*Bab 31*

12.3K 332 5
                                    

  بسم الله الر حمن الر حيم

Majlis perpisahan

“Saya selaku wakil warga sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pembantu guru-guru sementara yang membantu kami walaupun Cuma sementara.” Habis sahaja ucapan daripada pengetua para hadirin yang terdiri daripada murid-murid dan kaki tangan sekolah yang ada pada hari itu dipersilakan menikmati jamuan.

“Nampaknya hari ni last day lah saya Nampak kamu semua.” Ucap Iqbal dengan nada sedih.

“Alaa takpe nanti kalau terserempak kat mana-mana kat kedai ke tandas awam ke tegur lah.” Gurau Sherlyn.

“Eh dia ni adakah tandas awam nak di masukkan jugak.” Tegur Raihanah.

“Nanti kalau terserempak jangan nak sombong-sombong.” Sambung Fina pula.

“Eh Diya mana?” Tanya Iqbal.

“Tu hah tengah melayan kuih…” kata Raihanah sambil melambai kepada Isyah.

“Eh hai sorry aku tengah makan kuih tadi.” Kata Isyah sebaik sampai ke tempat mereka.

“Bukan lagi tadi sekarang ni pon awak tengah makan kuih.” Perli Sherlyn.

“Diya bukan awak tak suka makan cheese cake ke?” soal Fina yang memang sudah masak dengan perangai Isyah yang dari dulu tidak suka makan keju.

“Entahlah aku rasa macam nak makan tadi bila aku Nampak cheese cake ni. Sedap pulak aku rasa. Eh korang tak makan ke?” jawab Isyah.

“Eh betul jugak. Jom lah aku pun nak makan ni. Rugi kalau tak makan hari ni kan last kita kat sini.” Ajak Raihanah.

“Eh awak tak join diorang ke Iqbal?” soal Isyah kepada guru muda itu.

“Nantilah…by the way congrates awak dapat keputusan yang cermelang.”

“Eh mana awak tau?”

“Tadi Fina ada bagitau kat saya.”

“Oh rupanya…eh saya tengok awak dengan Fina rapat je ada apa-apa eh?” usik Isyah.

“Eh takdelah…Apa-apa pun korang memang pelajar pintar. Semua dapat straight A’s. Kalau korang jadi murid saya, saya rasa berbangga sangat dengan korang semua.”

“Thanks…”                                                                                                   

“So awak nak sambung belajar keluar negerilah ni?” Tanya Iqbal.

“Entahlah saya kena minta izin dari suami saya dulu. Tapi saya juga ada mohon kat ITB .” Iqbal hanya mengangguk. Dia cukup kagum dengan Isyah kerana apa-apa perkara pun mesti mendahulukan suami.

Selesai sahaja acara Airi menjemput Isyah. Dia hari ini mengambil half day.

“Bie... Isyah rasa macam nak makan bubur tepung pulut lah bie.”

“Ok bie beli kat restoren Fazmee depan tu ye.”

“Tak Isyah nak bubur tepung pulut kat gerai Makcik Nab. Bubur tepung pulut dia sedap-sedap. Isyah suka makan dulu Fina pernah bawa Isyah kat tempat tu.” Kata Isyah dengan nada manja.

“Ok-ok bie beli kat sana Isyah tunjuk je tempatnya.” Kata Airi sambil mencuit pipi Isyah. Senyum lebar Isyah mendengarnya.

“Alaa macam tutup je gerai Makcik Nab ni. Sayang tunggu jap eh bie pergi Tanya pak cik tu kejap.” Ujar Airi lalu turun dari kereta.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now