*BAB 8*

15.5K 417 0
                                    

               بسم الله الر حمن الر حيم

Dari semalam Airi tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik memikirkan tentang perbincangan mereka semalam. Akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke Gym untuk melepaskan tension.
“Bro, stress nampak. Ada masalah ke?” Tanya Arsyad sahabat Airi sejak kecil lagi. Airi mengambil botol airnya dan meneguk hingga tinggal separuh.
“Takdelah, aku ok je.” jawab Airi.
“Aku tengok muka kau ni sebijik macam ‘The Hulk’ betul kau takde masalah?” Tanya Arsyad lagi.
“Betul lah kau jangan risaulah.” Airi menepuk bahu sahabatnya itu.
“Ok, tapi kalau kau ada masalah kau bagitau je kat aku. Insya Allah kalau aku dapat tolong aku tolong, kalau aku tak dapat tolong kita sama-sama cari jalan, Ok bro.” balas Arsyad.
“Thanks Syad.”
“Takde hal lah" Jawab Arsyad lalu meneguk air mineralnya.
“Syad aku nak tanya kau ni, kalau sekiranya kau tak pernah kenal Mirah then parent kau jodohkan kau dengan orang yang kau tak pernah kenal, kau nak kawin tak dengan dia?” Tanya Airi.
“Woo giler mak bapak aku nak jodohkan aku lagi habeh tu tunang aku si Mirah nak letak kat mana?” Hampir tersedak Arsyad mendengar pertanyaan Airi.
“Wei aku kata SEKIRANYA lah apa lah kau ni.”
“Oh sekiranya….hmm kalau aku…aku terima jelah. Yelah parent kita tu hidup lama dari kita. Diorang dulu yang makan garam daripada kita jadi diorang tau mana yang terbaik untuk kita.” Terang Arsyad. Airi mengangguk sambil memikirkan sesuatu.
“Yang kau Tanya ni kau nak kawin ke?” tembak Arsyad.
“Eh tak lah. Kau pulak Tanya aku kau tu bila nak kawin kesian si Mira tu tunggu lama-lama.” Dalih Airi.
“Aku sebenarnya nak kawin tapi macam mana buah hati pengarang aku tu jauh dari mata dekat dalam hati. Kalaulah dia balik hari ni sekarang juga aku melamar dia.” Gurau Arsyad.
“Apa boleh buat bro dah tunang kau tu kena hantar kerja kat luar negara sabar jelah.”kata Airi sambil menepuk bahu kawannya itu.

**

“Kamu tak kemana-mana ke malam ni Aie?” Tanya Datin Syarifah sebaik sahaja Airi menyertai mereka minum petang.
“Tak... kenapa maa?” soal Airi.
“Hah malam ni kita pergi dinner kat rumah Mak Jah kamu.” Ceria sahaja bunyi datin Syarifah.
“Mak Jah?” Airi keheranan.
“Hah tulah kamu lama sangat kat Australia sampai lupa Mak Jah dia. Ala kita pernah pernah datang kat rumah dia dulu sekali masa umur kamu 6 tahun sambut hari lahir Isyah yang ke 1 tahun. Bukan main comel lagi dia waktu tu.” Puji Datin Syarifah.
“Tengok mak kamu tu macam tak sabar jumpa bakal menantu.” Sakat Dato’ Haji Hisyam.
”Mestilah papa” sampuk Syarinah menyokong mamanya sambil mengenyitkan mata pada adik bongsunya Airi.
“Tapi nanti akak tak dapat lah tengok bakal adik ipar akak tu sebab akak temankan abang Arman dinner dengan client dia. Rugilah akak. Tapi Aie jangan tak datang pulak.” Sambung Syarinah.
“Insya Allah Aie tak dapat janji” jawab Airi setelah lama mendiamkan diri.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now