Bab 1

2.4K 70 7
                                    

Aku Eden. Huruf E yang aku pakai tu E sebutan bahasa inggeris ya. Haa, jangan nak salah panggil nama aku macam orang negeri sembilan tu, nanti jadi eden yang bermaksud saya. Umur aku sekarang ni 19 tahun. Tahun ni bakal menduduki STPM.

Aku melihat penampilan aku di cermin meja mekap. Rambut berikat tinggi, berbaju kurung putih dan berkain hitam. Kemas. Aku berpuas hati dengan penampilan aku. Semua nampak sempurna melainkan lemak yang berada di badan aku ni. Yang itu memang tak boleh nak buat apa. Asal aku stress je aku makan. Makanan tu syurga dunia aku.

Aku melihat jam. Alamak, bas dah nak sampai. Aku mencapai beg dan berlari turun ke tingkat bawah. Rumah aku ni rumah kampung. Tingkat bawah tu ruang tamu, dapur dan bilik air dan bilik ditingkat atas.

"Woi, gajah!. Bergegar rumah ni macam nak roboh bila kau berlari syaitan. Kacau aku nak buat taik mata je!".

Aku buat tak peduli dengan jeritan Auni. Auni tu kakak aku. Dia sekarang ni bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kurier. Dia ni kurus dan cantik. Ramai lelaki yang nak dekat dia, sebab tu dia selalu bertukar kekasih.

Aku mengambil kasut yang terletak di tepi pintu rumah dan terus menyarungnya. Aku berlari ke jalan besar. Aku tidak perlu menunggu lama kerana bas Pak Cik Mail sudah kelihatan dari jauh. Aku naik memberi satu senyuman pada Pak Cik Mail.

"Assalammualaikum pak cik".

Pak Cik Mail membalas senyuman aku.

"Waalaikummussalam, Eden. Cantik Eden hari ni".

Aku menghulurkan not biru sebanyak dua keping kepada Pak Cik Mail. Dia mengambil dan meletakkannya kedalam bekas.

"Habis tu selalunya Eden tak cantik ke Pak Cik?".

Aku sudah memuncungkan bibir aku. Pak Cik Mail tergelak melihat keletah aku. Dia menutup pintu bas dan mula bergerak.

"Selalu pun cantik. Hari ni lebih betseri dan bersemangat".

Aku tergelak mendengar jawapan dari Pak Cik Mail. Pak Cik Mail ni memang peramah, tapi sekali dia naik hangin memang seram wa cakap sama lu.

"Okeylah pak cik, saya masuk dalam dulu".

Aku melihat ke belakang. Nasib baik masih tidak ramai lagi orang yang berdiri. Aku mula meredah beberapa orang yang sedang berdiri untuk pergi ke bahagian belakang bas.

"Sakitlah gemuk. Dah tahu badan tu macam gajah, janganlah nak meluru je. Patah riuk tulang aku dibuatnya".

Aku melepaskan gelak yang dibuat-buat. Aku tahu siapa yang bersuara tu. Tak lain tak bukan, mestilah Bella.

"Kalau kau dah tahu yang kau tu dilahirkan dengan kekurangan kalsium, pergilah duduk dekat belakang. Nampak tak belakang tu, ada je tempat duduk".

Bella menjeling. Dia tergedik-gedik ke kiri dan ke kanan seperti sedang mencari sesuatu. Aku sengaja melanggar Bella sekuat hati aku. Terjatuh Bella tanpa dapat mengimbangi badannya.

"Sakitlah sial!".

Aku tersenyum sinis. Aku meletakkan beg diruang atas bas.

"Siapa suruh kau macam ulat taik tengah nak beromen. Geli aku tengok".

Aku duduk di tempat kosong dibahagian tingkap. Mata aku arahkan pada luar tingkap. Suasana pagi itu nyaman dan sejuk. Hati aku terasa tenang dan nyaman. Tanpa aku dan Bella sedari, perbalahan kami tadi diperhatikan oleh seseorang.

Sampai sahaja di Tengku Muhaimin School, aku memberi ruang untuk pelajar lain turun dahulu. Selepas keadaan agak lengang, aku mencapai beg sekolah aku dan beredar turun dari bas.

Bambam Is GorgeousTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang