*Bab 28*

11.8K 320 1
                                    

                    بسم الله الر حمن الر حيم

Waktu Rehat

Esok Airi dah nak balik tak sabar rasanya. Aku nak masak apa eh? Ayam penyet? Kari kepala ikan? Macaroni? Eyyy teruja sangat aku.
“Amboi cik Diya happy semacam Nampak.” Tegur Iqbal.
“Eh Iqbal bila awak masuk? Tak Nampak pun? Awak tak rehat lagi ke?” Tanya ku.
“Amboih banyak sangat soalan tu. Mana satu yang saya nak jawab ni?” seloroh lelaki berusia 20-an itu.
“Suka hati lah nak jawab mana pun” gurauku pulak.
“Saya dah makan awal tadi. Saya tak Nampak pun awak kat pantry sebab tu saya cari awak kat kelas ni. Selalunya kalau waktu rehat camni awak selalu lepak dengan kawan-kawan awakkan tapi hari ni tak pulak.”
“Oh saya ada kerja nak buat tadi kat kelas ni.”
“Kerja ke mengelamun?” sakat Iqbal. Haih dah macam adik-beradik pulak aku dengan dia ni. Main sakat-sakat.
“Ehehe sebenarnya tadi saya buat kerja tapi tak semena-mena mengelamun pulak.” Gurauku.
“Eleh mengelamun sapa agaknya boyfriend? Haih untunglah lelaki tu waktu-waktu macam ni ada orang rindukan dia.”
“Eh takdelah mana lah saya ada boyfriend…” tertawa aku mendengar pernyataan Iqbal.
“Takde? Takkan lah orang cantik macam awak ni takde boyfriend?” aku menggeleng sambil tertawa.
“So single lah ni?”
“Tak” jawab ku sepatah. Aku dapat melihat riak wajah Iqbal yang berkerut kerana kehairanan.
“Aiik haha pelik jugak awak ni”
“Ye memang saya cakap saya takde boyfriend tapi saya ada suami.” Terangku jujur. Kini ekspresi wajah Iqbal berubah menjadi terkejut.
“What?! Seriously? Awak dah kahwin? Betul ke?” Tanya Iqbal bertalu-talu. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
“Haha macam tak percaya sebab umur awak tak silap saya macam 18 tahun right?”
“Yup” jawab ku ringkas.
“Apa boleh buat dah jodohkan.” Kataku lagi sambil menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi.
“Wah, tak sangka. Terkejut saya. Anyway congrates.”
“Thanks…oh by the way awak cari saya tadi sebab apa eh?”
“Aah tak saya tadi sebenarnya nak minta tolong awak tapi takpe lah tak jadi. Erm awak tak makan ke?”
“Oh mungkin kejap lagi lepas saya siapkan kerja saya ni.”
“Ok lah kalau macam tu saya gerak dulu. Awak jangan lupa makan nanti sakit perut.” Pesan Iqbal beredar dari situ. Aku hanya memberi tanda ‘OK’ kepadanya.
**
Kantin

