*Bab 35*

13.7K 294 0
                                    

              بسم الله الر حمن الر حيم

“SAYANG jalan elok-elok nanti jatuh…” kata Airi sambil memaut tangan dan pinggang Isyah. Mereka baru sahaja keluar dari klinik untuk buat pemeriksaan kandungan Isyah.
“Bie…kandungan Isyah ni baru je 2  minggu…tapi bie ni treat Isyah macam dah mengandung 9 bulan pulak…” Isyah ketawa manja melihat cara Airi melayannya. Tapi hatinya tetap bahagia kerana Airi begitu mengambil berat tentang dia dan anak yang bakal dilahirkan itu nanti.
“Sebab usia kandungan sayang tu masih mentah lah kita mesti berhati-hati sebab kandungan sayang tu belum cukup kuat.” Kata Airi.
“Yelah-yelah baiklah boss…” jawab Isyah bahagia.
“Macam tu lah…” Airi mengiringi Isyah untuk menyeberang ke sebelah tempat letak kereta. Tidak jauh dari tempat mereka ada perempuan yang menunggu di dalam sebuah kereta proton sedang memerhatikan mereka.
“Cis, tak guna! Kau memang degilkan perempuan. Korang boleh tangkap orang upahan aku tapi korang takkan dapat tangkap aku. Hari ini aku akan pastikan yang kau takkan dapat hidup dengan Airi lagi. Betina!!” Ketawa Marsya. Sedari tadi lagi dia memerhati dan mengekori Isyah dan Airi. Hatinya begitu sakit melihat kemesraan Airi dan Isyah. Dia melajukan kelajuan keretanya.
Airi yang mengiringi Isyah terkejut kerana mendapati kereta proton yang di pandu oleh Marsya laju bergerak menuju ke arah mereka. Dia berasa panic.
“Isyah lari!!” Airi menolak Isyah ketepi jalan untuk menyelamatkan Isyah. Kedengaran seperti bunyi tayar berhenti dengan kuat.
Dush
Kini badan Airi rebah ke bumi. Banyak darah keluar dari kepalanya.
Marsya terkejut dengan tindakannya sendiri. Dia berasa takut, gelisah, atas tindakannya. Disebabkan terlalu takut dengan rasa gelisah dia melarikan dirinya.
“Bie!!!!!” teriak Isyah. Dia begitu terkejut dengan apa yang telah terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas. Dia berlari untuk mendapatkan Airi.
“Bie bangun bie….” Isyah memangku kepala Airi di pehanya. Tangannya berlumuran dengan darah Airi.
“Ya Allah…kenapa bie buat macam tu…bie please jangan tinggalkan Isyah….I need you….” Rayu Isyah. Nafasnya laju. Orang ramai berpusu-pusu datang untuk sama-sama menyaksikan kemalangan itu. Ada yang cuba menenangkan Isyah. Ada yang hanya melihat dengan mata sendiri. Ada juga yang menelefon ambulan untuk sama-sama membantu. Isyah tiba-tiba berasa pening. Tiba-tiba kepalanya semakin berat. Dia merasakan dunia ini seperti berputar dan akhirnya dia juga turut jatuh rebah ke bumi.

