*Bab 34*

14K 366 0
                                    

                    بسم الله الر حمن الر حيم

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Dibawah rumpun bamboo
Di kala bulan sedang beradu oh…

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi disaat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiadajodoh
Apalag inakku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindurindu serindu-rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilupilu sepilu-pilunya
Namun engkau tak peduli

Airi menutup lagu yang didendangkan dalam radio yang selalu digunakan oleh Isyah. Radio itu juga yang selalu digunakan Isyah kalau dia membuat kerja rumah sambil memasang lagu P.Ramlee nya. Lagu yang dimainkan dalam radio petang itu yang dinyanyikan oleh Spoon yang berjudul rindu serindu rindunya itu memang sesuai dengan Airi yang sememangnya sangat merindui Isyah ketika ini.
“Sayang…kenapa pergi tinggalkan bie…” rintih Airi. Dia memandang lama gambar Isyah dalam henponnya. Airi sengaja tidak menelefon Isyah kerana ingin memberi ruang kepada Isyah. Tapi walaupun begitu Airi tetap tidak tinggal diam tentang masalah yang mereka hadapi ketika ini. Pagi tadi dia mencari maklumat tempat tinggal setiausahanya. Airi telah pun menyuruh Zul untuk menyiasat samaada Liya masih tinggal di sana atau tidak. Dia tidak ingin membiarkan perkara itu menghancurkan rumahtangganya.
“Ya Allah selamatkanlah rumahtanggaku.” Doa Airi. Tiba-tiba henpon Airi menjerit minta dijawabkan. Dalam screen itu tertera nama Zul. Laju sahaja Airi mengangkat.
“Assalamu’alaikum Ri…” sapa Zul.
“Wa’alaikumussalam…so apa perkembangan terbaru?” Tanya Airi tidak sabar.
“Liya tak tinggal kat sana lagi. Kawan serumah dia cakap Liya dah berpindah semenjak dia cuti hari tu.”
“Apa?! Ya Allah macam mana aku nak cari dia ni.”
“Weii rileklah bro aku belum habis cakap kau dah potong. Aku ada alamat baru dia kawan dia sendiri yang bagitau kat aku.”
“Alhamdulillah nasib baik. Thanks Zul kau lah sahabat aku dunia akhirat.”
“Takde hal lah bro. So bila kau nak ke sana?” soal Zul.
“Hari ni…”
**
“Kau yakin ke ni alamat dia?” Tanya Airi kepada Zul.
“Aku tak lah yakin sangat tapi kita check dulu lah…” Zul dan Airi keluar daripada perut kereta Airi. Kini mereka berdiri di depan rumah kayu yang cantik dan unik reka bentuknya.
“Assalamu’alaikum…” kata mereka memberi salam. Tidak lama selepas itu seorang perempuan kira-kira berumur 50-an keluar menyahut salam mereka.
“Eh Airi masuklah. Ni siapa?” soal Mak Teh menunjukkan kepada Zul.
“Oh ni kawan saya Zul.” Jawab Airi.
“Masuklah. Makcik panggil Pak Abu jap” Pelawa mak Teh.
“Awak kenal ke Makcik ni?” bisik Zul kepada Airi.
“Panjang ceritanya.” Jawab Airi.
“Siapa yang datang mak?” Belum sempat mereka masuk tiba-tiba kedengaran suara perempuan dari dalam rumah.
“Boss?!” perempuan itu terkejut apabila melihat bosnya datang kerumahnya.
“Liya kamu kenal Airi ke?” Tanya Mak Teh.
“Dia ni boss Liya mak.” Jawab Liya.
“Apa boss buat kat sini?” soalnya kepada Airi pula.
“Oh kamu Airi masuklah. Esh kamu ni apsal tak ajak tamu kita ni masuk.” Belum sempat Airi menjawab pertanyaan Liya Pak Abu pula datang.
“Ahh duduklah buat macam rumah sendiri. Kamu pun bukannya pertama kali datang. Yang sebelah kamu ni siapa?” soal Pak Abu.
“Ni kawan saya.” Jawab Airi.
“Nama saya Zul.” Zul memperkenalkan dirinya.
“Pak Abu sebenarnya kami datang ke sini ada hajat.” Kata Airi lalu memandang Liya yang sedang menghidangkan minuman untuk mereka. Liya memandang Airi. Dia menggelengkan kepalanya kepada Airi agar Airi tidak memberitahu kepada ayahnya tentang insiden itu.
“I’m sorry Liya. I have to… sebab kalau tak rumahtangga saya akan hancur.” Liya terkejut mendengar pernyataan Airi. Dia tidak menyangka perkara itu akan melibatkan rumahtangga bosnya.
“Apa maksud kamu ni?” soal Pak Abu dan Mak Teh kehairanan.
“Liya maybe its better kalau awak sendiri yang buka mulut.” Airi merayu kepada Liya. Liya menarik nafas untuk mengumpul semangat agar dia dapat memberitahu ayah dan ibunya.
“Ayah…mak…maafkan Liya sebab tak bagitau mak ngan ayah…sebenarnya masa Liya pergi outstation hari tu…. Liya hampir diperkosa.” Jatuh air mata Liya mengingati peristiwa itu. Terasa dirinya jijik.
“Astaghfirullahal’azim… kenapa kamu baru bagitau kat kami sekarang Liya…” Pak Abu mengurut dadanya akibat terlalu terkejut. Mak Teh juga kelihatan begitu terkejut.
“Liya tak nak ayah dan mak risau. Liya tak nak perkara ni heboh, Liya tak nak nanti mak dengan ayah yang tanggung malu.” Kata Liya dalam sebak.
“Siapa yang cuba rosakkan kamu kenapa dia sanggup buat camtu kat anak mak ni… Ya Allah...” Mak Teh masih dalam keadaan terkejut.
“Liya tak kenal siapa dia… masa Liya nak tidur tiba-tiba ada orang meluru masuk bilik Liya dan cuba perkosa Liya. Nasib baik encik Airi datang tolong Liya.” Terang Liya. Aira matanya laju mengalir di pipinya.
“Pak Abu dan Mak Teh tak perlu risau saya dah laporkan kepada pihak polis agar menyiasat dan mencari siapa lelaki itu. Tapi sekarang saya nak minta tolong kepada Liya agar dia dapat menjelaskan perkara sebenarnya kepada isteri saya.” Kata Airi lirih.
“Apa yang dah jadi?” soal Liya. Airi menceritakan hal yang sebenar kepada mereka bahawa Isyah telah salah anggap. Kini dia mengharapkan kepada Liya agar dapat membantunya untuk memujuk isterinya.
**
“Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi ujian yang berat ini Ya Allah. Kau tunjukkanlah kebenaran kepada ku sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya.” Selesai sahaja Isyah berteleku seperti biasa dan sudah menjadi amalannya sejak kelmarin dia akan menjadi ‘stalker bersiri. Dia akan stalk profile Airi kerana hatinya sangat merindui Airi. Ingin sahaja dia kembali kepangkuan Airi namun egonya terlalu tinggi apabila mengenang gambar-gambar itu. Isyah memasang lagu di dalam computer ribanya.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now