuk kite.” Jelas Airi.

“Ok apa kata kita kawin selama 3 bulan pastu kita cerai. Kita kawin just untuk memuaskan parents kita je.” aku cuba memberi cadangan.

“Maksud awak kawin kontrak? Isyah awak tau tak perkahwinan macam tu haram disisi ugama. Awak ni suka sangat baca novel.” Jawab Airi dengan wajahnya yang masih tenang. Aku malu sendiri betul juga cakap Airi tu takkan lah disebabkan aku tannak kawin dengan dia aku sanggup menepikan soal agama.

“Ok2 camni jelah kite kawin kita tetapi kite tak boleh kacau privacy masing2. Sya dengan urusan saye, awak dengan urusan awak. Ok?” aku cuba memberi cadanganku yang kedua.

“Mmm.. apakata camni jelah kita kawin dan cuba sesuaikan diri kita. Tapi kalau kita masih tk dapat sesuaikan diri kite kite bawa haluan masing2 and I promise saye takkan paksa awak selagi awak belum bersedia.” Cadang Airi.

Aku terdiam memikirkan cadangannya itu. Hmm…boleh ke kalau camtu.

“Tapi saya tetap tak nak awak kacau privacy saya.”

Airi hanya mengangkat bahu. Esh geram aku.

“Eh apsal kamu masih tercegat kat sini ni. Ingatkan dah beli cincin.” Tiba2 kak Inah datang menegur kami.

Kacau daun betullah kak Inah ni. Kitorang belum lagi habis mesyuarat. Hmm takpe2 trime jelah cadangan Airi tu.

Akhirnya kami masuk ke kedai cincin. Cantik2 juga aku tengok smua cincin2 yang ada kat kedai ni. Tak tau nak pilih mane. Lagipun aku dari dulu jarang nak berjinak jinak dengan barang kemas ni. Nasib ade kak Inah dapat juga tolong pilihkan. Akhirnya cincin yang mempunyai permata 3 itu menjadi pilihanku.

**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now