**
BERAT sahaja rasa Isyah hendak membuka matanya. Kepalanya masih lagi terasa sakit.
“Isyah dah bangun sayang….” Isyah membuka matanya lalu melihat Ibunya sedang tersenyum padanya.
“Ummi…” kata Isyah perlahan.
“Ye sayang…ni ummi…Ya Allah Alhamdulillah anak aku dah sedar.” Ucap Hajah Salmah syukur. Dia membantu anaknya untuk bangun bersandar di katil.
“Isyah nak makan? nak minum?” Tanya Hajah Salmah.
“Ummi…Airi mana?” Tanya Isyah. Matanya berkaca. Hajah Salmah memandang anaknya dengan wajahnya yang sayu.
“Airi belum sedar sayang…kita banyakkan berdoa ye sayang semoga Airi cepat sedar…Insya Allah.” Pujuk Hajah Salmah. Risau betul dia akan anak dan menantunya.
“Isyah nak tengok Airi.”
“Eh Isyahkan belum sihat Isyah rehat dulu ye sayang…nanti ummi bawa Isyah pergi jenguk Airi.” pujuk Hajah Salmah.
“Tapi…”
“Isyah makan dulu baru ada tenaga. Nanti dapat jenguk Airi.” pujuknya lagi. Sayu betul hatinya melihat anaknya yang pucat lesu itu. Isyah hanya mengangguk.
“Ummi….” Panggil Isyah lagi.
“Ye sayang…” jawab Hajah Salmah.
“Baby Isyah macam mana?”
“Alhamdulillah baby Isyah selamat. Allah dah selamatkan dia. Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang. Dia tahu Isyah sayangkan baby Isyah sebab tu Dia melindungi baby Isyah.” Jawab Hajah Salmah sambil menayangkan senyumannya.
“Alhamdulillah…Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim…Alhamdulillah sesungguhnya Engkau Maha Pelindung.” Ucap Isyah syukur kepada Allah.
“Isyah makan bubur yang ummi masak ni ye…” kata Hajah Salmah sambil menyuakan bubur ke mulut anaknya.

**
SEJAK balik ke rumah Marsya langsung tak keluar bilik. Entah berapa lama agaknya dia berperap dalam biliknya.
“Aku tak bunuh dia…aku tak bunuh dia aku tak bunuh dia….” Marsya berjalan mundar mandir dalam bilik tidurnya. Hatinya tidak tenteram kerana menyangkakan Airi mati akibat dilanggarnya.
‘Memang kau yang bunuh dia. Puas hati kau sekarang?!’ tiba-tiba dia seakan mendengar suara bisikan dari kepalanya.
“Tak aku tak bunuh dia!” teriak Marsya.
‘Memang kau bunuh dia! Kau pembunuh! Pembunuh pembunuh pembunuh! Hahahaha!’ bisikan itu seakan mengejeknya.
“Aku bukan pembunuh!!! Arghhhh!” Marsya seakan hilang waras. Dia membaling semua barang yang ada biliknya.
“Ya Allah Marsya! Apa yang kamu buat ni?!” Datin Marizah yang baru sahaja masuk bilik Marsya terkejut melihat keadaan satu-satunya anaknya itu. Dia terus meluru ke anaknya lalu mendakapnya.
“Maa Marsya tak salah maa…Marsya bukan pembunuh….” Tangis Marsya.
“Apa maksud Marsya ni?” soal Datin Marizah kehairanan.
“Marsya tak salah maaa…” hanya itu sahaja yang Marsya mampu katakan ketika itu. Keadaannya sama seperti orang meroyan.
“Ye sayang…Marsya tak salah…” pujuk Datin Marizah. Hiba rasa hatinya melihat keadaannya anaknya itu. Linda yang sedari tadi berdiri sebelah Datin Marizah hanya menyaksikan drama antara dua beranak itu.

