*Bab 33*

13K 332 0
                                    

                  بسم الله الر حمن الر حيم

Hari ini Airi tidak dapat menemani Isyah ke hospital sebab ada urgent meeting tadi. Sementara menunggu keputusan dari doktor tiba-tiba henpon Isyah berbunyi.
“Hello….ni Isyahkan?” sapa suara dalam henpon itu. Kedengarannya seperti suara perempuan.
“Ye saya. Ada apa?” soal Isyah.
“Boleh kita jumpa?”
“Cik ni siapa?” soal Isyah lagi.
“I Marsya…don’t worry you akan ingat I sebaik sahaja kita jumpa. So boleh kita jumpa? ” soal perempuan itu.
“Kenapa?” soal Isyah. Isyah memang cukup berhati-hati bila menerima panggilan dari orang yang tak dikenalinya. Tambahan lagi pelbagaii jenayah sudah terjadi pada zaman kini.
“Ini soal antara hidup dan mati Airi dan you. So kalau boleh I nak jumpa you sekarang juga. Jumpa I kat restoren Sari Wangi. ” Perempuan itu terus mematikan talian.
“Hah?! Apsal dengan Aie?” bisik Isyah sendiri. Hatinya berasa tak tenteram. Akhirnya dia datang berjumpa dengan Marsya. Setibanya Isyah disana, dia ternampak perempuan yang tempoh hari yang melanggarnya. Dia sedang melambai kearah Isyah.
“Awak Marsya kan?” Tanya Isyah.
“Yup silakan duduk.” Jawab Marsya dengan lagak sombongnya.
“Ada apa nak jumpa dengan saya?”
“I nak bagitau you pasal Airi. I rasa you tak patut percayakan dia 100%.”
“Apa maksud awak?” Isyah tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Marsya.
“You rasa apa yang dia lakukan masa dia outstation hari tu?”
“Maksud awak?” Entah kenapa tiba-tiba sahaja jantung Isyah berdegup kencang.
“Maksud I Airi tu tak pernah setia kat you. I tau you kawin paksa je kan dengan dia sebab wasiat atuk korang. Hey! Impossible lah kalauu Airi tu nak cinta mati kat you. Kalau you nak tau masa dia outstation hari tu dia sudah…merosakkan masa depan secretary dia sendiri.”
“Apa yang awak cakap ni?” Isyah semakin bingung dengan apa yang dikatakan oleh Marsya..
“Airi dah perkosa setiausaha dia sendiri awak tau tak! Tu pun you masih nak setia dengan dia? Wake up girl! Lagi satu I nak Tanya you, kalau you you nak tak lahirkan anak tanpa bapa. Takkan! So kalau you rasa you tu berperikemanusian you lepas kan je lah Airi. Ni gambar-gambar Airi dan setiausaha dia ada dalam ni. Kalau you masih tak percaya tengok lah sendiri.” Marsya meletakkan sampul berwarna coklat itu diatas meja. Terketar-ketar tangan Isyah hendak membuka dan melihat isi dalamnya. Tapi dikuatkan juga hatinya. Dalam hatinya mengharap bahawa segala apa yang dikatakan Marsya itu tidak benar. Tetapi semua harapannya musnah sebaik sahaja dia mengeluarkan kepingan gambar itu. Alangkah terkejutnya Isyah sebaik melihat kepingan-kepingan gambar dalam sampul coklat itu. Gambar itu memang menunjukkan Airi walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana gambar itu diambil dari belakang tapi Isyah cukup mengenali baju berwarna biru itu. Ia merupakan pemberian Isyah kepada Airi dulu.
“Gambar ni I dapat dari cctv kat hotel tu. Sekarang baru you percaya? So I nasihatkan you tinggalkan Airi. You minta cerai kat dia.” Hati Isyah begitu pedih macam dihiris sembilu apabila melihat gambar-gambar itu ditambah lagi dengan kata-kata Marsya. Tetapi Isyah tetap kuatkan hatinya agar tidak menangis dan agar tetap percaya terhadap Airi. Dia memandang tepat kearah Marsya.
“Baik juga hati awak kan siap tolong jadi spy untuk aku walaupun aku tak suruh kau. Sanggup pula kau ambik gambar ni dari hotel tu. Tak bazir duit awak ke?” sinis sahaja kata-kata Isyahh itu kepada Marsya.
