*Bab 37* (Last Chapter)

26.4K 596 51
                                    

                 بسم الله الر حمن الر حيم

--Assalamu'alaikum n hy to those 'Supporting peep' ygsdibgcommnt, supporting voters, tklupajugak those yg added cite HILU! kat reading list n also Readers...^^ (u know who u are) I got short note for u so bcesmpaihabis ye...hehe ^^ 
**
Suasana kawasan rumah Ejat penuh dengan sanak saudara yang jauh dan dekat. Airi dan Isyah baru sahaja sampai.
“Sayang jalan elok-elok…”pesan Airi tangannya memaut pinggan Isyah.  Isyah geli hati melihat gelagat Airi. sejak mengetahui Isyah dah berbadan dua, Airi semakin prihatin terhadap isterinya itu. Segala macam kerja dia tidak suruh buat. Nak masak tak boleh nak mop lantai tak boleh. Segalanya Airi akan buat. Dia terpaksa mengikut kehendak suaminya. Airi juga meminta cuti dari papanya hanya seminggu sekali sahaja dia ke pejabat.
“Bie ni tak payahlah risau sangat. Isyah boleh jaga dirilah. Lagipun malulah kan ramai orang ni.” Kata Isyah tertawa kecil.
“Alaaa pedulilah lagi pun mana ada diorang tengok kita…kan diorang busy nak tengok orang bertunang tu.” Kata Airi tersenyum mesra. Isyah hanya menggeleng kepala. Dibiarkan saja suaminya itu melayannya seperti puteri.
“Diyaa!!” panggil Fina. Airi dan Isyah tesentak seketika. Isyah mencari-cari kelibat yang memanggil namanya itu.
“Sinilah…” Kelihatan Fina, Sherlyn dan Raihana juga ada di majlis itu.
“Ya Allah korang rupanya…” Isyah bersalam dengan mereka.
“Bie pergilah masuk dalam dulu…Isyahkan ada diorang ni.” Kata Isyah.
“Betul ni?” soal Airi. Berat rasa hatinya meninggalkan Isyah. Isyah hanya mengangguk.
“Don’t worry lah Ri kitorang akan jadi power puff girl untuk isteri kau ni. Kitorang akan jaga dia.” Kata Fina berbaur gurauan. Melecetus juga ketawa mereka.
“Ok…I believe you.” Kata Airi tersenyum sebelum berlalu. Dia sempat menghadiahkan kucupan di dahi Isyah. Malu Isyah di buatnya.
“Uuuuu~ sweetlah korang…” usik Sherlyn.
“Mestilah…nak sweet-sweet tunggulah kau kawin.” Jawab Isyah sengaja membalas usikan Sherlyn.
“By the way macam mana korang boleh ada kat majlis ni? Korang ada related ke dengan family ni?” soal Isyah.
“Tak Ashraf yang jemput kitorang. Bukan Ashraf ada jemput kau jugak ke?” Tanya Raihanah.
“Eh Ashraf ada kaitan ke dengan majlis ni? Takde pulak dia jemput aku.” Isyah kehairanan.
“Dia kata abang dia tunang.” Kata Riahanah.
“Oh abang dia tunang rupanya.”
“Aku pikir kau datang ni sebab Ashraf jemput kau.” Kata Sherlyn pula.
“Tak aku ikut Airi…Ejat abang Ashraf yang jemput.” Terang Isyah.
“Oh…macam tu rupanya…mmm anyway sebelum aku lupa aku nak ucapkan congrates bakal ibu!!” ucap Raihanah.
“Thanks.”Isyah tersenyum.
“Dah berapa hari?” soal Sherlyn pula.
“Dah dekat dua minggu.” Jawab Isyah.
“Wah…Tak sangka pejam celik pejam celik dah dua minggu cepatnya masa berlalu. Kau dah pergi scan ke?” soal Fina
“Belum…terlalu awal lah…”
“Oh hehe…” Fina tersengih.
“Eh dah lah jom masuk dalam. Pasni aku nak ikut rombongan diorang menghantar ‘tanda’ kat sebelah perempuan. Korang ikut?” soal Raihanah.
“Aku tak tau lah tengoklah kalau laki aku tu jalan.” Jawab Isyah.

Isyah mencari-cari kelibat Airi. Ramai betul orang dalam rumah keluarga Ezat nasib baik rumah mereka besar.
