*BAB 4*

18.2K 471 2
                                    

                 بسم الله الر حمن الر حيم

3 hari lepas
-Airport

“Airi nak terus balik ke nak singgah mana-mana dulu?” Tanya Pak Razak pemandu Airi. Pak Razak merupakan ayah kedua bagi Airi kerana dia adalah suami kepada Mak Tom.

“Mmm Airi nak singgah kedai dulu lah nak beli barang jap ni mama ada sms Airi tadi” usul Airi.

“Haa... elok jugak tu”

Keadaan gedung membeli belah ketika itu sangat sesak. Airi memandang jamnya hampir menunjukkan pukul 6 petang. Nampaknya dia perlu cepat takut nanti risau pula mama dia sebab lambat pulang. Dalam tergesa-gesa tiba-tiba kaki Airi tersadung hingga dia terjatuh keatas badan seorang perempuan.

“Aduh…” perempuan itu mengaduh kesakitan sebab dihimpit oleh badan Airi yang sasa.

Mereka kaku seketika saat pandangan mereka bertemu.
Cantiknya mata diadesis hati Airi.

‘Astghfirullahalazim.’ Airi cepat-cepat beristighfar dan terus bangun apabila dia kembali sedar di alam nyata.

“Cik Sorry…saye tak senghaja saya tadi tergesa.” Airi rasa sangat bersalah.

“Ya Allah kek Abah!!” sebaik mengutip kotak kek yang dah kemek kerana terhimpit oleh badan Airi perempuan itu terus bangkit dan memandang Airi dengan wajah yang tenang.

Terpegun Airi seketika.

“Ssaya betul-betul minta maaf cik. Saya tak senghaja tadi…” belum habis Airi menghabiskan kata-katanya perempuan itu terus memotong.

“Awak sakit eh?” soal perempuan yang bertudung labuh itu.

“Hah?” Airi keheranan.

“Sebab saya rasakan awak perlu buat check-up kat clinic lah mata awak mungkin ada masalah.”

“Cik saya betul-betul minta maaf ssaya…”

“Awak tau tak kek ni dah lah mahal…hari ni hari jadi Abah saya tau…awak awak boleh pulak rosakkan. Ingat saya kaya sangat ke nak beli semula kek ni.” Perempuan itu berubah nada tinggi sedikit.

“Macam ni jelah saya akan ganti balik kek cik tu. Saya akan bayar berapa harga kek tu ok?” Airi cuba memujuk.

“Tak apalah Encik terima kasih jelah. Lagi satu nah ambik tisu ni lap baju awak yang kotor tu. Saya minta maaf baju awak kotor sebab kek saya ni. Assalamu'alaikum.” Perempuan itu terus berlalu ssesudah menyerahkan sehelai tisu kepda Airi.

Airi tercengang.

Pelik jugak minah temper ni. Dalam marah pun boleh buat baik.’ Desis hati Airi.

**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now