“Listen me well lady…if you think you nak hancurkan rumah tangga I dengan gambar-gambar ni, you silap. Awak jangan fikir saya nak minta cerai kat suami saya. Awak dah takde kerja lain ke ambik-ambik gambar orang, nak busy body pasal orang. Lagi satu tak payah lah nak ambik-ambik gambar ni… tu semua kuno tau nak hancurkan rumah tangga orang hanya dengan pakai gambar konon. Tak kesah lah apa yang awak cakap tapi saya percayakan suami saya. Lagipun mana awak tau ni gambar Airi…entah-entah baju je sama. Kenapa awak sanggup macam ni ah? Awak masih puas hati dengan tea ice awak tu ke? Macam ni lah apa-apa pun saya ucapkan terima kasih sangat dengan awak sebab mengambil berat tentang saya hingga sanggup nak ambik gambar bagai. Terima kasih sangat-sangat ok. Assalamu’alaikum.” Isyah terus berlalu pergi meninggalkan Marsya yang terkesima dengan apa yang dikatakan oleh Isyah. Isyah tanpa menoleh kebelakang terus sahaja berjalan dan menaiki teksi untuk terus pulang. Hatinya hendak menangis semahu-mahunya. Walaupun dia ingin tetap percayakan Airi. Tapi apabila mengingati semula gambar yang dilihatnya itu tadi hatinya bagai dirobek-robek. Memang dia berani cakap yang dia takkan percaya apa yang dikatakan oleh Marsya namun hakikatnya, dia seorang perempuan yang berjiwa lembut. Hatinya bagaikan kaca yang mudah retak, yang mudah kecewa. Tipulah kalau hatinya tidak sakit. Isteri mana yang tidak sakit hati jika suaminya membuat perbuatan terkutuk itu.
**
Malam tu Airi dapat melihat perubahan sikap Isyah yang ceria bertukar menjadi suram. Di dapat menghidu macam ada yang tidak kena dengan isterinya itu. Seperti isterinya mengalami masalah besar.
“Sayang….sayang ok ke ni? Dah makan ubat? Tadi doctor kata apa?” Airi melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Isyah. Tapi isterinya itu langsung tidak menjawab pertanyaannya. Dia tahu isterinya langsung tidak ada tumpuan pada cerita yang di tayangkan dalam kaca televisyen itu. Airi semakin dapat rasakan yang Isyah memang ada masalah sekarang. Bak kata Harith Iskandar ‘When women says nothing its mean everything is wrong.’
“Sayang…sayang sakit lagi ke?” soal Airi lembut.
‘Ya Allah kenapa pedihnya hati ini Ya Allah. Aku seperti tidak percaya suamiku sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Sakitnya hati ini Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk berbicara dengan suami ku agar kami dapat menyelesaikan masalah ini.’ Doa Isyah dalam hati. Rasanya dia hendak menangis semahu-mahunya ketika itu tapi ditahan air matanya ketika itu agar Airi tidak mengesyaki apa-apa. Isyah tahu kalau dia berdiam diri juga ia langsung tidak memberi apa-apa faedah. Isyah memandang tepat keanak mata Airi. Dia mencari kekuatan untuk berbicara dengan Airi.
“Bie…” Isyah memandang sayu pada Airi.
“Ye sayang? Sayang is there anything wrong? Tell me…” pujuk Airi.
“Bie…kalau bie nak kawin lain…Isyah rela…Isyah setuju…” berat rasanya Isyah mengeluarkan ayat itu.
“Apa maksud Isyah ni? Kenapa Isyah tetiba cakap camni?” Airi pelik dengan sikap Isyah.
“Kejap…” Isyah beredar kebilik untuk mengambil sampul yang berwarna coklat lalu dihulurkan kepada Airi.
“Apa ni?” soal Airi kehairanan. Dia membuka dan mengeluarkan kepingan-kepingan gambar yang ada dalam sampul warna coklat itu. Bulat mata Airi memandang gambar-gambar yang ada ditangannya kini. Kali ini Isyah tidak dapat menahan air matanya. Sebak rasa dadanya ketika ini. Akhirnya air mata yang lama ditakung itu jatuh juga mengalir dipipinya.
“Sayang I can explain this.” Ucap Airi sambil memegang kedua tangan Isyah. Pucat mukanya ketika ini.
“Isyah nak bie bertanggungjawab atas apa yang bie dah buat. Isyah rela kalau bie kawin dengan Liya… asalkan bie tak ceraikan Isyah.” Ucap Isyah dalam tangisnya. Hatinya begitu pedih, sakit, kecewa semua bercampur baur.
“Sayang listen to me. Biar bie explain. Gambar ni tak betul. Bie tak salah. Sayang you believe me right? Kan sayang? Bie takkan sanggup buat benda terkutuk tu sayang please percayalah apa yang bie cakap ni.” Ucap Airi. Dia mengusap air mata Isyah.
“Isyah memang nak percayakan bie tapi tak tahu kenapa hati Isyah ni pedih bie. Sakit…Isyah rasa sakit bie…Isyah…” Isyah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia hanya mampu menangis ketika itu. Airi tidak sanggup melihat Isyah menangis dia memeluk Isyah seerat-eratnya.
“Liya can explain everything” Airi baru teringat setiausahanya itu. Dia mengambil henponnya lalu mendail nombor Liya. Tapi sayang Liya langsung tidak menjawab. Airi tetap tidak berputus asa.