“Diya?” tegur seorang lelaki yang memakai baju biru laut. Pemuda itu tersenyum.
“Eh Ashraf…Assalamu’alaikum lama tak jumpa.” Sapa Isyah.
“Wa’alaikumussalam…awak datang dengan suami awak ke?” soal Ashraf. Riak wajahnya tampak tenang. Isyah terkejut bercampur pelik. Dia hairan bagaimana Ashraf tahu yang dia sudah kawin. Ashraf seakan dapat membaca reaksi Isyah itu tersenyum.
“Saya tau dari Sherlyn. Hari tu saya masa saya bagi kad jemputan kat diorang saya sempat Tanya alamat awak sebab saya nak bagi awak kad. Bila Sherlyn bagitau awak dah kawin memang saya sangat terkejut ketika tu. Saya rasa sedikit kecewa sebab awak tak pernah bagitau pun yang awak dah kawin.” Kata Ashraf. Wajahnya sedikit kecewa.
“Sorry…” ucap Isyah hanya itu sahaja yang dia mampu katakan.
“It’s ok lah…apa-apa pun saya ucap tahniah. Saya akui saya suka kan awak. Tapi apa boleh buat dah bukan jodoh nak buat apa. Lagi pun awak memang bertuah dapat suami macam abang Airi tu. Saya dan abang saya memang rapat dengan dia sejak kecil. Dia tu orangnya baik dan sangat prihatin. Saya doakan semoga awak bahagia.” Ucap Ashraf sambil menayangkan senyumannya yang ikhlas.
“Terima kasih Ash…”kata Isyah dengan senyuman.
“Haa…sini rupanya sayang…” tiba-tiba Airi datang memaut pinggang Isyah.
“Eh Ash? Dah kenal-kenal ke dengan bini abang? Cantikkan bini abang ni” kata Airi berbaur gurauan.
“Hahaha mestilah cantik Diya ni kan kawan Ash…” kata Ash tertawa kecil.
“Eh korang dah kenal eh?”
“Ha’ah Ash ni satu sekolah dengan Isyah.” Jawab Isyah.
“Laa…tak bagitau bie pun…” kata Airi dengan mukanya yang dibuat-buat merajuk.
“Laa...dah bie tak Tanya…”kata sengahaja mahu menyakat Airi. Ashraf tertawa kecil melihat gelagat sepasang suami isteri itu. Walaupun kadang dia terasa kecewa kerana Isyah sudah dimiliki orang, namun dia turut tumpang gembira melihat Isyah bahagia. Bak kata orang ‘jika kita mencintai seseorang itu bukan beerti kita harus memilikinya, tapi mencintai seseorang itu maksudnya kita ingin orang yang kita cintai itu bahagia.’ Begitu juga halnya dengan Ashraf dia sanggup mengorbankan perasaannya demi melihat Isyah bahagia. Dia percaya perancangan Allah itu lebih baik dari yang di sangkakannya. Sungguh hanya Allah sahaja lah Yang Maha Mengetahui apa yang baik baginya. Mungkin sahaja Allah telah menyediakan yang lebih baik untuknya.
“Dah lah rombongan nak jalan ni…abang ikut lah…” ajak Ashraf.
“Ha’ah jom…” kata Airi.
**
Beberapatahunkemudian
Isyah tersenyum melihat kembali gambar-gambarnya dengan Airi semasa majlis sanding mereka. Sebelum Isyah berangkat keluar negeri untuk menyambung ijazahnya orang tua mereka mahu mengadakan majlis sanding yang ‘Grand’ untuk mereka. Sebab sebelum ini majlis akad nikah mereka hanyalah dari keluarga terdekat sahaja. Isyah telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pembelajarannya di Australia. Airi juga telah pun memberi keizinan kepada Isyah untuk menyambung pembelajarannya dengan syarat Airi juga akan ikut sekali. Sekarang Isyah secara rasminya telah pun menjadi P.A Airi.
“Haa…kat sini rupanya sayang.” Airi memeluk Isyah dari belakang. Dia mencium ubun-ubun Isyah lalu duduk disisinya.
“Hehe sorry Isyah tengah layan memori lama ni.” Kata Isyah trsengih.
“Amboih tak pernah jemu ye sayang tengok gambar kita ni.” Airi mencuit hidung Isyah.
