*BAB 19*

14.1K 381 0
                                    

                بسم الله الر حمن الر حيم

Airi..Isyah jaga diri baik-baik.” Pesan papa.
“nanti kalau Airi buli Isyah, Isyah bagitau je kat mama biar mama pulas telinga dia tu.” Kata mama sambil selepas memelukku. Aku hanya membalasnya dengan ketawa.
“Takpe maa Inah kan ada, biar Inah je yang Tarik telinga Aie tu nanti.” Sampuk Kak Inah pulak.
“jangan risaulah maa.. takkanlah Aie nak buli isteri kesayangan Aie ni. Aie akan jaga Isyah macam menatang minyak yang penuh ok sayang.” Airi menarik aku kesisinya samba mencium ubun-ubun ku. Eyy Airi ni kalau nak belakon tu tak payahlah sampai romantic camni. Malunya kat mama, papa ngan kak Inah. Mereka hanya tersenyum penuh makna melihat tindakan Airi.
“Abang janganlah malu kat mama, papa ngan kak Inah.” Kata ku sambil cuba meleraikan pautan Airi.
“Biasalah tu Isyah nak ajak balik lah tu.” Gurau kak Inah.
“Akak ni… mestilah Airi buat camni untuk menambah kemesraan.” Jawab Airi. Aku hanya menayangkan senyumanku yang dibuat-buat. Oh Airi please kau memang senghaja buat jantungku melagukan irama dangdut.
Suasana di dalam kereta sunyi hanya kedengaran bunyi penghawa dingin. Awkwardnya Airi ni pun satu apsal tak pasang radio pulak. Kereta bukan main mewah takkanlah radio dia rosak. Baru sahaja tangan ku ingin menakan punat on and off radio tangan Airi jugak tegerak sama ingin menekan punat radio tu. Aku rasa macam terkena renjatan eletrik bila tangan kami tersentuh sebentar tadi. Kacau betul terbantut terus niatku ingin memasang radio.
“Erm awak suka lagu yang macam mana eyh?” soal Airi memecah kesunyian. Hah tau cakap pulak mamat ni ingatkan dah kelu lidah tu tak nak cakap dengan aku. yelah tadikan dia jumpa Gelfren gedik dia tu.
“Apa saja jenis lagu.” Mendengar jawapan ku Airi terus menekan punat on off radio keretanya.
“lagu camne eh?” Tanya Airi. Aik mamat ni buang tabiat ke apa tanya-tanya lagu favourite aku.
“love song maybe yang reggae..yang tenang..apa sahaja lagu yang penting sedap di dengar.” Jawabku jujur.
“oh..” hah?! ‘Oh’ je kau jawap?! Biar betik! Suasana kembali sunyi seketika Cuma lagu di radio berkumandang. Haih..ngantuk pulak aku. Dah lah lagu kat radio malam ni sayu sangat. Alahai DJ kenapalah engkau orang kasi lagu sayu malam-malam ni.
“Awak jom kita makan kat restoren saya laparlah. Awak nak makan kat mana.?” Tanya Airi tetiba. Hehe makan…cakap pasal makan confirm aku layan.
“hmm..kalau awak nak mintak pendapat saya, saya nak makan kat restoren yang ada makanan Melayu macam Nasi Ayam Paprik, ayam penyet…tu pun kalau awak nak.” Jawab ku dengan muka-excited. Aku macam dapat bayangkan ayam penyet…umm yumm yumm sedap tu.
“Ok kita makan kat restoren Sari Wangi. Kat sana ramai orang cakap makanan dia kat sana sedap-sedap terutamanya ayam penyet” Aikk biar betik dia ni. Sronoknya…
Sesampai sahaja mereka di restoren Sari Wangi Isyah memesan nasi ayam penyet yang dari tadi bermain di fikirannya sejak Airi bertanya tempat makan. Airi juga memesan makanan yang sama dengan Isyah.
“Awak memang suka makan ayam penyet ke?” Tanya Airi.
