*Bab 25*

13K 317 0
                                    

                بسم الله الر حمن الر حيم

Habis sahaja makan tengahari dengan Airi tadi aku minta izin untuk pergi ke rumah Ummi dengan abah. Nak duduk rumah bosan pula baik lepak kat rumah abah.

“Isyah ni abah nak Tanya kamu tak nak ambik lesen? Umur kamu dah cukup untuk ambik lesen. Abah bukan apa…abah kesian tengok kamu selalu datang sini ikut teksi. Laki kamu pulak kesian pulak dia sibuk.” Tanya abah sambil melipat surat khabar yang habis dibacanya.

“Sebenarnya Isyah nak ambik lesen tapi nantilah tunggu Isyah dah ready nak driving.” Aku yang tadinya menghadap kaca televisyen mengalihkan tumpuan kearah abah.

“Kalau kamu takut nak memandu kereta, kamu tunggang jelah motorsikal biar kalah mat rempit kat luar sana.” Gurau abah. Meletus juga tawaku.

“Woah kalau macam tu akak dah boleh jadi minah rempit lah tu…” Adib yang dari tadi asyik menonton cerita di kaca televisyen bersuara. Makin gamatlah suasan ruang tamu dengan bunyi tawa kami. Tak dapat aku bayangkan apa yang bakal orang lain cakap bila nampak perempuan tudung labuh tunggang motorsikal macam mat rempit. Fuh, memang sah jadi berita hangat dan sensasi!

“Amboi tiga beranak ni bukan main seronok borak tak ajak Ummi.” Ummi datang membawa dulang yang berisi cucur pisang dan air teh.

“Alolo umi tak payah lah merajuk.” Pujukku sambil menolong umi menuang air teh.

“Ha’ah kalau umi merajuk nanti tak comel pulak umi Adib ni.” Sakat Adib.

“Ummi kamu ni Adib, Isyah sebenarnya nak abah yang pujuk. Biasalah nak manja-manja.” Sakat Abah menambah perisa. Memang sah tambah rajuk umi.

“Ish abang ni suka tau sakat Salmah.” Ummi sudah buat muka rajuknya.

“Amboi takkan lah tua-tua nak merajuk.” sakat abah lagi.

“Abang ni…” Umi berpeluk tubuh. Aku dengan Adib hanya jadi penonton. Geli hati kami melihat telatah abah dengan ummi. Macam budak-budak pun ada jugak. :p

“Yelah…abang gurau jelah…alolo intan payung sayang janganlah merajuk.” Pujuk abah.

“Abang ni budak-budak tengoklah.”

“Ala tak kan malu dulu masa muda-muda kalau awak merajuk saya kan selalu pujuk awak.” Abah aku ni memang suka sangat sakat ummi. Riuh ruang tamu dengan suara ketawa kami.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now