“Mestilah mana boleh jemu sebab saat-saat bahagia tu terakam dalam gambar ni.” Jawab Isyah.
“Yelah pandainya honey bie ni menjawab. Dah jom kita turun. Semua orang dah ada kat bawah tu.” Ajak Airi. Airi memaut lengan isterinya yang tercinta itu. Bahagia betul rasa Isyah ketika ini.
Kelihatan ramai betul orang yang hadir majlis hari jadi anak pertama mereka hari ini. Hari ini merupakan hari jadi Nur Areena Kaisarah yang ke 5 tahun. Fina dan kawan yang lain sibuk melayan telatah Areena yang comel itu. Semua kawan-kawan Isyah ada hadir dalam majlis hai jadi anaknya itu kecuali Ashraf. Ashraf masih lagi berada diluar negeri. Dia telah menjadi usahawan muda.
“Areena sayang malam ni nak tidur rumah mamy Fina tak? Nanti mamy Fina ajak Areena shopping.” Kata Fina sambil mencuit hidung Areena.
“Ehh…tak-tak hari ni Areena tidur rumah mamy Sherlyn eh…” kata Sherlyn pula.
“Mana boleh nanti kalau Areena tidur rumah mamy Sherlyn sunyilah mamy Fina nanti.” Fina sengaja menunjukkan muka sedihnya. Areena hanya tersengih. Dia geli hati melihat telatah mak angkatnya itu.
“Haa…kalau mamy Fina sunyi…kawin lah cepat-cepat dengan daddy Iqbal. Janganlah tunang lama-lama.” Sakat Isyah dari belakang. Airi disisinya tergelak kecil. Dia memang cukup masak perangai isterinya yang suka menyakat. Fina dan Iqbal tersipu malu.
“Ayah….” Rengek Areena minta di dukung. Airi tersenyum melihat gelagat anaknya itu lalu didukungnya. Diciumnya ubun-ubun Areena.
“Insya Allah tak lama lagi korang makanlah nasi minyak kitorang.” Jawab Iqbal.
“Alhamdulillah…” sahut mereka yang lain. Seronok betul mereka.
“Haa dengar tu Fina…get ready ye…tak lama lagi orang nak hantar rombongan.” Sakat Isyah tak henti-henti. Tambah malu lah Fina.
“Minggu depan jangan lupa pulak datang majlis tunang aku.” Kata Sherlyn. Razif disebelah hanya mengangguk dan tersenyum mesra. Razif dan Sherlyn telah di jodohkan oleh orang tua mereka. Alhamdulillah mereka memang suka sama suka. Bak kata orang ada chemistry sehati dan sejiwa.
“Assalamu’alaikum Mak acik!” Yusuf dan Soleh berlari bersalam dengan Isyah dan mereka yang duduk disitu.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah… amboih makin hensom mak acik tengok kamu ni. Mak ngan abah mana?” Usik Isyah.
“Mestilah...mak abah terus jumpa oma ngan tok abah.” Jawab mereka serentak.
“Abang comel!!” kata Areena. Dia merengek minta diturunkan ayahnya kerana ingin bermain dengan Yusuf dan Soleh.
“Abang comel?!” mereka yang lain kehairanan.
“Hmm…diorang ni nak sangat Areena ni panggil diorang ‘Abang Comel’” terang Airi. Yusuf dan Soleh hanya tersengih dan membawa Areena bermain bersama mereka. Mereka yang lain ketawa geli hati.
“Eh mana Airil?” Tanya Isyah.
“Ada kat mamy Raihanah dan mamy Marsya dia.” Kata Sherlyn.
Isyah mencari kelibat mereka. Kemudian dia tersenyum melihat Marsya dan Raihanah sibuk melayani karenah anaknya yang baru berusia 1 tahun itu Muhammad Airil Shahari bin Muhammmad Airi Shafizal. Alhamdulillah Marsya sudah sembuh sepenuhnya berkat doa keluarga dan sahabatnya tak lupa juga Isyah dan Airi. Dia juga sudah berubah. Pakaiannya kini menutup aurat, dia juga kini berpurdah. Semenjak keluar dari hospital ibunya datin Marizah menghantar Marsya untuk belajar mengaji ilmu agama di sebuah sekolah khas. Di sana juga dia berjumpa imamnya iaitu ustaz hafiz yang kini sah menjadi suaminya.