**
Marsya kini tidur di atas katilnya setelah disuntik dengan ubat oleh doktor peribadi keluarganya.
“Saya balik dulu…” kata doktor lelaki itu. Datin Marizah hanya mengangguk. Kemudian dia mempelawa Linda untuk minum petang bersamanya.
“Linda…boleh tolong auntie tak?” kata datin Marizah layu. Wajahnya cukup mengharapkan.
“Tolong bagitau auntie semua pasal Marsya masa dia kat Australia dulu…Ada tak perkara yang auntie tak tau? Kenapa tiba-tiba Marsya berubah?” soal Datin Marizah. Linda diam seketika. Dia berasa serba salah sama ada hendak memberitahu perkara sebenar atau tidak kepada Datin Marizah. Dia memandang wajah Datin Marizah yang menanti jawapan darinya. Dia berasa simpati dengan wanita itu apa lagi setelah melihat keadaan sahabatnya itu tadi.
“Auntie…sebenarnya semasa Marsya kat Australia dulu dia pernah suka dengan seorang lelaki ni namanya Airi. Pada masa tu Marsya belum lagi berubah dia masih yang auntie kenal pakai tudung dan berpakaian sopan. Tapi tak lama selepas tu ada seorang lelaki Inggris yang wajahnya hampir mirip dengan Airi berkenalan dengan Marsya. Nama dia Jonath. Pada mulanya Marsya malu hendak bertegur sapa dengan Jonath tapi Jonath memang sukakan Marsya tidak pernah putus asa dan akhirnya Marsya setuju untuk menjadi kekasih Jonath. Marsya memang sangat bahagia ketika itu. Saya pun tumpang bahagia. Marsya pun tak hiraukan pasal Airi. Tapi jalan yang mereka pilih itu salah. Memang pada awalnya Jonath faham akan keadaan Marsya sebagai seorang muslim tapi lama-kelamaan dia mula rasa bosan. Marsya pula terlalu sayangkan Jonath dan sanggup buat apa saja. Dan dari saat itulah Marsya dah mula berubah. Dia dah tak pakai tudung. Nak solat pun jarang. Dia selalu keluar malam dengan Jonath. Kadang dia ponteng kelas semata-mata hendak bersama Jonath. Saya selaku rakan sebiliknya merangkap sahabat baik Marsya selalu menasihati Marsya namun apa yang saya dapat hanya tengkingan dari dia. Marsya dah betul-betul berubah. Sifatnya yang dulu lemah lembut dan pemalu bertukar hanya demi seorang lelaki. Dan…mereka juga pernah…” Linda terhenti seketika. Berat rasa mulutnya untuk mengatakan.
“Pernah apa?” Tanya Datin Marizah tidak sabar. Air matanya dari tadi mengalir mendengar kisah anaknya semasa luar pemantauannya.
“Dia dengan Jonath juga pernah terlanjur.” Sambung Linda.
“Astaghfirullah’azim….” Datin Marizah begitu kecewa dengan anaknya. Dia tidak menyangka anaknya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Jonath janji yang dia akan bertanggungjawab. Dia akan mengahwini Marsya. Tapi sayangnya keluarga Jonath tidak setuju hubungan mereka kerana Marsya seorang muslim. Keluarga Jonath ialah catholic sebab itu hubungan mereka putus. Keesokan harinya Marsya ternampak Jonath bersama dengan perempuan lain sedang berpelukan. Hatinya sangat kecewa. Sebab itu dia mengadu kat saya. Saya menasihati Marsya agar melupakan Jonath. Dia memang lelaki yang tak guna. Dia hanya hendak mempergunakan Marsya sebagai tempat melempiaskan nafsunya. Saya pernah menemani Marsya buat pemeriksaan sama ada Marsya mengandung atau tak. Syukur nasib baik Marsya tak mengandung. Selepas putus dengan Jonath makan minum Marsya tak teratur. Kadang dia tidak berselera nak makan. Saya selalu pujuk dia. Keadaan Marsya begitu hinggalah pada suatu hari dia ternampak foto semasa majlis hari jadi kawan kami di dalam foto tu terdapat gambar Airi. Dia Tanya saya masa tu Airi kat mana. Jadi saya jawab yang Airi dah balik ke tanah air dia. Saya Nampak wajah Marsya berseri-seri ketika itu. Saya faham apa maksud dia. Saya nasihatkan dia yang Airi tu bukan Jonath. Tapi Marsya tetap bertekad walau apa pun yang terjadi dia tak nak kehilangan Jonath lagi. Walaupun orang itu bukan Jonath tapi asalkan bayangan wajah Jonath tetap ada dengan orang itu.” Panjang lebar cerita Linda kepada datin Marizah.
“Auntie tak sangka Marsya sanggup buat macam tu.” Nampak sungguh riak wajah datin Marizah sangat kecewa.
“Mungkin ini semua salah Auntie disebabkan auntie dan uncle selalu sibuk jadi kami jarang nak berhubung dengan Marsya. Mungkin Marsya sangat sunyi di sana.” Kata datin Marizah menahan sebak. Linda hanya mendiamkan diri. Dia sangat simpati kepada Datin Marizah.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now