‘Tak sangka rupanya selama ini aku jatuh cinta dengan isteri orang. Astaghfirullahal’azim.’ Iqbal kecewa apabila mengetahui bahawa Isyah sudah mempunyai suami. Namun dia pasrah mungkin bukan jodohnya.
“Menung jauh nampak cikgu.” Tegur Fina.
“Eh Fina duduklah…tu pun kalau awak sudi temankan saya makan.”
“Boleh apa salahnya asalkan cikgu belanja.” Sakat Fina.
“Boleh apa salahnya. Tapi tak payahlah panggil saya cikgu. Panggil je Iqbal.”
“Oh ok Iqbal.”
“Kawan-kawan awak yang lain mana? Diya?” soal Iqbal.
“Oh sebenarnya kitorang dah habis makan dah kecuali Diya. Dia kata dia ada keje sikit. Saya ke kantin sebenarnya nak belikan Diya makananlah.” Terang Fina panjang lebar.
“Aikk Diya belum makan lagi? Ish degil betul budak tu. Tadi saya suruh dia makan.” Bebel Iqbal.
“Diya tu memang kepala batu. Tapi saya tetap sayangkan dia. Kalau tanpa dia hidup saya mungkin tak ceria macam ni. Diya tu prihatin terhadap kawan-kawan dia. Saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.”
“Ha’ah Diya memang ceria orangnya dan mampu buatkan orang berada disekelilingnya gembira.” Luah Iqbal jujur. Memang dia gembira dan berasa tenang melihat wajah milik Isyah telatah Isyah. Tapi sayang dia harus menerima kenyataan bahawa Isyah sudah berpunya.
“Sebab tu saya rasa beruntung sangat sebab dapat berkawan dengan Diya.” Luah Fina.
“Diya pun beruntung juga sebab ada kawan macam awak ni yang prihatin tentang hal dia. Yang berani bela dia macam malam tu.” Puji Iqbal.
“Eh takde lah.” Fina tersipu malu bila di puji begitu.
“Eh tadi awak kata nak belikan Diya makanan biar saya tolong bayarkan terus beli makanan untuk awak juga.” Pelawa Iqbal.
“Eh boleh ke?”
“Apa pulak tidak.”
“Terima kasih.”
**
Airi duduk sendirian menikmati minum petangnya di cafeteria itu. Dia baru sahaja habis berjumpa dengan clientnya. Tidak jauh dari tempatnya minum kelihatan seorang perempuan sedang menuju kearahnya.
“Airi? Right?” Tanya perempuan sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi depan Airi.
“Yes?” Airi kehairanan sebab dia tidak kenal siapa pulak gerangan gadis tak cukup kain itu.
“Laaa you tak ingat I ke? I Marsya lah.” Kata gadis itu dengan gediknya.
“Oh Marsya…ingatkan siapa. Wah you sekarang dah berubah. Setahu saya dulu awak tak pakai macam ni.” Kata Airi jujur.
“Well biasalah trend.” Jawab Marsya dengan bangganya.
“Airi I rindu kat you. Apsal you tak datang hari tu. Letih I tunggu you taw.” Kata Marsya dengan lagak gediknya. Tangannya gatal nak memegang tangan Airi. Nasib Airi cepat menarik tangannya.
“Maaf ye kita ni bukan muhrim tak elok pegang-pegang.” Tegas saja bunyi Airi mengingatkan Marsya.
“Alaa you ni takkan lah nak malu dengan I. I sebenarnya suka kat you dari dulu tapi you tu tak pernah sedar tentang I.” kata Marsya dengan bunyinya yang manja.
“Maafkan saya Marsya tapi awak dah suka orang yang salah. Saya ni suami orang.”
“What?! You dah kahwin?!” Airi mengangguk.
“Ye ni buktinya.” Airi menunjukkan cincin yang tersarung elok dijari manisnya.
“Tak I tak percaya. You gurau je kan?” Marsya masih lagi tidak dapat menerima pernyataan Airi.
“Apa yang berlaku ni?” Tanya Zul yang baru sahaja sampai. Disebelahnya ialah Liya setiausaha Airi. Airi menjemput mereka tadi agar temankan dia minum petang.
“Zul betul ke Airi dah kahwin?” Tanya Marsya yang masih tak percaya.
“Yup memang betul.” Jawab Zul.
“Encik Airi tak apa-apa ke?” soal Liya kerana takut mungkin bosnya itu dicederakan oleh Marsya yang dengan keadaan seperti orang meroyan. Nasib baik cafeteria ketika itu tidak ramai orang.
“Ni siapa? Ni wife you? Hey! Perempuan macam ni you nak jadikan wife you? Cantik lagi I daripada dia. Entah-entah mak bapak dia suruh ngurat you untuk dapatkan harta you.” Kutuk Marsya.
“Hoii pompuan mulut kau jaga sikit. Kau nak kutuk aku aku tak kesah. Tapi aku paling tak suka kalau kau nak kutuk parent aku. And lagi satu sekurang-kurangnya pakaian dan perangai aku sopan tak macam kau pakaian macam tak cukup kain. Dah lah kutuk-kutuk orang. Kalau kau tak cukup duit untuk menampal baju kau meh sini aku bagi derma.” Marah Liya kerana mak bapanya yang tak bersalah di libatkan dalam masalah ini.
“Sabar Liya…Marsya dia ni bukan wife aku. Liya ni setiausaha aku. kalau kau masih tak percaya yang aku dah kawin ni tengokk gambar ni. Ni gambar nikah aku dengan wife aku.” Airi menunjukkan gambar nikahnya yang disimpannya dalam henpon.
Marsya terkejut apabila dia melihat perempuan di dalam henpon Airi itu.
‘Eh ni bukan perempuan yang aku langgar tempoh hari ke?’ desis hati Marsya.
“You dengar sini I takkan percaya yang you dah kawin sampai bila-bila. You tetap milik I!” Marsya beredar dari situ. Hatinya sakit kerana dihina Liya. Sakit kerana penantiannya selama ini sia-sia.
‘Korang tunggu je aku takkan biarkan Airi jadi milik sesiapa pun walaupun isteri dia. Airi is mine!’ sumpah Marsya dalam hati.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now