“Laa sini rupanya anak ummi…” kata Isyah mendapatkan anaknya.
“Assalamu’alaikum Isyah…” sapa Marsya.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah…” jawab Isyah.
(Firman Allah dalam Surah An-Nisa’: 86) Tafsirnya: ‘Apabila kalian diberi salam/penghormatan, maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa.’)
“Korang datang ngan sapa? Mana suami korang?” Tanya Isyah.
“Ada tengah borak kat sana tu…” Raihanah menunjukkan tempat kumpulan lelaki berkopiah sedang berborak.
“Dah berapa berapa bulan ni?” soal Isyah kepada Marsya yang kini telah berbadan dua. Senang hati Isyah melihat perubahan Marsya. Sejuk mata memandang.
“5 bulan…” jawab Marsya lembut.
“Alhamdulillah…kau pulak Raihanah dah ada symptom-symptomnya ke?” usik Isyah sambil mengenyitkan matanya.
“Kau ni Diya aku baru je kawin bulan lepas…”
“Mana lah tau express…” sakat Isyah. Meletus ketawa mereka.
“Assalamu’alaikum…” sapa seorang perempuan dari belakang. Mereka menoleh.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah Liya…apa khabar?” jawab Isyah.
“Alhamdulillah sihat.” Kata Liya tersenyum senang.
“Amboih dah besar dah anak teruna ni…makin sihat….” Kata Isyah sambil mencubit pipi Syafiq anak Liya dan Zul yang masih dalam dukungan Zul. Zul dan Liya menjadi suami isteri secara rasminya seminggu sebelum hari persandingan Isyah dan Airi. Kini Liya telah ditukarkan ke cawangan lain tempat Zul bekerja sabagai setiausaha Zul. Kalau isteri dah jadi P.A hati tak payah susah. Sebab semua jadual suami isteri yang atur.
“Mestilah…Fiq kan anak jantan mestilah besar.” Kata Fiq yang berumur 4 tahun itu.
“Amboih…anak jantan….memang berani…” kata Isyah membuatkan semua mereka ketawa.
“Alolo sini rupanya cucu Oma…” tiba-tiba Hajah Salmah muncul.
“Isyah tak lama lagi acara dah nak start jomlah.” Kata Hajah Salmah.
“Kejap Isyah nak ambik camera Isyah kat atas.” Isyah menyerahkan anaknya kepada umminya. Dia berlalu untuk mendapatkan kameranya. Setelah itu dia cepat-cepat turun semula. Suasana ruang tamu rumah Isyah dan Airi memang riuh dengan gelak ketawa sanak saudara dari jauh dan dekat serta sahabat handai mereka. Nasib baik rumah Airi besar cukup menampung mereka yang ramai itu. Isyah tersenyum gembira melihat keluarganya berkumpul. Dia ternampak Kak Efahnya kini sudah berbadan dua. Dia dan suaminya tengah berborak. Entah apa yang mereka borakkan. Mungkin tentang anak yang bakal dilahirkan. Tak sia-sia mereka bersabar selama ini. Mereka bakal menimang cahaya mata perempuan. Sebelahnya pula kak Inah dan suaminya abang Arman. Mereka kini mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 5 tahun.
Dalam Isyah melihat karenah ragam yang hadir pada hari itu tiba-tiba ada orang datang memeluknya dari belakang.
“Ya Allah…” terkejut Isyah.
“Sayang buat apa tercegat kat sini ni…orang dah tunggu tu.” Kata Airi sambil mencium pipi Isyah.
“Hehe Isyah rasa bahagia sangat bie tengok diorang.” Kata Isyah.
“Bie…”Isyah menoleh menghadap Airi dan menatap anak mata Airi.
“Ye sayang?”
“Terima Kasih sebab hadir dalam hidup Isyah. Isyah berasa beruntung sangat ada bie sebagai suami Isyah. Walaupun pada awalnya kita kawin atas kehendak keluarga tapi Isyah dah jatuh cinta kat bie. Bie I’m sorry kalau Isyah perah sakitkan hati bie…”
“Shh…sayang apa yang penting sekarang kita dah bahagia. Bie promise walau apa pun yang terjadi kita mesti hadapi bersama. Insya Allah cinta kita akan kekal selamanya. Semoga Allah memberkati rumah tangga kita.” Ucap Airi.