“Bie sudahlah…tak perlulah ganggu Liya…lagipun dah malam ni” ujar Isyah perlahan.
“Sayang please believe me…hanya Liya boleh terangkan segalanya.” Pujuk Airi.
“Is this the reason why bie balik awal hari tu?” soal Isyah. Airi memegang kedua bahu Isyah.
“Sayang memang bie balik awal hari tu sebab ni. Tapi bie tak bersalah.” Airi seakan merayu pada isterinya itu.
“Bie sudahlah kita lupakan je…esok bie nak keje…nanti susah pulak bie bangun. Lagipun Isyah dah penat.” Kata Isyah lalu beredar masuk ke dalam bilik. Apabila Airi masuk ke dalam bilik, dilihatnya Isyah sudah tidur. Airi baring disisi Isyah. Dia mendakap Isyah dari belakang.
“Bie minta maaf. Takde niat bie nak sakitkan hati sayang mahupun membuat sayang menangis. Tapi believe me. Bie tak salah.” Ujar Airi sayu. Isyah rasa sayu ketika itu. Dia sebenarnya belum tidur. Mana mungkin dia dapat melelapkan mata setelah apa yang terjadi.
‘Ya Allah aku pasrah kepadaMu, Kau berikanlah aku petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini. Aku mohon padaMu Ya Allah Engkaulah yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kami dan Engkaulah Yang Maha Bijaksana.’ Doa Isyah dalam hati.
**
Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Airi memisat-misat matanya apabila mendengar bunyi jam lonceng. Yang mengejutkan lagi Airi mendapati bahawa Isyah sudah tidak ada dalam dakapannya. Dia lekas bangkit untuk mencari Isyah. Tiba-tiba dia ternampak sekeping kertas diatas meja bersebelahan katilnya. Airi yakin Isyah mungkin pergi dari rumah. Dia membaca nota yang ditinggalkan Isyah.
Bie…
Maafkan Isyah kalau Isyah buat keputusan ni…tapi Isyah perlukan ruang untuk memikirkan masalah ni. Masalah ini terlalu mengejutkan Isyah. Isyah mohon tolong izinkan Isyah pergi untuk memikirkan tentang masalah yang telah terjadi ini. Ampunkan dosa Isyah…halalkan makan minum Isyah.
Isyah tetap sayang bie…

Air mata Airi mengalir sebaik habis membaca surat dari Isyah. Kenapa harus terjadi seperti ini. Kenapa dikala kasih dan sayangnya hanya untuk Isyah, Isyah pergi meninggalkannya. Airi bangkit dan mencari Isyah. Tiba-tiba Airi mendengar suara sayup-sayup datang daripada ruang tamu atas.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim sesungguhNya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa suamiku. Dan Engkau ampunilah dosa-dosa kedua orang tua ku.Ya Allah Ya Rabb jika ini ujian yang Engkau berikan kepada aku dan suami ku, aku redha Ya Allah. Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi setiap kesulitan yang Engkau berikan. Ya Allah tabahkanlah hati kami di dalam menjalani pelbagai dugaan dan rintangan ini Ya Rabb. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim bimbinglah kami kejalan yang diredhai oleh Mu Ya Rahman. Sesungguhnya hanya dengan petunjukMu lah kami dapat menjadi orang-orang yang sentiasa berada di jalan yang benar.” Sebak sahaja rasa hati Airi mendengar doa yang di baca oleh Isyah dengan nada sayu itu.
“Amin Ya Rabbal ‘alamin.” Sebaik sahaja Isyah habis membaca doa dan melipat kain telekungnya dia terkejut kerana Airi tercegat dibelakangnya.
‘Aikk sejak bila pula Aie ada kat belakang aku ni. Awal pulak dia bangun ingat lepas solat ni aku nak cau.’ Bisik hati Isyah.
“Sayang…” Airi mendakap Isyah. Terkesima Isyah dibuatnya.
“Bie…bie dah solat ke? Kalau belum bie pergi solat dulu. Habis solat bie jangan lupa sarapan. Isyah dah siapkan sandwich kegemaran bie kat atas meja.” Ujar Isyah. Airi meleraikan pelukannya.
“Sayang bie minta maaf sebab buat hati sayang terluka tapi percayalah bie tak salah.” Airi merayu pada isteri tercintanya.
“Bie tolong izinkan Isyah pergi untuk sementara ini. Tolong berikan Isyah ruang. Isyah perlukan ruang untuk memikirkan masalah ni. Semua ini begitu mengejutkan Isyah. Isyah minta ampun minta maaf pada bie tolong halalkan makan minum Isyah. Assalamu’alaikum.” Isyah mengambil begnya lalu keluar dengan hati yang hiba. Airi tidak tahu nak buat apa. Semuanya berlaku terlalu pantas baginya. Apa yang dia mampu sekarang hanya menangis.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now