*Bab 32*

12.4K 313 8
                                    

                   بسم الله الر حمن الر حيم

“Sayang betul ke sayang tak nak ikut dinner kat Dato’ Razali ni?” Tanya Airi sambil mengusap lembut kepala Isyah.

“Ha’ah sorry ye bie. Isyah rasa tak sedap badan lah. Bie pergi je lah nanti kalau bie tak jalan apa pulak kata Dato’ Razali.”

“Bie risaulah nak tinggalkan sayang sorang-sorang.” Jelas terpancar riak kerisauan pada wajah Airi.

“Bie janganlah risau kalau ada apa-apa nanti Isyah call bie ok?”

“OK kalau macam tu esok bie temankan Isyah pergi klinik eh? Bie nak jalan dulu. Sayang jangan lupa makan ubat ni tau.”

“Baik boss!” Isyah sempat bergurau. Airi menggeleng-geleng kepala tercuit dengan gurauan Isyah. Lalu diciumnya dahi Isyah.

“Bie pergi dulu Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”

**

Sesampai sahaja Airi dirumah Dato’Razali kedatangannya disambut oleh Dato’ Razali dan keluarganya.

“Assalamu’alaikum Dato’…” sapa Airi.

“Wa’alaikumussalam. Isteri kamu tak ikut sekali ke?” soal Dato’ Razali.

“Tak dia tak berapa sihat.”

“Oh masuklah…” pelawa isterinya pula, Datin Marizah.

“Eh Airi?! Apa awak buat kat sini?” Tanpa diduga Airi terserempak dengan Marsya sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah Dato’ Razali. Airi mula rasa kurang selesa selepas sahaja terserempak dengan Marsya takut perempuan itu akan melakukan perkara yang diluar jangkaan.Airi hanya mendiamkan diri tak terkata.

“Eh kamu dah saling kenal ke?” Tanya Dato’ Razali kepada anak tunggalnya itu.

“Mestilah papa ni laki-laki yang Marsya suka dari dulu tu papa.” Cerita anaknya itu. Airi terkejut dengan pernyataan Marsya. Perempuan itu memang gila! Tak tahu kah dia bahawa Airi sudah beristeri. Airi memandang Dato’ Razali. Dato Razali faham akan maksud pandangan Airi sebab dia juga tahu bahawa Airi sudah beristeri. Tapi dia juga tahu bahawa anaknya ini pantang kalau segala yang dihajatinya itu tak tercapai. Dato’Razali sendiri pun hairan dengan sikap anak dara tunggal itu. Dia berubah semenjak balik dari Australia.

“Aaah jom kita makan.” Pelawa Dato’ Razali.

“Jom Airi…” baru sahaja hendak memaut tangan Airi, Airi lekas-lekas berjalan agar Marsya tidak dapat memegang tangannya.

“Makanlah Airi. Tak tahu lah pulak kalau makanan ni tak sesedap yang isteri kamu buat. Saya dah rasa kuih yang isteri kamu beri hari tu. Memang sedap.” Puji Datin Marizah ikhlas.

“Eleeh…bukannya sedap sangat pun. Setakat kek coklet Marsya boleh buat lagi sedap.” Kata Marsya dengan lagak menyampah apabila disebut soal isteri Airi.

“Marsya, behave yourself! Tak baik cakap camtu depan tetamu kita.” Marah Dato’ Razali.

“Airi I’m sorry about my daughter.” Kata Dato’ Razali meminta maaf.

“It’s ok Dato’…biasalah tu mana ada anak yang nak ibu bapa dia puji masakan orang lain.” Kata Airi untuk menghilangkan rasa bersalah Dato’ Razali dan Datin Marizah.

“I tau you masih sayangkan I sebab tu you sanggup bela I depan my parent.” Kata Marsya dengan gediknya. Dia memaut Tanya Airi. Airi terkejut dengan tindakan Marsya. Dia tak sangka perempuan itu berani memeluk suami orang depan orang tuanya.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now