“Dah jom orang dah tunggu Areena pun tak sabar nak potong kek princess dia tu.” Ajak Airi. dia memaut pinggang Isyah.
‘Ya Allah aku bersyukur kepadaMu atas segala nikmat yang engkau telah berikan kepada ku. Sungguh perangcanganMu memang tidak dapat dijangkakan dan memang sebaik-baik perancangan. Ya Rabb kau berkatilah rumahtangga ku. Kurniakanlah ketenangan dan kebahagiaan kepada keluargaku Ya Allah. Dan jadikan lah aku bidadari untuk suami ku kelak disyurga Mu. Amin…” doa Isyah dalam hati.
Selesai sahaja acara memotong kek, Isyah membantu Kak Efah untuk mengagihkan kek-kek kepada kanak-kanak.
“Kak…akak ok ke?” soal Isyah kepada Efah yang kini mukanya berkerut.
“Entahlah Isyah akak rasa macam lain je. Perut akak macam lain je.” kata Efah sambil memegang perutnya.
“Sayang…sayang ok ke?” soal Lan kepada isterinya itu.
“Jangan risau Efah ok.” Kata Efah yang mencuba untuk tersenyum.
“Betul ke kak?” soal Isyah pula. Risau betul dia melihat kakaknya itu.
“Ye…”
“Sepatutnya due dia bila Bang Lan?” soal Airi yang dari tadi sebelah Isyah.
“Sepatutnya minggu depan.” Jawab Lan.
“Jangan risaulah ye…minggu depan due dia.” Kata Efah menayangkan senyumannya.
“Sayang dah makan kek ni?” soal Airi kepada Isyah. Isyah menggeleng sambil membuat muka sedihnya.
“Meh sini bie suapkan…aaaa” Isyah membuka mulutnya. Airi menyuakan cebisan kek kepada mulut ISyah.
“Sedapnya kek ni…” Ucap Isyah.
“Mestilah sebab bie yang suapkan…” kata Airi bangga. Isyah menekup mulutnya. Tiba-tiba dia berasa mual lagi.
“Sayang ok ke?” soal Airi.
“Isyah rasa mual lah bie…”
“Sayang jangan-jangan….sayang…” bisik Airi.
“Ish takkanlah…masuk angin je kot…” potong Isyah.
“Tapi sayang dah muntah-muntah sejak 3 hari lepaskan…”
“Ha’ah lah bie…tapi betul ke…”
“Esok kita pergi klinik…” kata Airi teruja. Isyah tersenyum gembira.
“Aduh…” tiba-tiba Kak Efah mengerang kesakitan.
“Sayang kenapa ni?” soal Azlan cemas.
“Bang Efah rasa nak deliver ni…” kata Efah menahan sakit.
“Hah biar betul?!” Azlan semakin cemas. Efah menggenggam kolar baju Azlan untuk menahan sakit.
“Aduh…Bang Efah rasa nak deliver ni!!…” teriak Efah. Semua orang yang ada di situ terkejut.
“Ya Allah anak aku nak terberanak ni…” Hajah Salmah juga turut cemas. Semua yang hadir pada hari itu juga turut cemas.
“Yeay mak ngah dah nak beranak. Kita dapat adik baru!” sorak Yusuf dan Soleh.” Tapi lain pula halnya dengan budak-budak ni.
“Cepat-cepat angkat kita bawa pi hospital.” Arah haji Othman.
“Sabar ye sayang….” Kata Azlan sambil mengangkat isterinya masuk ke kereta.
“Cepatlah Bang!! Ya Allah…” Efah menahan sakit.
“Bie Isyah ikut ye…” pinta Isyah.
“Hah jom…” mereka bergegas untuk mengejar hospital. Semua yang ada di rumah cemas, risau gembira pun ada sebab bakal menyambur kelahiran orang baru. Semuanya bercampur baur.
Sebaik sahaja sampai mereka meminta bantuan dari pihak hospital.
Hampir setengah jam doktor tidak keluar dari bilik persalinan. Azlan juga turut masuk. Tidak lama selepas tu Azlan keluar.
“Hah macam mana?” soal Hajah Salmah yang masih dalam keadaan cemas. Azlan hanya menggeleng.
“Ya Allah apa dah jadi…” Isyah terkejut.
“Penatnya…” kata Azlan sepatah.
