PERTEMUAN empat mata di Studio Warisan berjaya diatur oleh Aira. Setelah beberapa kali Amberlyn membatalkan pertemuan yang sepatutnya berlangsung di Pusat Terapi Nadi Insan.
"So, nak minta saya tolong rekomen awak jadi model ke?"
Aira senyum. Dia pandang sekeliling. Beberapa orang pekerja di set fotografi sebuah majalah sibuk menguruskan tugas masing-masing.
"Boleh tak kalau kita bercakap sekejap? Tentang Encik Zafran."
Wajah Amberlyn tiba-tiba berubah tegang.
"There's nothing holding me back. I am done with him."
"Fikirkanlah tentang anak puan."
Amberlyn mendengus. Anak itu juga salah satu faktor kenapa dia mahukan perceraian.
Aira masih dalam proses memujuk apabila seorang lelaki kacak datang menemui Amberlyn.
"Hai Hayyat," ujar Amberlyn malas.
Dia sudah tahu apa tujuan lelaki itu datang.
"We need to talk," ujar si kacak.
"Eh, sekejap. Saya belum habis cakap lagi dengan dia. Awak kena tunggu giliran. Mana boleh main terjah ikut suka hati aje."
Aira menegur lelaki itu. Hayyat mencerlung Aira.
"Awak balik dulu." Amberlyn memberi arahan kepada Aira.
Aira menghela nafas berat sebelum melangkah pergi. Sempat dihadiahkan jelingan maut kepada lelaki itu.
SEPERTI yang diduga, Zafran mengamuk. Satu kerja pula Doktor Halina nak menenangkan lelaki itu.
"Sabar, Encik Zafran. Biar saya pula yang cuba pujuk dia," ujar Doktor Halina.
Zafran menggeleng lemah sambil menatap wajah doktor yang hampir sebaya ibunya.
"Anak saya tak sihat. Syafi perlukan ibunya."
Aira mengeluh. Balik-balik isu anaknya yang tidak sihat.
"Encik kan kaya. Cari ajelah isteri baru. Kan senang."
Terbeliak mata Zafran mendengar hujah mengarut Aira. Darah panas menyirap ke wajahnya. Bibir diketap sambil buku lima digenggam kemas. Kalau Aira ni lelaki, sudah pasti penumbuk hinggap di muka.
Doktor Halina menggeleng.
"Kalau macam tu, apa kata kalau kita kahwin? Lagipun awak punca semua masalah ni."
"Tak naklah saya kahwin dengan lelaki kaki pukul. Nauzubillah."
Doktor Halina mengeluh. Dia mengusap dahi.
Zafran mencerlung Aira. Pertemuan petang itu penuh ketegangan.
SAMPUL di tangan Doktor Halina dipandang.
"Aira, ambil duit ni. Esok tak payah datang kerja."
Aira terkedu. Fail di tangan diletakkan di atas meja. Dia menatap wajah Doktor Halina. Sudah lebih setahun dia berkhidmat untuk wanita itu.
"Saya minta maaf, doktor. Saya tak ada niat nak..."
Doktor Halina mengangkat tangan, menghalang Aira daripada meneruskan kata.
"Saya tak mahu masalah lain yang timbul nanti. Ini syarat yang dikenakan oleh Encik Zafran supaya lesen saya tidak ditarik balik. Lagipun awak patut bertanggungjawab di atas perbuatan awak."
YOU ARE READING
SEKALI LAGI CINTA KEMBALI
RomanceTajuk: SEKALI LAGI CINTA KEMBALI Penulis: ANNA MILIA Harga: RM25 / RM28 Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can. Aira gantikan tempat Doktor Halina...