Menyambut tahun baru bersama (Part 1)

585 4 0
                                    

<Kediaman Keluarga Ogami>
<31 Disember 2019>

Pada pagi yang indah di kediaman Keluarga Ogami, Guren sedang membantu Beni menyiapkan sarapan. Seperti biasa, kedua-dua orang tua Guren sibuk dengan pekerjaan mereka dan jarang pulang ke rumah. Oleh sebab itulah, Guren dan Beni yang selalu melakukan kerja-kerja di rumah ini.

Walaupun sekarang ini cuti bagi menyambut tahun baru, kedua ibu bapa Guren tetap sibuk dengan kerja masing-masing. Tapi, Guren sedikit pun tidak rasa sunyi kerana Beni dan Reina tetap bersamanya di rumah.

"Baiklah, dah siap." Kata Guren sambil meletakkan sepinggan lempeng dan roti di atas meja di ruang makan.

"Reina sayang~, mari turun sarapan. Makanan dah sedia ni." Panggil Beni pada anak kecil mereka, Reina.

"Ya, mama. Reina datang ni." Kata gadis kecil itu sambil berjalan ke arah meja makan.

Mereka bertiga duduk di meja makan dan menikmati sarapan bersama.

"Mhmm~! Sedapnya lempeng yang papa masak ni. Memang terbaik." Ucap Reina yang seronok memakan lempeng yang dibuat oleh Guren.

"Hehehe. Sama-sama, Reina." Baals Guren.

"Huuh~... kenapalah saya tak boleh masak lempeng yang sedap macam awak ni? Kalau saya yang buat mesti hangus semuanya." Kata Beni sambil menikmati lempengnya.

"Jangan risau, Beni. Saya yakin awak boleh masak dengan lebih baik kalau awak rajin berlatih." Kata Guren kepada kekasihnya itu.

"Tapi... saya pun nak buatkan sarapan untuk awak juga. Asyik awak je yang buatkan sarapan untuk kami." Kata Beni sambil memandang ke arah Guren.

"Mama, kan papa dah bagitahu sebelum ni yang papa gembira dapat masakkan sarapan untuk kita. Sebabnya..." Kata Reina dan...

"... Papa nak tengok kita gembira. Betul tak?" Sambung Beni.

"Betul tu~." Kata Reina dengan gembira.

"Hahahaha." Mereka bertiga ketawa bersama-sama.

---

Setelah selesai bersarapan, Guren, Beni dan Reina sedang berada di ruang tamu. Guren sedang membuat kerja sekolahnya manakala Beni dan Reina sedang menonton TV.

"Sempena perayaan tahun baru ini, kuil Meiji di Tokyo telah selesai membuat persiapan bagi menyambut kedatangan para pengunjung pada hari esok." Kata seorang wartawan yang sedang berada di hadapan kuil Meiji di Tokyo.

"Baru saya ingat, esok dah nak masuk tahun baru." Kata Beni.

"Mama, perayaan tahun baru itu apa?" Tanya Reina yang masih tidak faham akan budaya orang-orang Jepun.

"Perayaan tahun baru itu merupakan sambutan yang orang Jepun lakukan setiap kali menjelangnya tahun baru. Esok merupakan 1 Januari 2020. Jadi, sudah semestinya semua orang akan menyambut tahun baru." Jelas Guren pada Reina.

"Tapi kan, apa yang semua orang buat bila sambut kedatangan tahun baru?" Tanya Reina lagi.

"Pada perayaan tahun baru, orang ramai akan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan mereka untuk berseronok pada hari itu. Kita boleh berkumpul dan mengadakan majlis tahun baru dan merapatkan hubungan kita dengan orang-orang tersayang." Jelas Beni pada Reina.

"Macam itu rupanya. Baiklah, Reina dah faham sekarang. Jadi, boleh tak kita adakan sambutan tahun baru di rumah ini, papa? Mama?" Tanya Reina kepada Guren dan Beni.

"Hmm... macam mana ya?" Fikir Guren.

"Agak susah sikit bagi kita sebenarnya, Reina." Kata Beni.

"Eh?! Kenapa pula? Bukankah kita boleh ajak Seiran Onii-chan dan lain-lain bersama? Pasti seronok nanti." Tanya Reina yang seperti tidak sabar-sabar untuk menyambut tahun baru.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now