“Hah??” semua yang ada disitu hairan.
“Alhamdulillah…kami ada baby perempuan.” Kata Azlan penuh keterujaan.
“Alhamdulillah.” Ucap mereka.
‘Ya Allah terima kasih Engkau telah selamatkan kakak ku dan anaknya. Alhamdulillah….Alhamdulillah. Alhamdulillah…’ Ucap Isyah syukur di dalam hati. Tiba-tiba rasa mualnya datang lagi. Isyah menekup mulut.
“Sayang…are you ok?” Airi mengurut belakang Isyah.
“Hah makin meriah lah keluarga kita dengan ketibaan orang baru kali ni.” Kata Haji Othman penuh keterujaan. Semua yang ada di situ ketawa. Mereka bersyukur ke Hadrat Allah yang telah mengurniakan mereka dengan pelbagai nikmat. Sesunguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada hambaNya. Cuma manusia ini selalu sahaja lalai dan leka dan mudah merungut. Tapi bila di kenangkan dan dilihat kembali sebenarnya nikmat yang Allah limpahkan itu langsung tidak dapat dikira oleh hambaNya. Sungguh Allah itu Maha pemurah Maha Pengasih Maha Penyayang. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim Ya Karim…

TAMAT…
P/S:- Assalamu’alaikum n hy guys…Alhamdulillah karya pertama saya dah pun siap! ^^ sorrylah kalau cite ni pendek n ending dia membosankn tp I’ll try my best utk improve kn penulisan sy di msa akn dtg. Insya Allah. Pasni dptlah sy baca cite korang pula hehe…Insya Allah… Apa2 pun hopely korang dpt enjoy cite ni n dpt ambik sdkit pengajaran dri kisah HILU (Hubby I Love You) ni…pengajarannya walaupun kita selalu ditimpa sebrg musibah, masalah jgn lah kita mrungut n mudah putus asa. Cari jalan penyelesaiannya, dan banyakkan bersabar. Memang mudah untuk katakan perkataan sabar tapi nak buat hmm…sebb tu orang yang sangat penyabar ialah orang yang kuat. Sebab bukan mudah nak jadi orang yang penyabar ni. Ingat Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Anfal ayat 46:-
Maksudnya: Bersabarlah kamu sekalian, sesungguhnya Allah berserta mereka yang bersabar.
Dan jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya. Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang dapat kita syukur salah satu nikmat Allah yang besar ialah kita masih boleh bernafas hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Jangan mudah merungut, kita cuba lihat kekurangan org lain, apa yg kita ada apa yg mreka tak ada agar kita sntiasa bersyukur atas apa yg kita ada. Tapi bkn bermkna kita merndahkan mreka… dan bila kita mempunyai sgala2 yg kita nk maka kita lihat pula kelebihan org lain agar kita tdk sombong dan tidak lupa utk bersyukur. Jgn jd kufur nikmat. Ingatlah apa yg kita miliki masa ini di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat jua yag kekal nanti. Jadi marilah sama-sama kita Muhasabah diri kita. ^^
Dari sini sy nk ucapkn jutaan terima kasih kepada
My sahabah –@Zeemah & My cousin – @Yenzxi  syukran ya ukhti sebb supported ana ^^
Kpd supporting pep yg sudi bg comment
-@Belumanama900
-@Zeemah
-@Babywolf147
TQ sngt2 commnt anda sgt sy hargai…^^

Kpd Voters…
-@Ilafadhilah
-@KhaliaZuqhana
-@AisyahNabilah
-@LittleSanae
-@Syahidatulsyazwani
-@Missnuraqillah
-@fatinwada
-@enaahnadsukeri
-@Insyirah_Rasis
TQ sgt2….Insya Allah lepas ni sy pulak vote cite korang…^^

Tidak lupa jga kpd yg add my story kat reading list
-Missnuraqillah  TQ… enjoy your reading…^^

Tak lupa juga kepada ‘Supporting Readers’ yang setia membaca HILU! ^^ terima kasih sy ucapkn…Hopely u all suka cite ni…kalau tak suka takpe jgn lupa commnt part mana yg korg tk suka tu Insya Allah sy akan perbaiki pada penulisan sy yg akn dtg Insya Allah…apa-apa pun Syukran Jazillah Jazakallahu Khairan ^^…

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now