بسم الله الر حمن الر حيم
Hari ini aku sudah mula kursus sebagai seorang cikgu sementara di sekolah rendah. Pagi-pagi lagi aku dah semangat bangun awal. Biasalah ni kan first time aku keje jadi cikgu. Aku melilitkan selendang labuhku yang berwarna merah jambu ke kepalaku untuk dipadankan dengan baju kurungku yang juga berwarna merah jambu.
“Woah cantiknya sayang…” tiba-tiba Airi memelukku dari belakang. Airi mengeratkan lagi pelukannya.
“Bie…kita nak pergi keje ni...nanti lambat pula.” Aku mengingati Airi.
"Yelah bie ingat. Oh ya sayang lupa bie nak bagitau Isyah semalam. Esok bie outstation seminggu." Aku meleraikan pelukannya dan berlalu ke katil. Airi mendekati aku dan duduk disebelahku. Airi tidak lepas pandang aku. Aku turut membalas pandangannya.
"Sayang kenapa ni?" soal Airi.
"Bosanlah kalau bie takde nanti. Confirm Isyah rindukan bie."
"Alaa bie cuma outstation seminggu je. Bie pun sebenarnya rasa berat nak tinggalkan sayang. Tapi sayang tak perlu risau kita selalu lah contack pakai skype." pujuk Airi.
“Sayang I love You…sayang jangan nakal tau” pesan Airi sambil memegang daguku.
“Ye promise…” hatiku berbunga-bunga saat ni.
“Ok dah lah jom breakfast nanti lambat pula.” Airi menarik tanganku untuk turun kebawah.
Sekolah Rendah Bukit
Selepas sahaja memperkenalkan diri semua para peserta yang mengikuti kursus pembantu guru sementara di bawa ke bilik darjah masing-masing untuk memperkenalkan diri kepada murid-murid pula.
“Assalamu’alaikum cikgu Iqbal pekenalkan ni Diya yang bakal jadi pembantu guru untuk kelas kamu” Cikgu Siti memperkenalkan aku kepada seorang lelaki yang tinggi lampai persis seperti artis Hollywood. Agak-agaknya umur dia sama macam Airi.
“Hai nama saya Iqbal. Boleh panggil Iq. Awak?” Kata lelaki itu sambil mengukir senyuman.
“Saya Diya” jawab ku ringkas.
“Selamat pagi murid-murid perkenalkan ni cikgu yang akan menolong cikgu buat sementara ini. Cik Diya sila memperkenalkan diri.” Cikgu Iqbal mempersilakan aku untuk memperkenalkan diri kepada murid-muridku.
“Hai murid-murid selamat pagi nama cikgu, cikgu Diya panggil cikgu Diya je.” kataku mesra.
“Selamat Pagi cikgu.”sahut mereka dengan semangat. Comel sangat teingat pulak aku sewaktu Adib masih kecil.
“Cikgu Diya cantiklah.” Puji salah seorang murid disitu.
“Oh terima kasih…” sekali sekala kembang jugak aku bila kena puji.
“Baiklah Cik Diya, Cikgu Iqbal saya minta diri dulu.” Cikgu Siti meminta diri untuk beredar. Kami hanya membalas dengan anggukan.
“So Cikgu Iq apa yang saya patut buat?” Soalku pada Cikgu Iqbal.
“Eh tak payahlah nak cikgu cikgu dengan saya, panggil je Iq.” Kata Cikgu Iq sambil melihatkan barisan giginya yang kemas.
“Oh maaf, so Iq apa yang patut saya buat?”
“Buat masa ni awak Cuma perlu bantu saya mengajar mereka sifir-sifir. Untuk hari ni saya nak ajar mereka sifir 4.” Jelas Cikgu Iqbal.
“Ok…”Aku lantas memula tugasan yang baru sahaja diberi.
**
“Aii bro busy ke tak nak lunch?” Ezat menutup pintu Office Airi dan duduk diatas sofa.
“Aik dah lunch ke? Tak sedar pulak aku.”
“Kau tak balik ke rumah kau ke?” Tanya Ezat.
“Tak hari ni bini aku keje so aku bawa bekal je.”jawab Airi.
“Wah sweetnya bini kau. Eh tapi bukan bini kau ni baru habis exam A’ level ke?”
“Dia kursus sementara je.”
“Oh camtu rupanya. So hari ni aku, Zul dengan Arsyadlah lagi.” Ezat sengaja membuat muka sedihnya.
“Ala sorrylah bro next time kite lepak sama-sama Insya Allah.” Pujuk Airi.
“Ok lah...anyway aku datang ni sebenarnya nak bagi kau ni kad jemputan aku. nah” Ezat menghulurkan kad jemputannya yang berwarna hijau.
“Kau kawin ke bro?” soal Airi.
“Kau baca je lah…”
“Wah congrates Jat rupanya dalam diam kau dah ada calon…”
“Haha well biasalah…so jangan lupa datang tau masa tunang aku tu kau bawa sekali bini kau.”
“Insya Allah."
P/S:- Assalamu'alaikum n hy guys...my email were already fixed so yeay I can rply any of ur cmment now!! haha *xcited* ;3 if u hv any comment on this piece of story yup u can do it...tk prlu sgan2... bak kata mei mei 'sya suka sya suka...' nk comment cite sy ni krg mnrik pun tkpe its ok...bak kata orang 'jd kn kritikan pdas utk motivate diri kita ye dok?! ^^
YOU ARE READING
Hubby I Love You! [Complete]
RomantizmKahwin paksa memang agak cliche dalam banyak-banyak novel. Airi dan Isyah terpaksa kahwin disebabkan wasiat atuk Airi. Airi: "Saya rasa cik perlu pergi check- up kat clinic lah" Isyah: "Apsal pulak?!" Airi: "Sebab saya rasa cik ni mungkin ada darah...