“Ha’ah. Sedap tau. Dulu masa saya masih darjah satu ummi pernah buat perniagaan nasi ayam penyet kat warung. Sedap…orang ramai pun suka laris juga ayam penyet ummi tapi masa saya darjah 3 ummi dah tak berniaga lagi sebab abah dah naik pangkat jadi kitorang terpaksa berpindah.” Cerita Isyah penuh bersemangat.
‘Ok Airi sekarang kau dah tau favourite food dia apa. Misi kau dah beres.’ Airi tersenyum senang di dalam hati sebab misi pertama dan keduanya sudah selesai. Tidak lama selepas itu makanan yang mereka pesan tadi pun tiba.
“Wah…sedapnya bau tak sabar rasanya.” Kata Isyah dengan mukanya yang sememangnya menunjukkan dia sedang craving kan ayam penyet. Habis sahaja Isyah membaca doa makan dengan Bismillah dia meratah ayam penyet yang ada depan matanya.
‘Fuyoo mesti bini aku ni tengah craving ayam penyet dia ni.’ geli hati Airi melihat telatah Isyah. Comel!
“Awak taknak makan ke?” Tanya Isyah apabila melihat Airi dari tadi tidak lepas pandang dari melihat dia.
“Ahh? Ye nak makanlah ni. sedap ke?”
“Seedapp…Nah.” jawap Isyah sambil meyuakan cebisan ayam ke dalam mulut Airi. Airi agak terkejut sedikit dengan tindakan spontan Isyah itu.
“Sedapkan….saya dah cakap memang sedap punya.” Isyah yang masih tidak menyedari tindakannya tadi tersenyum manis menambahkan lagi debar di hati Airi.
‘Fulamak sejak bila pulak bini aku ni romantic. Manisnya senyuman dia.’ Puji Airi di dalam hati.
“Umm sedap…” jawap Airi dengan senyuman tidak lekang di bibir sambil matanya leka melihat Isyah yang sibuk dengan ayam penyetnya.
‘Oh sweetnya bini aku main suap-suap dengan aku.’ Airi berasa seronok kerana inilah kali pertama perempuan selain kakaknya dan mamanya menyuapkan makanan kepadanya.
“Nah kalau nak lebih sedap kena campur dengan sambal ni.” Isyah menyuapkan Airi ayam yang sudah di celup dengan sambal. Dengan relanya Airi membuka mulut sambil matanya tidak lepas pandang Isyah. Hatinya berlagu riang kerana dia dan Isyah kini macam sepasang kekasih tengah berdating. Tiba-tiba wajah Airi yang putih bertukar kemerahan.
“Allah, pedasnya!!” Airi seakan tersedar dari angannya apabila merasakan lidahnya seperti terbakar dek kepedasan sambal ayam tadi. Dia mengipas-ngipas mulutnya.
“Ya Allah..Minum air ni.” Arah Isyah dengan reaksi wajahnya yang masih panic. Dengan rakusnya Airi menghabiskan air orange juice yang dihulurkan Isyah tadi.
“Awak sorry. Saya tak tahu awak tak biasa makan pedas.” Isyah rasa menyesal sebab bagi Airi makan sambal tadi.
“Takpe lah hal kecik je. Taklah bahaya mana pun.” Jawap Airi tersenyum dengan pedih yang masih terasa pada mulutnya.
“Tapi cuba tengok habis bengkak bibir awak warna merah.” Kata Isyah masih kesal dan tanpa disedarinya tangannya kini memegang bibir Airi.
Kini kedua detak jantung Airi dan Isyah memainkan irama dangdut.
‘Eh apa aku buat ni!? Argh malunya!!!’ Isyah mengalihkan tangannya dengan segera dan tertunduk malu. Dia berpura-pura menyambung makan ayam penyetnya padahal hati dan fikirannya kini tidak tertumpu lagi pada ayamnya itu.
“Err awak mmm saya bayar bill dulu ye.” Kata Airi sebelum menuju ke kaunter pembayaran. Isyah hanya mengangguk. Dia masih malu untuk menatap wajah Airi.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now